t i g a p u l u h e m p a t

7.4K 265 16
                                    

Aku tersenyum mendengar ayat doktor psikologi yang merawat aku. Kalau aku konsisten jalani rawatan mungkin dalam masa setahun penyakit aku bakal sembuh. Sikap baran dan cemburu tak tentu fasal aku akan hilang dengan adanya Tasha disisi.

Aku tidak memujuk Tasha dengan kata-kata romantik. Cukup memberitahu bahawa akan ingin membelanjakannya makan. Terus bersemangat dia menemani aku ke hospital psikologi ini. Manakala, Zarif dan Zafwaz mencuba nasib dengan mencari Iffa serta Shah di seluruh universiti. Biarlah. Aku harap nanti mereka berempat kahwin.

Ewah kau tiber

Sedang aku berjalan menuju ke arah pintu keluar, tiba-tiba sahaja aku terlanggar seorang budak perempuan di dalam lingkungan umur 7 tahun. Terus punggung kanak-kanak itu mencium lantai. Meraung sakan dia dibuatnya. Aduh, anak siapa ni?

"Adik, okay?" Aku melutut sambil memandang dia yang sedang mengelap hingus. Reda sedikit tangisan dia apabila aku memujuk-mujuk agar dia berhenti menangis.

"Okay. Abang ni siapa?" Petah mulut dia bertanya soalan cepu emas kepada aku. Sepatutnya aku yang tanya mana ibu bapa dia.

"Nama abang Aryan Shauki. Nama adik apa? Mana ibu dan ayah adik?" Aku membantu dia bangun dan mengajak dia duduk di salah satu kerusi yang berhampiran dengan pintu keluar.

"Nama saya Nadiya Idrah. Ibu dan ayah pergi melawat abang long."

"Abang long sakit apa?" Datang hospital ni bermakna abang dia ni mesti ada fobia yang merbahaya. Ada juga orang-orang kemurungan ditempatkan di hospital psychology Dr. Vasanthy.

"Abang ada OLD. Diya tak tahu tu penyakit apa tapi mama kata tu OLD"

"OLD?" Lantas anak kecil itu mengangguk. Sama nasib lah abang dia dengan aku.

"Abang bunuh kakak ipar Nadiya. Sebab tu dia kena tinggal dekat sini sampai betul-betul sembuh. Lepas ni ibu dan ayah nak melawat abang ngah dekat penjara pula." Kesian. Bunuh isteri tapi tak pandai nak sorokkan. Tapi, ayat terakhir Nadiya menarik minat aku. Nadiya Idrah? Nama dia dekat-dekat sama dengan Nadim Idham. Fu*k jangan kata ni adik dia.

"Kenapa dengan abang ngah Nadiya?"

"Abang ngah bunuh orang. Mayat perempuan tu ada belakang rumah Nadiya. Eiiii, seram." Kebetulan jenis apa ni?

"Kesian ibu dan ayah. Hari-hari menangis. Ayah selalu kata macam ni, 'Anak jantan kita semua nya tak berguna. Gila. Penjenayah.' Apa maksud ayah, bang? Nadiya tak faham maksud ayah. Teruk sangat ke abang long dengan abang ngah?"

Teruk sangat dik. Dah capai tahap parah. Nak-nak abang ngah kau. Boleh pergi tali gantung dah tu.

"Teruk lah jugak jenayah yang abang long dan abang ngah Nadiya buat. Sekarang ni ibu dan ayah sedang usahakan apa-apa ke?" Aku cuba mengorek rahsia. Untung dapat jumpa adik Nadim ni. Boleh aku tahu perkembangan terbaru 'pembunuh' Lisa ni.

"Ibu yang banyak usaha nak bebaskan abang ngah. Ayah dah malas nak ambil tahu katanya. Kesian abang-abang Nadiya kan abang Aryan?" Aku sekadar mengangguk. Mengiyakan kata-kata Nadiya.

Padahal hati kejam aku ini bersorak suka kerana ayah kandung Nadim sendiri membenci Nadim. Haih, tinggal sebumbung berdekad lamanya, tapi tetap tak percaya kan anak sendiri?

"Aryan Shauki!" Lantang suara Tasha menjerit memanggil nama aku. Fuh, suara macam mikrofon.

"Ya sayang?" Aku bangun dari duduk dan memeluk pinggangnya sambil tersenyum. Tetapi, dia cuba melepaskan pelukkan aku pada pinggangnya. Pantas aku berdehem dan memandang tajam anak matanya. Sedar akan renungan maut ku, Tasha membiarkan sahaja.

"Bang, siapa ni?" Nadiya memaparkan wajah yang aku rasa agak innocent. Jari telunjuknya yang kecil menunding ke arah isteri aku.

"Ni isteri abang. Nama dia Tasha Shazrina. Lawa kan dia?" Pantas Nadiya mengangguk dan tersenyum menampakkan eye smile nya.

My Psycho HusbandWhere stories live. Discover now