s e p u l u h

12.8K 462 36
                                    

"Nanti Aryan jemput Tasha ya?"

"Pergi mana?"

"Beli baju kahwin dan baju tunang la. Takkan lah kamu nak pakai baju T-shirt pulak masa kahwin nanti." Datin Eryna berseloroh sambil menyuapkan potongan epal ke dalam mulutnya. Tasha pula mencebik.

"Tasnim?"

"Aku tak pergi." Tasha menoleh. Memandang Tasnim yang memakai baju berlengan pendek dan seluar paras lutut.

"Siapa kata tak pergi?" Datin Eryna membalas.

"Qalif." Tasha mencebik lagi. Tak adil. Ni mesti Qalif keluar dengan kekasih hatinya, Izah.

"No. Kamu berdua kena pergi. Kalau tak, no money for this month." Tangan Tasnim di bahu dan matanya ke atas. Sungguh kelakar ayat mamanya.

"Ma, Tasnim dengan Qalif dah 22 tahun. Bukan remaja or budak kecil yang harapkan duit papa dan mamanya. Kalau dulu memang lah. Tapi sekarang dah lain ma. Kami dah besar. Ada kerja." Datin Eryna tidak mampu membalas. Baru dia teringat yang Tasnim dan Qalif sudah bekerja buat sementara waktu di syarikat papa mereka . Entah bila lah kedua - dua anaknya itu hendak sambung belajar .

Tidak mendapat balasan dari mamanya, Tasnim terus mengambil telefon bimbit yang berada di dalam poket seluar. Aplikasi WhatsApp dibuka.

Last seen today at 2:45
Husna

Me: Husna, jom jumpa dekat mall. Bosan lah.

Husna : Okay. Mall mana ? Pukul berapa ?

Me: Pavilion Mall. Pukul 3 of course.

Husna : 3? 3 apa?

Me: 3 petang la sayang oi !

Husna : Oh. Okay.

Tasnim menggelengkan kepalanya. Husna memang terkenal dengan sikap lurus bendulnya. Tapi dia tak peduli. Dia kenal Husna sejak tingkatan satu lagi. Husna baik dan mempunyai semangat setia kawan. Bukan macam kawan-kawannya yang lain. Berkawan dengan dia hanya kerana dia anak orang kaya.

Me: Aku ajak Qira sekali. Boleh tak?

Husna : Boleh.

Me: Okay. See you soon ! Bye babe

Husna : Bye

Online
Qira

Me: Qira.

Me: Reply la.

Me: Reply la weh.

Qira : Yes?

Me: Lambatnya kau reply message aku.

Qira : Aku chat dengan tunang aku la.

Me: Whatever. Jom pergi mall.

Qira : Jom. Bosan jugak duduk dekat rumah ni.

Me: Pavilion Mall. Pukul 3 petang.

Qira : Okay.

"Tasnim nak keluar jumpa kawan-kawan." Datin Eryna tidak membalas. Dia leka bermain telefon bimbit. Tasha pula awal-awal lagi sudah naik ke atas untuk menukar pakaian.

____________________________________

"Awak nak beli baju kahwin dan baju tunang kat mana?"

"Butik Royal." Aryan tersenyum nipis. Di dalam hatinya sudah melonjak gembira. Tidak sabar melihat kekasih hati menyarungkan baju pengantin.

My Psycho HusbandWhere stories live. Discover now