l a p a n b e l a s

8.6K 352 25
                                    

Lisa duduk seorang diri di cafeteria. Perasaan risau semakin menerjah masuk ke dalam dirinya.

"Hai Liss." Kepala didongakkan. Dia memandang Aryan yang segak dengan cermin mata hitam.

"Hai."

"Kenapa ni? Awak nampak macam risau."

"Ellyn. Dia hilang. Semalaman dia tak balik rumah." Aryan memulakan lakonannya. Dia turut memaparkan riak risau yang dibuat-buat.

"Dah try call parents dia?"

"Parents dia dah meninggal Ian. Dia tinggal dengan grandparents dia yang dah uzur." Sekali lagi Lisa mengeluh berat. Dia kembali menongkat dagu sambil fikiran sibuk memikirkan keadaan satu-satunya kawan baik dia.

'Patutlah liar.' Bisik hati kecil Aryan yang mula memburuk-burukkan Ellyn. Dia mengemam bibir dan memulakan ayat-ayat yang paling mantap dan direka sebaik mungkin olehnya.

"Lisa..."

"Yes?"

"Aryan tak suka tengok Lisa risau dan sedih macam ni." Melissa mengerutkan dahinya. Dia memandang pelik sikap Aryan.

"Kenapa Aryan tiba-tiba ambil berat pasal Lisa ni?"

"Because I Love You." Setelah mengungkapkan empat patah perkataan itu, Aryan Shauki terus mencarut sebanyak mungkin di dalam hati. Hendak sahaja dia memarahi diri sendiri kerana melakukan rancangan yang sebegitu bodoh. Dia berharap lakonannya mantapnya dapat mengaburi mata Lisa. Kalau boleh dia mahu menculik terus Lisa dan membunuh gadis itu seperti dia membunuh Ellyna. Namun, disebabkan Melissa Mardiah lah yang menampar cinta hatinya sehingga terluka, dia mahu menyakiti Lisa sebanyak dua kali. Satu, melukakan hati Lisa kerana dia telah menabur cinta palsu. Dan yang kedua, mendera gadis itu sehingga MATI. Mungkin bukan disakiti sebanyak dua kali tetapi berpuluh kali :)

____________________________________

Aku salah dengar ke? Aryan cintakan aku? Tapi dia crush Ellyn.

...

Ellyn hilang.

...

Mungkin dia tidak akan dijumpai lagi.
...

Mungkin dia lari bersama lelaki club malam yang selalu ditempahnya untuk melepaskan nafsu.

...

Siapa tahu?

...

Tapi aku cinta kan Nadim.

...

Tapi tak salahkan kalau aku cuba mencintai Aryan?

...

"Saya pun cintakan awak." Aku mengukirkan senyuman selebar-lebarnya. Aryan turut tersenyum manis ke arahku. Betul kata Ellyn. Dia kacak dan comel.

____________________________________

NAVSJAKWJWVWGXGSHKSKA APA KAH?! WAAAAA TAK KU SANGKA RANCANGAN INI BEGITU MENGGELIKAN!

Okay Aryan. Lukakan hati dia. Geli cuma sekejap. Bunuh then settle.

"Call me baby okay?" Apa aku buat ni. Okay geli sekejap je. Kau bunuh dia dan hati kau akan puas. Ingat sweetie pie pie kau. Melissa dah lukakan sweetie pie pie kau.

"Okay my baby boy honey bunny~" Betina tak guna ni main tambah nickname pulak. Rasa nak potong je mulut kau :)

"Mulai hari ni kita official."

"Yes." Dia menyahut kata-kata aku dengan senyuman manisnya. Senyuman palsu aku lontarkan lalu aku mencium pipinya.

____________________________________

Ya Allah. Apa Aryan buat tu?Bercium dekat kawasan universiti. Wait. Bukan dia dah bertunang dengan Tasha?

Huh.Aku dah kata Nadim Idham pasti akan dapat Tasha Shazrina. Kau tak layak untuk Tasha, Aryan.

Telefon pintar dikeluarkan. Aku mengambil gambar Aryan yang sedang mengucup tangan Lisa. Nice photo for me. But not for Tasha Shazrina.

Online
Tasha ☆彡

Me : You send a photo to Tasha ☆彡

Tasha ☆彡: ...

Me: Sha, sabar okay ?

Tasha ☆彡: Dia tipu Tasha...

Me:Ya , Nadim tahu . Kalau Tasha ada masalah. Just call me. I'll always be thete for u :)

Tasha ☆彡: Thanks Nadim

Me : Most welcome Sha

____________________________________

Aku menongkat dagu. Sedih. Itu yang aku rasakan sekarang. Dia tak suka aku yang bertudung ke? Kenapa dia perlu curang dengan aku? Aku baru nak cintakan dia.

💔

Aku merenung diri melalui pantulan cermin kompak. Aryan... Tak suka dengan perubahan diri aku ke?

Tak. Tak. Aku berubah bukan demi dia. Aku berubah demi Allah. Alhamdulillah papa dan mama suka dengan perubahan diri aku. Abang Qalif pun suka dengan perubahan aku sekarang. Tapi Aryan. Okay lupakan dia buat sementara.

Aku menapak laju menuju ke cafeteria. Lapar. Setibanya aku di cafeteria, dapat ku lihat dua insan yang amat dibenci sedang bergelak ketawa dengan riangnya. Menjengkelkan.

"Tasha~" Aku memandang Nadim yang melompat-lompat dengan tawa kecil. Apalah dia ni. Macam budak-budak.

"Ya~" serentak dengan itu kami berdua ketawa kecil. Entah kenapa, berjumpa dengan dia buat aku selalu ketawa. Semenjak aku reject dia hari tu, makin kerap pula kami berdua bersua muka. Jodoh mungkin.

(//・_・//)

Ingat Aryan, Tasha. Mengamuk
budak tu nanti.

"Ayu nya cik Tasha~" usikkannya membuatkan aku tersenyum kecil. Ucapan terima kasih diberikan sebagai tanda menhargai pujian yang dia berikan kepada aku.

"Saya lapar lah cik Tasha. Teman saya makan please." Ya Allah kenapa comel sangat budak ni.

"Baik Nadim. Tapi jangan buat muka macam tu."

"Kenapa? Buruk ke?" Dia meraba-raba seluruh wajahnya. Gelagatnya itu mengundang tawa aku. Dengan mata yang membulat dan wajah yang berkerut risau, serius terhibur aku dengan raut wajah yang ditunjuk olehnya.

Aku berhenti ketawa apabila melihat wajah Nadim sudah merona merah. Comel. Patutlah popular.

____________________________________

Aryan memerhati gelagat Tasha dan Nadim dengan hati yang membara. Lisa pula sibuk ber selfie dengan iPhone X miliknya.

"Ramainya mangsa aku."

____________________________________

-TBC-

My Psycho HusbandWhere stories live. Discover now