d u a p u lu h t u j u h

7.4K 282 20
                                    

"Bos tu gila ke?"

"Boleh tahan gila lah bagi aku. Habis semua orang dia nak bunuh. Cari masalah sikit terus bunuh. Membunuh tu kira settle lah bagi dia." Kata Taufiq sambil mengcangkul tanah. Mayat Eman sudah ditanam dan kini mereka berdua hanya perlu menimbus mayat Eman. Esakkan Taufiq pun masih belum terhenti.

"Bos dulu banyak girlfriend kan?"

"Banyak gila tho. Kim, kalau kau nak tahu bos tu memang banyak girlfriend dulu. Sekali putus, ada lagi spare. Bertukar-tukar lah girlfriends bos tu. Nerd ada, natural beauty ada, make up tebal ada, budak sekolah menengah yang berumur 16 hingga 17 tahun pun disapunya." Terkejut besar Kimmie apabila mendengar ayat terakhir Taufiq.

"Apa lah. Budak-budak sekolah tu pun. Gatal sungguh."

"Alah, cuba kau tengok muka bos tu. Kacak gila tau. Macam-macam mix ada. Nak banding dengan muka kita ni? Fuh, macam langit dengan bumi. Jauh beza. Tu pasal Puan Tasha pun tertarik dengan Tuan Aryan. " Terus dia meletakkan cangkul ke tepi. Kimmie terus duduk ditepi 'kubur' Eman lalu menepuk-nepuk tempat duduk disebelahnya. Menandakan dia ingin terus mendengar cerita Taufiq. Nak juga mengorek rahsia tentang Aryan.

"Girlfriend pertama bos siapa?"

"Gila kau? Fikir aku ingat ke? Girlfriend terakhir aku ingat la."

"Siapa?"

"Ayu Maisarah."

"Cantiknya nama dia." Puji Kimmie yang kedengaran terpegun dengan nama secantik Ayu. Kotak fikirannya sudah mula membayangkan wajah cantik manis Ayu Maisarah.

"Cantik tapi species tak setia buat apa? Dah lah makeup tebal." Kutuknya bersama sengihan hambar dibibir.

"Sama lah macam tuan tu. Hensem tapi curang 24 jam. Hah, kau lagilah. Muka hancur, curang pun 24 jam jugak lah kan?" Terus Kimmie memukul lembut bahu Taufiq dan tergelak besar.

"Aku nak tahu kenapa bos jadi macam tu. Tarikan apa yang ada kat Puan Tasha sampai dia berubah. Cerita lah Fiq."

"Erm. Bos ni dulu tak membunuh mana. 2 ke 4 orang je dia bunuh. Seiingat aku, bos start membunuh masa umur dia 13 tahun. Ramai gila yang crush on dia."

"Kau tahu dari mana?"

"Aku kan senior StarKillers. Mesti lah tahu."

"Okay sambung."

"Jadi, bos masa tu nak juga lah couple dengan beberapa perempuan comel dan lawa dekat sekolah tu. Senior-senior semua nak couple dengan dia. Dah nasihat yang Aryan tu playboy, diorang tetap nak couple. Maklum lah terlebih hensem. Kalau masa form 1 aku dengar yang bos ni comel gila."

"Jawapan diorang bila dengar yang Aryan playboy?"

"Seiingat aku... Hah! Diorang kata macam ni, 'Aku yakin yang aku boleh kekalkan hubungan aku dengan dia.' Last-last sebulan kemudian putus. Masa tu, siapa yang dapat Aryan memang happy gila lah. Sampai ada yang bergaduh besar pasal nak kan Aryan." Kimmie sudah mula membayangkan situasi Aryan semasa di sekolah menengah. Betapa kacak dan comel nya Aryan di sekolah itu sehingga ada yang sanggup bergaduh sesama sendiri.

"Aryan lelaki paling kacak dan comel ke dekat sekolah tu?"

"Haah."

"Eh aku nak tahu pasal Puan Tasha. Menarik apa nya dia sampai Tuan Aryan membunuh demi dia? Asyik cemburu kalau Puan Tasha rapat dengan lelaki lain."

"Hurm. Kat dunia ni ada ramai perempuan yang cantik. Tapi susah nak jumpa yang cantik dan baik perilakunya. Kalau ada yang macam ni, aku pun nak. Tuan Aryan suka Puan Tasha sebab perilakunya yang baik. Tak suka bermusuh dan jenis tak kepoh. Bijak,lawa,comel dan baik semuanya ada pada dia. Aryan pula tergoda lah dengan kecantikan dan kecomelan Tasha. Dia ingat nak jadi kan Tasha girlfriend spare. Tapi bila dia selidik pasal Tasha, dia dapat tahu yang Tasha ni baik gila. Dia tak sampai hati lah nak kenakan Tasha tu..."

" Eh kejap!"

"Haih, apa lagi Kimmie oi?"

"Banyak betul yang kau tahu."

"Aku ni bukan sahaja pro bab mencuri dan menceroboh rumah orang tapi aku juga seorang stalker berjaya." Puji Taufiq kepada diri sendiri. Sempat juga matanya menangkap cebikan Kimmie.

"Hurm iya lah. Sambung."

"Nak dijadikan cerita, disebabkan tuan Aryan selalu sangat stalk Tasha dekat Instagram, dia terjatuh hati pulak dengan wajah Tasha. Dekat universiti pula dia stalk perangai Tasha. Bertambah sayang lah jadinya."

"Tak. Sekarang ni perlu ke sampai membunuh? Kalau suka, cakap saja lah. Kalau dia menolak. Terima saja lah keputusan dia dengan hati yang terbuka."

"Itu aku tak tahu. Mungkin tuan ada kenangan silam yang susah untuk dia lupakan. Seseorang menjadi psiko ada sebabnya. Lagi pun dia tu ada Obsession Love Disorder"

"Alah, aku nak tahu sangat-sangat."

"Suatu hari nanti kau akan tahu juga. Dan aku pun akan turut tahu. Kita semua akan tahu." Sengih Taufiq sambil menutur ayat yang sudah sedia ada di dalam kotak fikiran.

"Dah lah Kim. Jom pergi dari sini. Kau tahu tak seram? Dah lah kita duduk tepi kubur Eman." Jawab nya lalu menuju ke arah kereta sambil membawa cangkul. Diikuti dengan Kimmie yang dari tadi memegang torchlight.

Bonet dibuka dan cangkul disimpan dengan berhati-hati. Ini kan kereta Aryan. Mengamuk pula jejaka psiko itu jika kereta mewahnya tercalar. Terus kedua-dua orang suruhan itu masuk ke dalam perut kereta dan memecut laju meninggalkan kawasan tanah lapang yang sunyi sepi itu. Tanah itu milik Aryan. Dan disitu lah tertanamnya mayat para pekerja Aryan yang mengkhianatinya.

Prinsip hidup Aryan sememangnya aneh dan tidak boleh diterima.

Jangan cari pasal dengan aku. Kau cari pasal, aku bunuh kau.

____________________________________

Ting!

Iffa : Shaaaaa

Me: Yes ?

Iffa : I rindu Hani lah. Dah berapa hari dia miss kelas :(

Me : Hurm. Me too. Maybe Hani ada urusan keluarga ?

Iffa : I don't think so. Kalau Hani ada masalah, dah lama family dia yang kat kampung tu call professor. Hah, kenapa Tasha tak datang hah? I feel like a lonely girl :(

Me: Sorry Iffa . I have some problem with my 'husband'  .

Iffa : Kahwin muda. Erm. Cemburu I HAHAHAHA

Me: Not at all.

Iffa. : Okay okay. See you soon! Datang universiti esok !

Me: In Shaa Allah ✔✔

____________________________________

Aku mengeluh kecil lalu meletakkan telefon bimbit di atas meja makan. Terus aku menuju ke dapur lalu membuka peti sejuk. Sekotak susu segar, aku capai. Pintu sejuk ditutup kemudian aku menuju ke rak cawan dan mengambil cawan kesukaan aku dengan cermat.

Sudah pukul 12 tengah malam. Namun, jejaka pujaan ramai, iaitu Aryan Shauki masih belum memunculkan dirinya. Sudah berapa kali aku Cuba menhubunginya. Tapi tetap dengan suara minah saleh yang sentiasa mengulangi ayat-ayat yang membosankan.

Mana dia ni? Ish, suka buat aku risau!

Bang! Bang! Bang!

"Hoi! Bukakkan pintu ni!" Terkejut aku apabila mendengar suara amarah dari seseorang. Suara ini seperti pernah aku dengar.Kuat benar dia menjerit, menyuruh aku membuka pintu secepat mungkin. Ketuk pintu macam nak robohkan rumah orang!

"Ya! Kejap!"

Aku terus menuju ke pintu utama dan membukanya tanpa menyoal selidik siapa yang berada di luar. Biar lah. Mungkin itu Aryan. Dia stress akan sesuatu agaknya.

"Eh?!"

____________________________________

-TBC-

My Psycho HusbandWhere stories live. Discover now