t i g a p u l u h s a t u

7.6K 320 56
                                    

"Nak roti dengan jem strawberry." Aku diam sahaja sambil meletakkan jem strawberry pada roti Aryan.

Dia memandang aku bersama muncung dibibir. Fikir comel la tu.

"Kenapa ni? Marahkan Aryan ke? Tasha marah dekat Aryan ke ni?" Pakai nama lah pulak.

"Tak."

"Macam ya."

"Tapi tak."

"Kalau ya?" Eh , dia ni. Kan aku dah kata yang aku TAK MARAH.

"Maaf lah ya Aryan Shauki. Saya sebenarnya musykil dengan kerja awak. Orang suruhan awak kan ramai. Takkan lah bergantung dekat igshop awak je kan? Tak marah pun pasal semalam. Hak awak kan?"

"Betul tu betul. Itu memang hak saya." Sengihnya sambil mengunyah roti. Eiii , soalan aku yang pasal kerja tu tak jawab pulak.

"So, awak kerja apa?"

"Kalau saya beritahu ni, awak marah tak?"

"Maybe marah? Alah beritahu lah. Lantak lah kerja apa pun. Asalkan HALAL." Gumam ku lalu melabuhkan duduk di sebelahnya.

"Halal ke kalau kerja membunuh?"

"Membunuh? Kerja apa tu? Syarikat Psychopath?"

"Mafia. Heh~" Membulat mata aku apabila perkataan mafia terpacul keluar dari mulutnya.

"Suka betul tambah dosa."

____________________________________

Zzappppp

Sentap gila.

"Erm. Saya keluar jumpa kawan dulu." Terus aku bangun dari duduk dan berlalu ke arah pintu utama.

Pintu aku tutup rapat. Dapat ku dengar gelak tawa Tasha dari dalam.

Alah. Dia tak tahu ke yang aku ni ikut perangai papa?

Papa nampak side jahat aku. Papa tak nampak langsung side jahat abang-abang dan kakak aku. Sejak umur 13 tahun, papa selalu bawak aku ke markas dia. Korea, Itali, London dan lain-lain.

Sejak umur 13 tahun jugak aku belajar seni mempertahankan diri dan menggunakan senjata.
Mama selalu nasihatkan aku supaya tak terlalu membahayakan diri sendiri. Tapi aku kan mafia dan psychopath. So, memang bahaya kan diri sendiri lah jawapnya.

Obsessive Love Disorder (OLD). Haish, mama tak habis-habis nak sembuhkan aku dari OLD. Dah 3 tahun kut. Satu habuk tak jalan. Buang duit betul.

____________________________________

"HAHAHAHA!" Terus Aryan menyepak belakang Aniq bersama gelak psiko nya.

"Kau tak berubah ea Aniq? Dari remaja sampai umur dah dua puluh lebih ni, kau tetap gila kuasa. Gila harta." Penutup mata berwarna hitam dibuka.

Aniq tercungap-cungap mencari nafas. Darah yang mengalir di tepi bibir di endahkan. Dia tidak boleh berbuat apa-apa. Tangannya sudah diikat ketat.

"Ian! Sampai hati kau buat abang kau macam ni!? Lepaskan aku lah b*doh!" Rontanya sambil menjerit-jerit. Namun, perbuatan Aniq sekadar mengundang tawa Aryan dan konco-konconya.

"Kau tengok berapa ramai orang suruhan yang aku ada?" Kesemua mereka menunjukkan senyuman sinis.

"Kau. Apa yang kau ada? Kau tu cuma seorang yang pemalas. Bergantung kepada aku, abang Adri dengan Kak Nadiah. Kami ada kerja di usia muda. Tapi kau? Sejak belasan tahun lagi kau bergantung pada papa dan mama. Semenjak remaja lagi kau cuma tahu mencari cinta. Hello, aku ni pun playboy. Tapi aku ni pandai jugak lah jana duit. Aniq, sedar diri lah sikit. Aku rasa syarikat papa boleh gulung tikar kalau kau yang pegang. Dulu, aku paling sayang siblings goals kita. Tapi sekarang aku pandang rendah dekat kau."

My Psycho HusbandWhere stories live. Discover now