d u a p u l u h t i g a

7.7K 314 12
                                    

Ting!

TashaShazrinaMilikAku: Assalamualaikum Ian.

Me: Waalaikumussalam sayang

TashaShazrinaMilikAku: 🙄

Me: Okay okay, kenapa message saya ni?

TashaShazrinaMilikAku: Ambil saya dekat rumah. Saya nak ambil baju kahwin dekat butik Rudy.

Me: Alright❤✨

TashaShazrinaMilikAku: Btw boleh saya tanya?

Me: Tanya lah.

TashaShazrinaMilikAku: Nadim ada message awak tak? Dah seminggu saya tak dapat message dari dia. Saya nak bagi kad kahwin kita dekat dia.

Me: Ya Allah sayang 💆🏻 Awak tak tahu ke?

TashaShazrinaMilikAku: Tahu apa?

Me: Nadim dekat penjara sekarang ni.

TashaShazrinaMilikAku: Awak jangan nak menipu saya lah.

Me: Awak tu cuti lama sangat. Satu Universiti dah kecoh pasal ni tau?

TashaShazrinaMilikAku: Apa yang Nadim dah buat sampai dia kena penjara???

Me: Nanti saya cerita.✔✔

____________________________________

"Beritahu saya apa yang Nadim dah buat sampai dia masuk penjara." Tanya Tasha yang baru sahaja masuk ke dalam kereta mewah Aryan. Mulalah jejaka psycho tersebut diterjah rasa cemburu.

"Amboi, masuk-masuk terus tanya saya pasal mamat tu."

"Biar lah. Saya caring pasal Nadim. Awak caring pasal girlfriend awak tu." Katanya sambil berpeluk tubuh.

"Girlfriend? Lisa?"

"Iya lah."

"So, kau nak cakap yang kau dengan Nadim tu boyfriend,girlfriend? Macam tu?"

"Saya bukannya jenis tak sedar diri macam awak. Dah bertunang tapi tetap couple dengan orang lain."

"Mana ada aku couple dengan dia."

"Ah, sudah lah. Saya tanya pasal Nadim, awak pulak melalut ke lain." Jawab Tasha yang sudah mula naik berang. Serabut dengan sikap Aryan yang gemar menukar topik secara tiba-tiba.

"Nadim bunuh Lisa." Tiga patah perkataan itu membuatkan Tasha terkejut besar. Aryan pula berwajah selamba dan terus menhidupkan enjin kereta. Perjalanan ke butik Rudy hanya dipenuhi suasana senyap. Tasha masih kekal dengan rasa terkejutnya. Dia terkenangkan sifat ambil berat yang dimiliki oleh Nadim.

Lantas dia menjeling Aryan yang sedang fokus memandu. Ditenungnya wajah jejaka kacak tersebut.

'Aryan, walaupun dia ni nampak macam garang dan ganas. Tapi dia sebenarnya baik hati. Cuma dia cepat cemburu. Nadim , saya tak sangka yang saya dibutakan dengan wajah comel awak tu. Rupa-rupanya awak psycho. Sungguh saya tak sangka. Betul lah kata orang. Jangan pandang seseorang berdasarkan rupa paras.' Monolog gadis berkaca mata itu. Terus dia melabel Nadim sebagai seorang psychopath. Manakala Aryan sebagai jejaka baik yang layak didekati.

"Dah puas scan muka aku yang kacak ni?" Tersentak Tasha dibuatnya. Aryan pula tersenyum mengejek lalu memberhentikan keretanya di hadapan butik Rudy. Dia terus keluar dari perut kereta tanpa mempedulikan Tasha yang masih terpinga-pinga melihat senyuman mengejek yang dipamer olehnya.

____________________________________

"Oh My Lovely girl, Tasha! You look so gorgeous today!" Ewah, ayat Rudy boleh buat aku naik cemburu ni. Sabar Aryan. Kawan baik kau tu.

Aku terus melabuhkan punggung di atas kerusi empuk yang terletak di tepi rak baju pengantin. Terus iPhone dikeluarkan. Permainan video di dalam telefon pintar sajalah peneman aku sekarang. Tasha sibuk membelek baju yang dipilih tempoh hari. Baju pengantin yang lebih menutup aurat serta tidak ketat. Tapi, warna baju perkahwinan kami tetap putih. Takkan lah tak tahu aku ni malas gila kalau bab try baju. Nak kahwin aku rajin je.

Ting!

Semak lah.

Hani: ASSALAMUALAIKUM BOS YANG HENSEM AUMS🌸

Me: Waalaikumussalam.

Hani: Alo🙁 Tak excited ke saya message?

Me: Tak.

Hani: Ni sedih ni.

Me: Lantak kau lah nak sedih.

Hani: Alaaaaa pujuk la saya.

Me:Malas aku nak pujuk kau. Macam lah kau tu girlfriend aku.

Hani: Ish apa bos ni. Sungguh kuuuuuu broken :(

Me: Jangan buat masa aku la. Kau nak apa hah?

Hani: Hmmm. Mesti bos dah bahagia dengan Tasha kan? Pasal tu bos dah tak chat saya macam dulu. I'm so sad :(

"Penipu." Terus aku berpaling ke tepi. Laju sahaja mata aku menangkap raut wajah Tasha yang menahan geram. Hani ni memang tak guna arh.

"Hani rupanya. Siap panggil bos lagi. Awak bagi dia kerja apa? Girlfriend spare? Seorang meninggal, ada seorang lagi girlfriend. Macam tu? Berapa gaji? Seribu? Lima ribu?" First, aku bersyukur pasal dia tak syak yang Hani ni spy aku. Second, memang mampus Hani ni aku bunuh. Third, memang kena pujuk Tasha lah lepas ni.

"Tasha, jangan lah tuduh saya macam tu."

"Tuduh? Saya TERbaca message awak dengan dia je. Bukti depan mata. Sibuk chat dengan girlfriend sampai bakal isteri berdiri kat tepi pun tak sedar." Fuh, bab perli nombor satu. Serius aku dah tak tahu nak cakap apa. Kenapa aku lemah sangat kalau berdebat dengan Tasha? Rudy pun menhadiahkan jelingan dia kepada aku.

"Dah. Bayar, lepas tu balik." Aku iya kan saja. Esok memang aku kena pujuk dia. Esok,lusa dah nak kahwin Aryan oi.

____________________________________

"Dah buat apa yang aku suruh?"

"Dah. Relaks bos. Semua bersih."

"Okay, good. Nanti aku bayar gaji." Tanpa menunggu balasan daripada orang suruhannya, dia terus meletakkan telefon dan menfokuskan pandangan kepada gadis berkulit putih dihadapannya.

"Pandang lah patik, wahai tuan puteri yang cantik." Tuturnya di dalam bahasa istana. Tasha pula terus memangdang jengkel percakapan Aryan.

"Awak cakap dengan siapa hah? Bayar gaji? Bila masa awak kerja ni?" Perasaan cemas terus menyerang diri Aryan. Mulutnya tidak boleh hendak menjelaskan apa-apa kepada Tasha. Melihat reaksi Aryan bagaikan bertukar menjadi batu, terus Tasha memetik jarinya dihadapan wajah lelaki itu. Laju sahaja Aryan Shauki terjaga dari lamunannya.

"Excuses me? Saya tanya ni."

"Igshop!" Terpacul terus ayat itu dari mulutnya. Saat itu, seratus peratus dia ingin menampar-nampar mulutnya. Igshop? Tidak pernah wujud di dalam kamus hidupnya. Namun, otak bergeliganya terus mendatang kan satu idea.

____________________________________

-TBC-

My Psycho HusbandWhere stories live. Discover now