l a p a n

12.5K 494 15
                                    

"Sayang!"

"Aryan?" Mulut Tasha terbuka seluas-luasnya. Kejutan jenis apa ni? Siapa lelaki dan wanita yang sudah berusia itu? Jangan kata Aryan datang meminang sudah lah.

"Tasha kenal Aryan?" Tasha mengangguk lambat-lambat. Manakala Qalif yang berada di sebelahnya sudah naik angin. Fikirannya bercelaru. Pelbagai carutan diberikan kepada Aryan. Namun carutan itu sekadar diluahkan di dalam hati.

"Kenal la mama. Dia boyfriend Tasha." Aryan tersenyum manis. Tidak sangka gadis pujaan hati berkata begitu.

"Jadi ini lah teman wanita Aryan?" Aryan mengangguk laju.
Dia tersenyum selabar-lebarnya.

"Tak sangka anak kita bercinta."
Datin Eryna menepuk lembut bahu ibu Aryan, Datin Hanisah. Kedua-duanya ketawa sambil menutup mulut.

"Sejak bila kau couple ni?" Tanya Tasnim. Dia menjeling Aryan. Hensem.

"Dah lama dah. Kami cuma rahsiakan hubungan kami. Malas lah nak hebohkan." Automatik ayat itu melucur laju dari mulut Tasha. Aryan pula membulatkan matanya sebagai tanda tidak percaya. Seriously? Baru 2 bulan. Bagi dia 2 bulan itu baru sekejap. Bersayang-sayang? Bermesra? Tak pernah langsung. Kalau ada pun, itu sekadar lakonan.

"Berapa tahun tu?" Tasnim bertanya lagi. Kekal dengan nada tidak percaya.

"3 tahun." Kali ini Aryan pula membalas. Dan Tasha pula yang membulatkan matanya. Wah! Ini gila namanya.

"Lamanya. Kalau papa tahu dah lama papa suruh Tasha kahwin dengan Aryan tau." Pipi Qalif berubah merah. Menahan geram.

"Itu lah kan. Nampaknya kita kena ubah lah plan."

"Plan apa ni, pa?"

"Papa ingat nak kahwinkan Aryan dengan Tasnim. Dan Qalif dengan Tasha. Tapi kena tukar la nampaknya. Tasha dengan Aryan dan Tasnim dengan Qalif." Wow! Menempah maut namanya ni. Kahwin? Tak teringin. Tasha mencebik, Aryan tersenyum, Tasnim memuncung dan Qalif rolling eyes.

'Kahwin dengan Aryan? No way.'

'Bagus. Plan ditukar.'

'Nak Aryan!'

'Kenapa?!'

____________________________________

Ting ! You got a new message from Rita

Rita : Betul ni you nak jumpa I?

Me :Yes. I miss you so much.

Rita : Okay. Nanti kita shopping. Jumpa dekat hotel Pavilion. Bilik I, tingkat 3, nombor 12.

Me : Kenapa you stay dekat hotel?

Rita : I gaduh dengan papa dan mama. Dah lah. Nanti you jemput I. Alright baby ?

Me: Alright. See you soon.

Rita : Okay baby !

Telefon pintar milik seorang lelaki dicampakkan ke atas badannya yang sudah tidak bernyawa. Aryan meneliti tag nama yang dipakai lelaki tersebut. Zukri.

"Kesian kau Rita. Aku dah 'ter'bunuh teman lelaki kau. Sorry baby. But it's okay. You pun akan ikut dia nanti." Aryan tersenyum sinis. Dia menyimpan kembali pisau lipatnya.

"Apa aku nak buat dengan mayat kau ea? Dah lah pengecut. Baru pukul sikit dah pengsan. Macam mana lah boleh jadi boyfriend Tasha dulu?" Aryan menggelengkan kepalanya. Lalu bangun dari duduk. Mayat Zukri diheretnya. Dia menuju ke tepi bukit.

My Psycho HusbandWhere stories live. Discover now