d u a p u l u h l i m a

7.8K 329 46
                                    


KEPAK KEPAK KEBOM KEBOM KEPAK KEPAK KEBOM KEBOM

Alunan kompang dan suasana riuh di luar banglo keluarga Aryan, menambahkan lagi suasana meriah.

Aryan tersenyum manis ke arah saudara-mara serta tetamu lain yang sudi hadir untuk memeriahkan hari perkahwinan dia dan Tasha. Dia turut menhadiahkan senyuman kepada anak-anak buahnya yang sanggup menunggu dari awal majlis lagi.

"Tak sangka akhirnya bos kahwin jugak dengan cik Tasha."

"Puan Tasha okay. She is mine now." Katanya sedikit tegas. Anak-anak buahnya yang lain sekadar mengangguk faham. Kenal sangat dengan sikap psiko Aryan. Dari kenduri kahwin, boleh bertukar kepada kenduri arwah! Itulah kehebatan Aryan Shauki. Semudah ABC dia menukar suasana sesuatu majlis.

"Dah. Pergi makan." Terus anak-anak buahnya itu meluru ke ruang makan. Aryan pula mengintai sedikit ke arah isterinya yang sedang leka berbual-bual bersama saudara-mara di ruang tamu. Melihat seyuman serta tawa gembira Tasha, sudah cukup membuatkan Aryan tersenyum semanis-manisnya.

____________________________________

Tasnim mencebik dan mengeluh geram di dalam biliknya. Hari ini, dia sah bergelar isteri Qalif. Abang angkat yang sama-sama bersikap jahat sepertinya.

Mamanya dari tadi lagi menyuruh dia untuk keluar dan melayan tetamu yang hadir. Namun, tetap juga dia memekakkan telinga. Malas hendak menghadap cuaca panas di luar. Malas juga hendak menghadap muka ex-boyfriend nya.

Bagi dia, ex-boyfriendnya itu sepuluh kali ganda lagi hensem dari Aryan. Tetapi hubungan mereka terputus di tengah jalan apabila bekas kekasihnya itu tidak mahu bertanggungjawab kerana mengandungkan Tasnim. Ya. Tasnim tidak mempunyai dara semenjak tiga tahun lepas. Terus dia mengambil tindakan senang namun membawa padah buat dirinya. Iaitu menggugurkan kandungan. Rahsia itu terus disimpan rapi sehingga hari ini. Dan Tasnim juga menyimpan hasrat dendam terhadap bekas kekasihnya itu. Tiga tahun sudah berlalu, namun rasa benci masih melekat di dalam dirinya.

Ting!

019-xxx: Mana you? Penat tau parents you jemput I for your wedding day.

Me: Siapa ni?

019-xxx: Ex you lah. Engku Amier.

Me: Macam mana you tahu hari ni, wedding I? Siapa jemput you?

019-xxx: Parents you lah. Nak buktikan yang anak dia boleh dapat jodoh lagi cepat dari I konon.

Me: You jangan main-main. Jangan nak menuduh.

019-xxx: Hey bit*h. I'm so serious. I pun terkejut parents you jemput I. Nombor telefon you pun, I dapat dari parents you. Cliche kan pertemuan kita :) Btw anak kita sihat ke? Or you dah gugurkan anak kita? Dah tiga tahun ni sayang. Anak I dah besar ke?

Me: Damn you!

Dengan perasaan marah yang meluap-luap, terus Tasnim mencampakkan telefon pintarnya itu ke arah pintu bilik. Dia terus menyembamkan muka ke atas bantal, lalu menangis semahu-mahunya. Tidak menyangka bahawa Amier masih ingat akan perbuatannya tiga tahun yang lalu.

____________________________________

KRAK!

Aku terus berpaling ke arah pintu bilik Tasnim. Saudara-mara yang lain turut berpaling ke arah bilik dia.

Mama pula terus bangun dari duduk lalu menuju ke bilik Tasnim. Mungkin takut Tasnim melakukan benda yang bukan-bukan terhadap dirinya. Ini kan kahwin paksa. Lain lah aku dengan Aryan. Dia crush aku kut. Beruntung sungguh diri ini.

"Kenapa tu, Sha?" Aku memandang ke arah sepupuku, Natalie. Gadis kacukan Korea. Dan juga dibesarkan di Korea. Sememangnya ahli keluarga sebelah mama semuanya berkacukan Korea.

"Nothing. Don't worry. Maybe Tasnim terjatuhkan barang." Selepas itu kami kembali berbual-bual.

PANG!

Aku dan Natalie sama-sama terkejut. Kami berdua terus menuju ke bilik Tasnim. Makcik-makcik aku turut sama menuju ke bilik dia.

"Ya Allah! Ryna sabar!" Auntie Aida, sahabat karib mama yang tiba lebih awal dari kami yang lain, kelihatan menenangkan mama.

Pelik. Apa yang dah jadi?

Yang aku pasti, mekap Tasnim sudah tidak kelihatan rupanya. Mukanya juga dibasahi air mata. Tangan dia pula sedang memegang pipi yang memerah. Mama tampar Tasnim ke? Atau yang merah-merah kat muka dia tu blusher.

Alo sian dia muka merah-merah.

Mama yang bagaikan hilang sabar, terus menerus menampar Tasnim.

Papa pula muncul untuk menenangkan mama. Aku tak tahu nak buat apa.

"Kenapa ni?! Kenapa awak tampar Tasmin hah?! Jangan malukan dia, sayang!"

"Malu?! Jangan malukan dia?! Eh, awak tahu tak yang anak tak guna ni yang dah malukan kita?!" Apa pulak yang Tasnim dah buat ni? Hari ni hari bersejarah buat aku kut. Mintak penampar betul minah ni.

"Apa dia dah buat? Sampai awak panggil dia anak tak guna?"

"Oh awak nak tahu?! Ni depan semua saudara-mara dan rakan-rakan dia saya nak beritahu! Biar sama-sama malu!" Aku menunggu apa yang ingin mama beritahu. Jeritan lantang mama tadi telah menarik Qalif dan juga Aryan masuk ke dalam bilik Tasnim.

"Anak awak dah hilang dara! Semenjak tiga tahun yang lalu! Awak dengar tak Dato' Zamri?!" Aku pula yang terkejut besar. Sepantas kilat papa pula menampar Tasnim. Along terus menuju ke arah mereka bertiga.

"Sabar pa,ma. Mama dan papa tampar dia pun dah tak ada guna. Masa tak boleh diputarkan papa, mama." Ya Allah. Sempat lagi kau pakai ayat Masa Tak Boleh Diputarkan. Along, kau tak nampak ke tangan papa dan mama tu memang rasa nak menapak dekat muka Tasnim?

Papa terus keluar dari bilik Tasnim. Diikuti dengan mama. Kedua-duanya kelihatan mengalami bahang kemarahan yang teramat.

____________________________________

-TBC-

My Psycho HusbandWhere stories live. Discover now