e n a m b e l a s

9.4K 349 18
                                    

Aku dah dapat gambar Lisa dan Ellyn. Dan aku dapat tahu yang Ellyn tu suka aku. Ellyn memudahkan lagi kerja aku. Lisa? Pandai-pandai lah aku culik dia.

Ting !

DatoHanifFamily

My Queen : Aryan

Me: Yes mom ?

My Queen :Jangan lupa. Bulan depan.

KakNad : Mengapa? Kenapa? Bulan depan?

Me:Adududu ma... Message personal tak boleh ke ?

My Queen : Biarlah. Abang-abang dengan kakak kamu tu tahu. Jangan lupa semua balik Kuala Lumpur.

Me: Bulan depan nak kahwin. Sekarang baru nak beritahu.

My Queen : Biarlah. KEJUTAN💋

AbgAdri : Kahwin? Siapa nak kahwin?

My King : Adik bongsu kamu.

AbgAniq : Aryan?! Serius lah pa ?!

My King : Ya , papa serius.

KakNad: Ewah ewah, gatal ea anak bongsu ni nak kahwin

Me: Kena paksa

My Queen : Paksa apanya? Kamu kahwin dengan kekasih kamu. Mana ada paksa.

AbgAniq : Kau dik.... Kecik-kecik dulu main anak patung barbie, besar-besar menggatal ea.....

Me: -_-

AbgAdri : Achik, kau tu yang single tak sudah. Yang bongsu dah nak kahwin, yang sulung dah kahwin, Angah pun dah kahwin. Sepatutnya mama carikan jodoh untuk kau

My Queen : Dengan ini mama mengumumkan bahawa Aniq Shafiq akan dikahwinkan dengan anak pembantu rumah kita, Mawar Fazlyn. Macam mana Niq ? Setuju tak ?

AbgAniq : Bila tu 🤔

My King : Papa setuju. Tahun depan

KakNad : Achik tak bantah ea?

AbgAniq : Tak.

Aku menyimpan telefon di dalam poket seluar. Papa dengan mama suka sangat jodohkan kami. Tak kira pekerjaan asalkan orang tu buat papa dan mama berkenan nak jadikan menantu. Biarlah kami tak kenal sekali pun. Abang Adrian dengan kak Nadiah bukan cintakan sangat suami dengan isteri diorang. Kahwin paksa. Abang Aniq sahaja yang bernasib baik.Abang Aniq cintakan kak Mawar dan kak Mawar cintakan abang Aniq.

Kalau aku, Tasha nampak MACAM tak cintakan aku. Tapi, aku cintakan dia. Aku harap sangat suatu hari nanti dia luahkan isi hati dia dekat aku. Kalau tak memang aku bunuh kau :)

____________________________________

"Along cuba cerita dekat Tasha."

"Cerita apa ni Sha?"

"Siapa yang pukul along dan main toreh tangan along?"

"Entah lah. Orang tu tutup mata along dengan kain hitam."

"Aryan?"

"Tak. Tak ada macam suara Aryan pun." Tasha mengeluh perlahan. Dia memandang lantai dengan wajah sedih dan gelisahnya.

"Tapi..." Kepala didongakkan kembali memandang wajah si abang.

"Tapi?"

"Dia kata along patut bersyukur pasal along merupakan abang kepada orang yang dia paling sayang. Kalau tak mungkin along dah meninggal." Kening dinaikkan. Nadim? Tak mustahil juga. Nadim tu anak orang kaya. Boleh upah orang untuk culik Qalif. Tetapi Tasha tidak boleh tuduh melulu. Dia perlu siasat.

"Assalamualaikum."Pantas kedua-dua adik beradik berlainan ibu bapa itu memandang ke arah pintu wad Qalif.

"Waalaikumussalam Aryan." Qalif memberi wajah kebencian. Manakala, Tasha memberi senyuman palsu.

"Abang Qalif, Ian ada bawakkan buah. Mama suruh bagi kat abang." Plastik yang berisi buah-buahan diletakkan diatas meja yang berada ditepi katil Qalif.

'Alah berabang pulak.' Qalif terus mengutuk di dalam hati. Kebenciannya pada Aryan masih belum hilang. Malah semakin menggunung apabila melihat senyuman manis Tasha kepada Aryan.

"Okay lah Aryan dah nak kena pergi ni. "

"Awalnya. Awak nak pergi mana ni?"

"Cafe. Saya janji dengan Fizz nak buat laporan sama-sama." Bohong Aryan. Padahal dia nak pergi umpan mangsa baru.

"Oh okay. Hati-hati memandu."

"Alright baby. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Tasha sekadar tersenyum nipis manakala Qalif menayangkan muka menyampahnya.

____________________________________

"Serius Aryan saya tak sangka awak datang club malam." Aryan mengangkat keningnya bersama senyuman sinis dibibir. Air arak diteguk rakus.

"Yes I am. Anyway Ellyn, jom enjoy dengan I malam ni? Game satu round."

"Satu round je? How about three?" Ellyn memaparkan senyuman menggodanya. Dia bermain main dengan butang baju Aryan.

"Nanti I fikir. Dah jom sayang." Pinggan Ellyn dirangkul kemas. Dia terus membawa Ellyn keluar dari tempat yang bingit itu.

____________________________________

"Jadi ni banglo you?"

"Yes baby."

"Where is our room?" Ellyn bermain-main dengan hujung rambutnya. Dalam hati dia sudah melonjak gembira. Lelaki idaman gadis Universiti ingin bermain dengannya.

"Atas sayang." Aryan terus mendukung Ellyn. Gadis itu menjerit kecil.

Pintu bilik dibuka. Lalu Aryan menurunkan Ellyn membelakangi pemandangan bilik itu. Sebaik sahaja Ellyn berpaling menhadap bilik bermain dia dan Aryan, dia terus menjerit terkejut.

"What is this Aryan?!"

"A game." Wajah Ellyn ditumbuk sekuat hati. Gadis itu rebah tidak sedarkan diri. Senyuman menyeramkan terus terbit dibibir seorang psychopath.

____________________________________

-TBC-

My Psycho HusbandNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ