d u a p u l u h d u a

7.4K 293 16
                                    

"Lembap! " Terus ditumbuk wajah kedua-dua lelaki tersebut.

"Macam mana dia boleh sedar ha?!" Cawan kaca dibaling ke arah kedua-dua orang suruhan yang di anggap lembap itu. Sepantas kilat mereka berdua mengelak dan cawan tersebut mengenai dinding. Namun, serpihan kaca menusuk terus ke dalam tangan Taufiq. Sakit ditumbuk pun belum hilang lagi.

" Sa... Saya terpijak ekor kucing, tuan. Lepas tu saya kena cakar. lepas tu saya menjerit. Lepas tu tambah lagi dengan mencarut saya. Lepas tu kami berdua terdengar bunyi tombol pintu dipulas. Ha, lepas tu apa lagi? Lintang pukang lah kami lari."

"Berapa banyak lepas tu kau nak hah?!" Lantang sahaja Aryan menjerit. Timbul urat-urat pada lehernya kerana perasaan marah yang teramat.

"Erm. Banyak lepas tu, tuan. Ke... Kejap saya kira..." Eman terus membuat gaya mengira. Beberapa saat kemudian, dia kembali memandang Aryan.

"Ada lima lepas tu, tuan." Katanya sambil menunjukkan lima jari. Terus Taufiq menepuk dahi apabila melihat sikap lurus bendul Eman.

"Dah! Korang keluar! Bulan ni memang aku potong gaji korang!!!"

"Ke... Kejap, tuan!" Taufiq yang tidak berpuas hati, terus mengeluarkan suara setelah berdiam diri dari tadi.

"Apa?"

"Tuan jangan risau. Nadim tak nampak muka kami."

"Kau fikir dia tak report polis?"

"Tapi rumah dia mana ada CCTV. Kesan cap jari kita pun dah takde." Otak Aryan terus berfikir secara logik apa yang dikatakan oleh Taufiq.

"Kalau dia kata yang dia tak kenal kotak tu?"

"Macam lah polis nak percaya. Lagipun, telefon dia pun kita dah hack. Mayat si Lisa pun ada kat belakang rumah dia."

"Kesan tapak kaki korang?"

"Erm." Taufiq terus memandang ke atas. Memikirkan cara yang logik agar kerja jenayah mereka berjaya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.

"Tuan suruh Ricky dan Kimi semburkan cecair ajaib mereka. Alah, cecair untuk hilang kan kesan tapak kaki. Nanti Nadim main pijak jugak lantai rumah dia tu."

"Hmmmm. Bijak kau ea. Belajar sampai darjah enam pun still bijak hal jenayah. Bukan macam orang sebelah kau tu." Alangkah berbangga nya Taufiq apabila dipuji oleh Aryan yang sememangnya terkenal dengan sifat angkuh. Bukan senang nak dengar pujian dari Aryan.

"Taufiq, aku up kan lagi gaji kau. Eman, gaji kau boleh slow-slow diturunkan." Selesai bertutur mengenai gaji, Aryan terus menyuruh kedua-dua orang suruhannya itu keluar.

Dia mengambil iPhone X nya, lalu mendail nombor Ricky dan juga Kimi bagi menyemburkan cecair ajaib mereka di rumah Nadim.

____________________________________

Nadim

Nadim : Heyyow Tasha ✔✔

____________________________________

"Heh, kau ingat boleh hantar message kat Tasha aku?" Terus Aryan mendelete message Nadim. Telefon Nadim masih dikawal rapi oleh Aryan dan orang-orangnya yang pintar IT.

____________________________________

"Seen je? Dia mengantuk kut." Pemikiran yang positif terus ditanam ke dalam minda nya. Nadim bukannya spesies Aryan yang selalu berfikiran negatif.

Lampu bilik ditutup lalu perlahan-lahan Nadim melelapkan matanya.

____________________________________

💯 ATTENTION 💯

Minggu ni author busy gila. Ni je yang sempat ditulis. Sorry for this short chapter😭💔. Yang cecair ajaib tu rekaan je. Entah wujud ke idok bende alah tuuu

-TBC-

My Psycho HusbandWhere stories live. Discover now