t i g a p u l u h t i g a

8K 298 31
                                    

"Fahmi." Fahmi mendongakkan kepalanya. Jejaka berkulit sawo matang itu memandang Iffa dengan kerutan di muka. Kening tebalnya terangkat sebelah.

"Kau rasa Tasha okay tak dengan suami dia?"

"Entah. Kenapa kau tanya?" Soal Fahmi kembali. iPhone disimpan semula ke dalam poket seluar.

"Suami dia kongkong semacam. Pelik." Iffa membohongi Fahmi. Walhal dia risau akan orang yang mengupahnya. Qalif Heykal. Sudah beberapa hari lelaki itu tidak memunculkan diri. Dan dalam masa yang sama Iffa juga risau akan keselamatan Tasha. Ciri-ciri Aryan sedikit sama dengan abang tirinya. Psiko.

"Siapa yang tak sayang bini cik Iffa oi..."

"Maksud kau?" Matanya merenung muka Fahmi yang duduk di hadapannya.

"Haih. I mean, aku dengan Tasha punya rapat tu macam couple. So, Aryan pun mesti lah takut nanti Tasha terpaut hati dekat aku yang hensem ni. Sebab tu dia jarang keluar dengan kita."

"Hensem? Ewww, geli tahu tak? Celah mana entah yang hensemnya." Bebelnya. Dia membuat gaya hendak muntah dan kemudiannya memandang jengkel ke arah Fahmi.

"Alah, cakap je lah yang kau dah terpaut hati dekat aku ni ha. Kulit sawo matang. Tak gelap mana, tak cerah mana. Kening tebal and terbentuk lawa. Hidung mancung. Bibir pun boleh tahan seksi." Sakan Fahmi gelak apabila pipi Iffa memerah kerana dia memegang bibir sendiri bersama senyuman menggoda.

Terus Iffa memukul lengan Fahmi yang berlapik dengan hoodie. Para pelanggan memandang pasangan sahabat baik ini bersama senyuman manis. Mereka kelihatan seperti pasangan kekasih pada mata pelanggan-pelanggan di situ.
____________________________________

"Aryan!" Tasha berlari turun ke bawah sambil menjerit memanggil nama suaminya. Dari tadi lagi dia melilau sekeliling untuk mencari jejaka psiko itu. Sesungguhnya Tasha tidak mengetahui bahawa Aryan keluar bertemu ibu mertuanya.
Pantas dia mengambil telefon pintar yang berada di atas meja makan.

Aryan

Me:Aryaaaaan

Aryan: ?

Me: Where are you👀?✔✔

"Tak guna. Bluetick pulak." Dengan geramnya Tasha meletakkan kembali iPhone X nya di atas meja. Dia mengeluh lalu melabuhkan duduk di atas sofa. Gambar perkahwinan dia dan Aryan dikerling sekilas. Gambar yang berada di atas meja kecil itu diambil. Dia merenung Aryan yang kacak di dalam gambar tersebut bersama baju melayu berwarna putih.

Secara automatik bibir Tasha mengukir senyuman manis.

"Bila kau nak berubah ni ha psiko?" Gambar tersebut di bawa ke dalam pelukan. Dan dia terus hanyut ke alam mimpi.
____________________________________

"Assalamualaikum." Aku memberi salam lalu menapak masuk ke dalam rumah. Namun, tiada sebarang sahutan. Takkan lah Tasha dah tidur? Baru pukul 9 malam.

Kemudian, baru lah aku tersedar bahawa Tasha sedang tidur lena di atas sofa. Dia sedang memeluk bingkai gambar.

Perlahan-lahan aku mengambil bingkai gambar yang berada di dalam pelukkannya.

Alhamdulillah. Tidur mati budak ni.

"Haih, sayang lagi kau dekat aku." Senyuman gembira aku terukir apabila sedar bahawa itu gambar perkahwinan kami. Bingkai gambar itu diletakkan kembali ke tempat asalnya. Baru sahaja aku ingin mengangkat Tasha, tiba-tiba telefon pintarnya yang berada di atas meja menarik perhatian aku.

Telefon di ambil lalu aku buka. Bagus, dia tak letak password. WhatsApp tidak menarik minat aku. Kerana aku sudah lama hack WhatsApp Tasha. Jadi aku tahu segala mesej-mesej di dalam WhatsApp dia. Terdapat satu aplikasi yang menarik minat aku. Berwarna oren dan mempunyai huruf W.

My Psycho HusbandWhere stories live. Discover now