s e m b i l a n b e l a s

8.7K 340 5
                                    

Aku yakin mesti korang semua dah lupa jalan cerita 'My Psycho Husband' ni kan🌚💔

-Yang benar,
Author 💃🏻
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Tasha membetulkan tudung bawal chiffon yang dipakainya. Dia merenung gaya pemakaiannya dengan raut wajah seratus peratus serius. Dari tadi lagi dia menilik pemakaiannya melalui cermin besar yang berada di ruang tamu.

"Hmmmm. Okay lah ni. Longgar pun longgar, labuh pun labuh." Kaki nya menapak laju menuju ke arah pintu utama. Kasut converse yang berada di rak kasut dicapainya. Tasha kekal dengan fesyen hipsternya. Tetapi gaya hipster yang lebih menutup aurat.

Dia terus menerpa masuk ke dalam kereta.

"Lawa nya adik along ni." Tasha tersenyum malu mendengar pujian dari abang sulungnya. Qalif yang masih dengan tangan berbalut itu turut tersenyum. Namun, di dalam hatinya kian membara semangat mahu merampas Tasha daripada Aryan. Perubahan adik angkatnya membuatkan dia semakin sayang akan gadis kacukan itu. Kekasihnya, Izah yang selama ini dijadikan pemuas nafsu telah pun meminta putus dengannya selepas mendapat tahu bahawa dia bakal berkahwin. Bagus lah tu. Selepas kahwin pun dia ada buat perjanjian dengan Tasnim. Sebulan kahwin kemudian cerai. Senang kerja.

"Hari ni along ambik Tasha ea?"

"Eh, kenapa along tiba-tiba ni? Biasa Aryan. Gaduh ke?"

"Aryan curang. Dia ada girlfriend baru. Lepas kahwin terus cerai agaknya." Tasha menarik muncung. Wajahnya jelas menunjukkan riak kecewa yang teramat. Dia merasa dirinya dipersia-siakan oleh Aryan.

Dalam masa yang sama, Qalif terasa seperti ingin mengukirkan senyuman sinisnya dihadapan Tasha. Tapi dia perlu sabar. Lakonan perlu diterusnya sehingga Tasha berada di dalam genggamannya.

____________________________________

Aku berjalan masuk ke dalam Universiti bersama dengan senyuman yang tidak lekang dibibir. Gembiranya rasa hati apabila mendapat tahu bahawa Aryan mahu mengajak aku untuk bertemu janji dengannya buat pertama kali. Retoran Royal's yang dikenali restoran mewah serta termahal di Kuala Lumpur. Tasha pun tak pernah bertemu janji dengan Aryan di restoran yang sebegitu mewah. Nampak sangat yang Tasha tu bukan kesayangan Aryan.

Ting !

Ian Baby : Petang nanti jangan lupa tau?

Me: Okay sayang !

____________________________________

Sayang? Erk, geli.

And scene yang kat depan aku ni, buat penumbuk aku rasa macam nak melayang kat muka lelaki yang sibuk bercakap dengan tunang aku. Nadim kau memang nak mati didera oleh aku.

Nak buat aku cemburu ke apa ni? Tasha pulak buat-buat tak nampak aku yang duduk kat belakang dia.

Rasa macam nak keluarkan pisau lipat yang ada dalam poket aku ni. Tangan aku ni dah gatal nak keluarkan dan siat muka Nadim yang kurang kacak tu.

Macam mana lah perempuan-perempuan kat universiti ni boleh terpikat dekat dia? Aku lagi kacak dari dia. Tapi followers Instagram dia lagi ramai dari aku. Siap ada fanpage lagi. Tapi owner Account fans tu mak cik cafeteria yang baru nak berjinak dengan sosial media. Tu pun aku yang ajar mak cik cafeteria tu macam mana nak edit gambar dan guna Instagram.

Well, aku ni boleh tahan baik jugak lah kan. Dah lah kacak, baik pulak tu. Hurm. Memang layak jadi kebanggaan papa dan mama.

"Weh Aryan!" Terkejut aku akibat tepukan kuat Zarif terhadap meja yang aku duduki sekarang. Pasangan tak sejoli turut terkejut sama. Mereka menoleh ke belakang dan aku perasan Tasha menjeling aku manakala Nadim tersenyum mengejek ke arah ku.Sedih. Itu perasaan aku sekarang.

My Psycho HusbandWhere stories live. Discover now