Uno [1]

2.2K 95 27
                                    

"Babe, are you sure your dad tak marah kita balik lambat ni?". Tanya Elisya melurut rambutnya yang panjang diikat ke sisi.

"Chill lah.. papa I tak akan perasan punya I keluar"jawab aku selamba.

"Ye lah tu.. Ni, Hang boleh jalan cepat sikit dak. Aku rasa tak sedap hati ni"kata Kaira si gadis berambut pendek paras bahu.

"Ish! I tengah jalan lah ni."aku berdecit. Mana tak geram bila dua ekor tu duk himpit aku. Apa yang nak ditakutkan pun tak tahu.

Kami bertiga berjalan beriringan menuju ke kawasan perumahan dimana kami tinggal. Dalam pada kami berjalan, tiba-tiba aku, Elisya dan Kaira terdengar bunyi tapak kaki dari arah belakang. Terus langkah kami terhenti.

"Babe bunyi apa tu. I takut.."kata Elisya memeluk lengan aku.

"Shh.. hang ni. Jangan lah tegoq. Mak aku cakap kalau dengaq bunyi pelik malam-malam tok sah tegoq". Marah Kaira yang juga seorang penakut juga.

"Ish! Karut lah you ni". Aku memberanikan diri untuk berpaling. Sejurus sahaja aku memandang kebelakang. Terus aku terkaku. Aku kembali menoleh ke hadapan. Jantung aku berdetak dengan laju.

'Siapa diorang tu'bisik hati aku.

"Oi! Hang ni pasai pa?"Kaira bertanya sebaik sahaja melihat raut wajah aku berubah cuak.

"Girl. When i say run, you guys run fastly. Don't look back"kata ku.

"Kenapa?".

Tak!

Kedengaran bunyi tapak kasut selangkah kehadapan. Aku menelan liurku kesat. Jantung aku dah tak boleh duduk diam. Sekali lagi aku mendengar bunyi tapak kasut menghampiri.

"Run!!"teriak aku.

Sepantas kilat kami bertiga mula melarikan diri. Pagar perumahan aku tak adalah jauh sangat. Lebih kurang seratus meter lagi dihadapan. Aku, Elisya dan kaira memecut laju. Sesekali aku menoleh kebelakang. Kelihatan beberapa orang lelaki yang tidak aku kenali mengejar dari belakang. Wajah mereka dilitupi dengan topeng putih. Menyeramkan.

Entah macam mana aku boleh pula tersadung batu. Tersungkur aku diatas jalan. Elisya dan Kaira sudah jauh dihadapan tanpa memandang ke belakang.

"Well, well. Nampaknya kita dapat makanan baru"kata salah seorang lelaki berbaju hitam dan bertopeng putih menghampiri

Aku lekas bangun. Kaki ku hayun untuk pergi dari situ. Tetapi malangnya, lelaki itu pantas menarik tangan aku. Tangan aku rentap agar dilepaskan tetapi gagal. Kudrat lelaki itu lebih kuat dari aku yang kecil lagi kerdil ni.

"Fulamak!! Cantik.. makanan baru.."ujar seorang lagi lelaki yang datang menghampiri.

Membulat mata aku apabila tiga orang lagi lelaki datang menghampiri. Aku cuak. Tak tahu nak buat apa. Kalau aku jerit, bukan ada yang dengar. Call papa? Mati aku nanti.

"Let me go!"Teriak ku meronta agar melepaskan tangan aku.

"Uish! Ganas perempuan ni. Lagi aku suka"kata lelaki yang lain.

"Bawak dia masuk van"arah lelaki terakhir berkemeja hitam serta bertopeng putih.

Hah?! Van? Diorang nak bawa aku pergi mana ni.

Tubuh kecil aku didorong mendekati van hitam yang baru sahaja tiba. Aku meronta dengan disulangi teriakkan meminta tolong. Kedua tangan aku yang di pegang kemas oleh lelaki itu ku tarik kembali.

"Let me go!!! Somebody!! Help me!!"teriak ku.

Tubuh aku didorong ke dalam van hitam. Aku menunjal pemijak kaki agar tubuh aku tidak terdorong ke dalam.

Avyren [✔️]Där berättelser lever. Upptäck nu