Sessantasei [66]

219 16 0
                                    

Tiket penerbangan di tangan aku pandang. Kadang-kadang aku bangun dari duduk berjalan kehulu-kehilir gelisah. Lagi 30 minit aku perlu bergerak ke pintu penerbangan aku. Tapi, kelibat Daren masih lagi belum kelihatan. Elisya memandang aku yang dari tadi kehulu ke hilir mulai pening.

"Vy, kau duduk please. Sakitlah kepala aku tengok kau mundar-mandir macam ni"tegur Elisya menyuruh aku untuk duduk.

"Tak.. masalahnya sekarang ni, Daren mana? Lagi 30 minit tau gate nak buka"cemuh ku. Bukannya aku tidak memahami akan kerjanya, tetapi aku mahu dia menemui aku sebelum aku berangkat ke Malaysia.

"Sabarlah.. nanti dia datang lah tu"sampuk Uda sambil bermain dengan telefon bimbitnya.

Dentingan bunyi notifikasi dari telefon bimbit aku kedengaran. Aku mengeluarkan telefon dari beg tangan aku. Terpapar di skrin telefon, pesanan dari Daren.

Sorry sayang, abang ada kerja yang perlu abang settlekan. I'm so sorry. Take care okay. I see you at Maaysia soon- Daren

Membaca akan pesanan itu membuatkan aku menggelegak panas. Sakit hati ada, marah pun ada. Aku menghenyak kerusi dengan penuh geram.

"Ish!! Geramnya aku!"tutur ku mengetap gigi kegeraman.

"Kau dah kenapa dik?"tanya Uda.

"Daren Whatsapp aku dia cakap dia tak dapat datang. Kau rasa? Tak ke angin aku"bebel ku.

"Ala.. nanti dia balik Malaysia kan. Bukannya lama pun. Sebulan je lagi"Uda cuba untuk menenangkan aku.

"Tengoklah nanti, aku akan buat tak tahu je bila dia balik Malaysia. Aku tak nak jemput dia. Biar dia merayu minta maaf dengan aku"kata ku geram dengan kedua belah tangan aku kepal. Elisya dan Uda sekadar menggeleng kepala. Mereka sudah masak dengan perangai aku yang suka membesarkan perkara yang kecil.




Kepulangan kami dijemput oleh alang dan Papa. Melihat figura papa dan alang di luar KLIA, Dyan terus berlari mendapatkan mereka. Beg di angkut masuk ke dalam bonet kereta. Usai itu, kami bergerak pulang ke rumah.

Sepanjang perjalanan pulang, mulut aku tidak henti dari menguap. Maklumlah di German waktu begini masih lagi jam 2 pagi. Aku cuba sedaya upaya untuk tidak tidur takut nanti terkena jetlag. Tambahan pula esok aku sudah mula bekerja kembali.

Sesampainya dirumah, aku membawa Dyan ke biliknya kerana Dyan sudah pun lena. Aku memulakan tugas aku dengan membongkar beg pakaian Dyan dan beg pakaian aku. Pakaian bersih dan pakaian kotor aku asingkan. Setelah itu, aku memasukkan kembali pakaian bersih ke dalam almari dan pakaian kotor aku terus cuci.

Bagi mengelakkan aku rasa mengantuk, aku perlulah mengaktifkan diri dengan melakukan kerja-kerja rumah. Aku melangkah naik ke bilik. Bilik pakaian aku tuju. Beberapa kotak yang ada di situ aku bongkar. Terlihat baju-baju milik Daren penuh didalam kotak. Oleh kerana aku sudah tidak tinggal di rumah Daren, aku membawa segala barang kembali ke rumah papa dan rumah itu aku sewakan.

Pakaian Daren aku keluarkan dari kotak dan aku masukkan ke dalam almari. Oleh kerana Daren bakal pulang ke Malaysia lagi sebulan, sempatlah aku mengemas segala barangnya yang aku letakkan di dalam kotak. Ya lah.. dulu aku ingat dia dah tak ada. Sebab itulah semua barangnya aku masukkan ke dalam kotak.

Aku merebahkan badan aku di atas katil setelah penat mengemas. Aku merenung ke arah chandelier yang tergantung di tengah-tengah ruangan. Entah macam mana aku boleh terlelap begitu sahaja.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Aku terjaga dari tidur setelah merasakan diri aku ini terlalu lama melelapkan mata. Jam di dinding aku pandang. Terbeliak mata aku apabila melihat jam sudah hampir pukul 8 malam. Terus aku bergegas ke bilik mandi.

Usai mandi dan solat, aku menapak turun bagi memeriksa Dyan. Kaki menginjak anak tangga satu persatu. Anak mata aku menangkap Dyan yang sedang menulis di meja kopi ruang tamu bersama Alang.

"Dyan"panggil aku menghampiri mereka.

"Mummy! Dyan buat homework"tutur Dyan tersenyum.

"Wah.. good boy"kepa Dyan aku elus lantas melabuhkan duduk di atas sofa.

"Alang, sorry susahkan. Adik tertidur tadi"ujar ku kepada Alang. Sungguh aku berasa serba salah kerana Alang terpaksa mengurus Dyan ketika aku tertidur.

"Kau ni.. Dyan ni anak saudara aku kan? Aku tak kesah. Aku saja tak nak kejut kau. Sebab aku tengok semua kerja rumah dah settle"kata Alang. Aku sekadar menarik senyum.

"Sempat eak kau buat semua benda"kata Alang sedikit bangga dengan aku yang tidak kenal erti penat.

"Next month Daren balik. Adik kemas bilik sikit tadi. Tak tahu pula banyak sangat barang Daren tu".

"Lepas kau dah tahu ni.. boleh kut kau jaga sikit batas kau. Aku tak nak timbul fitnah. Kau masih isteri orang. Aku harap lah lepas ni adik kesayangan aku ni tak monyok je memanjang"kata Alang dalam nada suara seperti terpaksa.

"Ha? Adik kesayangan? Auw..."terharu hati aku sekejap. Rambut alang aku kusutkan. Pantas dia menepis tangan aku. Dia memang tidak gemar jika sesiapa menyentuh rambutnya.

"Kau usik rambut aku lagi, siap kau"ugut alang. Dia membetulkan rambutnya. Aku tertawa geli hati dengan kelakuan alang.

"Alah! Nanti nak tidur juga. Patutlah sampai sekarang kau membujang lang".

"Aku tak sedia lagi nak kahwin"alang menyandarkan badannya pada sofa matanya melihat Dyan yang sedang mengerjakan kerja rumahnya.

"Tak sedia? Sampai bila alang? Nak tunggu umur 50 tahun dulu ke baru nak sedia"aku mempersoalkan kenyataan alang. Sejak 2 tahun yang lalu dia menyatakan jawapan yang sama.

"Dulu, alanglah yang paling playboy sekali. Perempuan keliling pinggang. But now? Apa cerita? Dah pencen?"tambah aku lagi.

"Itu dulu dik.. haish.. nanti-nantilah aku fikirkan balik. Kahwin ni bukannya senang. Nanti nak tanggung anak orang lagi. Kos itu, kos ini"aku menatap wajah alang. Jelas kelihatan sedikit mendung di wajahnya. Apa yang alang sedang fikirkan? Adakah mungkin alang menyembunyikan sesuatu dari aku?.




Bersambung...

Sorry guys.. lama tak update story ni. Author ke buntuan nak tulis ap. Maaflah kalau cerita ni tak best. Enjoy reading.

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now