Cinquantotto [58]

253 20 2
                                    

Kereta milik Putra berhenti di hadapan pagar rumah kediaman Tuan Erjaz. Tali pinggang yang membaluti badan aku, aku lepaskan. Tali beg tangan aku sandang diatas bahu.

"Terima kasih Encik"ucap ku lantas melangkah keluar dari perut kereta.

Putra sekadar mengangguk dan menarik senyum tipis. Dia menghantar pandangannya ke arah aku sehinggalah bayangan aku hilang di matanya. Barulah dia bergerak pulang ke rumah.

Daun pintu utama aku tolak. Kaki ku hayun masuk ke dalam rumah. Kelihatan papa dan yang lain sedang menjamu selera di meja makan. Hayunan kaki ku alih ke arah meja makan bagi menegur mereka.

"Eh! Bila Uda sampai. Kata pergi Italy"soal ku berdiri di samping Uda.

"Postpone. Ni adik dari mana ni? Malam baru balik"giliran Uda pula bertanya.

"Dari office. Kereta adik rosak. Itu yang lambat tu"jawab ku.

"Balik dengan apa?"soal Uda lagi. Nada suaranya kedengaran sedikit dingin. Apa yang tak kena dengan Uda ni.

"Putra tolong hantarkan adik tadi".

"Kenapa perlu naik kereta dengan lelaki? Abang- abang dah tak ada nak tolong"tutur Uda sedikit menyindir.

"Uda ni kenapa? Dia yang nak tolong hantarkan"balas ku mula pelik dengan sikap Uda yang tiba-tiba sahaja berubah dingin.

"Uda tak suka tengok adik keluar dengan lelaki tu"tegas Uda.

"Uda.."tegur papa lembut apabila melihat Uda begitu dingin dan tegas dengan aku.

"Uda ni dah kenapa?! Adik nak keluar dengan siapa pun, adik punya sukalah! Adik berhak untuk berkawan dengan sesiapa pun"bantah ku.

"Kau tak ada hak adik! Sebab kau!-"

"UDA!!"kata-kata Uda terhenti apabila papa mula menegurnya.

Dengan amarah yang penuh di dada, aku berlalu ke bilik. Sungguh aku sakit hati dengan sikap Uda. Mengapa dia perlu mengawal hidup aku. Daren sudah tak ada. Aku ada hak untuk keluar dengan sesiapa saja.

Bunyi hentakan pintu bergema di seluruh rumah. Uda memejamkan matanya dan menarik nafas sedalam yang boleh. Nafas di hembus perlahan.

"Uda tahu tak apa yang Uda dah buat?"tanya alang yang turut ada disitu setelah lama mendiamkan diri.

"She need to know the truth. Sampai bila nak rahsiakan semua ni. Sampai si Putra tu masuk meminang adik?"Uda menegaskan kata-katanya.

"Aku tahu. Tapi kau fikir tak apa reaksi dia nanti? It not the right time bro"nalas Alang menentang usulan Uda.

"When? Bila masa yang sesuai tu? Bila? Aku tak nak tanggung dosa lang"Uda masih lagi berkeras.

"Uda, Alang. Sudahlah. Perkara ni kena buat secara perlahan. Kita jangan masuk campur. Biar dia saja yang bagitahu sendiri"kata papa menghentikan pertelingkahan mulut antara Uda dan Alang.

Suasana kembali sunyi. Hanya kedengaran sudu dan garfu yang berlaga sahaja. Masing-masing diam tanpa suara.





Kunci kereta diletakkan di atas rak. Kaki mengatur langkah masuk ke bilik. Pintu bilik di kuak. Lampu bilik sengaja tidak dinyalakan. Punggung di labuhkan di birai katil. Lampu tidur di sisi katil di nyalakan. Cahaya oren menerangkan biliknya yang masih lagi gelap. Kedua lengannya di tongkat ke peha sambil anak mata tajam memandang ke arah dinding. Senyum sinis terjungkit dibibir.

Tumpuannya terganggu apabila telefon bimbitnya berdering. Telefon bimbit di dalam poket seluar di keluarkan. Melihat nombor di skrin telefon tanpa nama, membuatkannya tersenyum sinis. Butang hijau dileretkan lalu dibawa ke telinga.

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now