Sessantanove [69]

229 12 0
                                    

Hari ini aku menjemput Dyan pulang sendiri kerana Daren mempunyai pekerjaan yang harus di selesaikan. Aku menunggu Dyan di hadapan pintu pagar bersama ibubapa yang lain.

Apabila tiba waktunya Dyan dibenarkan pulang, dia berlari anak keluar dari sekolah mendapatkan aku.

"Mummy, daddy mana?"tanya Dyan.

"Daddy ada kerja, nanti petang daddy balik okay"jawab ku.

"Okay"jawab Dyan.

Aku memimpin Dyan masuk ke dalam kereta. Setelah itu, aku berlari anak memasuki bahagian pemandu dan terus memandu pergi.

Pada ketika itu, seseorang memerhati kereta aku bergerak pergi dari jauh.  Topi hitam yang di pakainya di turunkan sedikit. Kaca mata hitam di sarungkan. Tingkap kereta di angkat dan dia terus berlalu pergi.




Aku dan Dyan duduk di sebuah kedai makan sambil menunggu makanan yang di pesan tiba. Telefon bimbit aku keluarkan dan nombor telefon Daren aku dail. Telefon aku bawa ke telingan dan talian terus bersambung.

"Hello abang".

"Ya sayang. Ada apa ni?"soal Daren di dalam talian.

"Vy dengan Dyan pergi makan sekejap tau. Dyan ni merenget lapar. Tak menyempat tunggu dekat rumah"kata ku.

"Okay sayang. Take care. Abang ada kerja ni. Nanti apa-apa call abang tau"pesan Daren.

"Baik.."talian terus dimatikan.

Tidak lama setelah itu, makanan yang di pesan telah pun tiba. Kami mula mengisi perut terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah. Aku memakaikan Dyan kain di bahagian koler bajunya agar baju sekolahnya tidak akan terkena kotoran makanan.

"Mummy, Dyan nak beli toys boleh?"pinta Dyan.

"Boleh.. but only one okay"kata ku menetapkan syarat.

"Okay. Thank you mummy"ucap Dyan sambil menyua makanan ke mulutnya. Bibir aku merekah senyum. Kepala Dyan aku usap. Semoga Dyan Emeir membesar menjadi seorang yang baik dan berani.

Usai makan dan membeli mainan buat Dyan, kami memutuskan untuk pulang. Kaki mengorak langkah ke tempat letak kereta. Tangan aku setia memegang tangan kecil Dyan. Aku menyelongkar beg tangan aku untuk mencari kunci kereta. Maklumlah perempuan kan. Memang banyak bendalah diletakkan di dalam beg.

Baru saja tangan aku mahu menekan butang kunci kereta, mulut aku ditekup oleh seseorang yang tidak aku kenali. Aku meronta untuk melepaskan diri. Anak mata aku menangkap Dyan yang turut di tekup mulutnya. Lama kelamaan kelopak mata aku semakin berat dan menjadi kelam akibat terhidu sesuatu yang sangat kuat menusuk ke rongga pernafasan aku.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Daren pulang ke rumah sebaik sahaja kerjanya selesai. Daun pintu rumah di tolak. Suasana sunyi sepi membuatkan dia sedikit canggung. Dia mula sedar sewaktu dia keluar dari kereta tadi dan mengesyaki bahawa kereta milik isterinya tiada di dalam garaj.

Langkah kakinya laju di atur ke bilik bagi memeriksa jikalau anak dan isterinya berada di dalam bilik. Akan tetapi, di dalam bilik juga kosong. Mendengar suara seseorang dari arah bawah membuatkan dia terus berlari anak turun ke bawah. Dia mendapati bahawa Alang baru sahaja pulang dari kerja.

"Eh! Daren, awal balik. Mana Adik dengan Dyan?"soal Alang. Dengan soalan itu membuatkan Daren berkerut seribu.

"Vy tak balik lagi"jawab Daren. Masing-masing pelik dan memandang sesama sendiri.

Tiba-tiba telefon Daren berdering. Dia memandang skrin telefonnya yang tertera tulisan 'sayang'. Lantas di jawabnya panggilan itu.

"Hello sayang, sayang pergi mana?"soal Daren cemas.

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now