Quarantaquattro[44]

281 24 0
                                    

"Vy dan Elisha dah balik belum?"tanya daddy kepada Elisha.

"Belum uncle. Kami dah cuba hubungi mereka. Tapi tak dapat"kata Azrai.

"Abang anak kita mana? Saya risaulah"tutur Mummy Elisha kerisauan.

"Sabar sayang. Insya Allah Elisha tak ada apa-apa"kata Daddy Elisha bagi meredakan hati isterinya yang sedang gundah gulana.

"Rai, kau cuba trace telefon Vy dengan Elisha".

"Baik". Laju tangan Azrai menekan papan kekunci.

"Got it. Last location diorang dekat rumah Kaira. Lepas tu aku dah tak dapat detect diorang dekat mana. Telefon diorang lost signal."jelas Azrai.

"Aku dah agak Kaira tu bersubahat dengan setan tu"kata Daren.

"Habis tu macam mana ni?"tanya Tuan Erjaz.

"I will call my team. Semua tunggu je dekat sini. Jom Rai"Daren menapak keluar dari rumah sambil menyarungkan jaket hitam di badannya.

'Sedikit luka ada pada Avyana, aku akan bunuh kau hidup-hidup Trizz'desis hati Daren.


"HARRAZ!!!"

Bam!! Pintu pejabat di hentam kuat memeranjatkan penghuni didalam pejabat itu.

"Avyren, kenapa ni?"tanya Izzat drastik berdiri sebaik sahaja Avyren datang menghampiri.

"Kau memang kawan tak gunalah Harraz!!"amuk Avyren terus menghadiahkan tumbukan diwajah Harraz yang berdiri menghadapnya.

"Eh! Avyren! Kau kenapa?!"kata Izzat cuba meleraikan Avyren dari terus menumbuk Harraz.

"Kau diam!! Jangan masuk campur!"marah Avyren.

Dada Avyren berombak laju menahan amarah yang mahu meletus. Sungguh dia tidak menyangka akan apa yang telah rakannya lakukan terhadapnya. Setelah apa yang dilalui mereka bersama sejak hari pertama latihan sehingga kini, sungguh mengguris hati.

"Kau pengkhianat! Kau dedahkan identiti aku dekat Trizz! Kau memang tak gunalah!!". Penumbuk Avyren mendarat lagi diwajah Harraz.

Hujung bibir Harraz mula mengeluarkan cecair merah pekat dan tulang pipinya mula kelihatan lebam.

"Maafkan aku Avyren. Maafkan aku. Aku terpaksa. Isteri dan anak aku dalam bahaya. Trizz dah tawan anak bini aku"jelas Harraz kelelahan.

Anak mata Avyren tajam menikam ke dalam anak mata Harraz. Matanya yang memerah menandakan bahawa dia sedaya upaya menahan air jernih dari mengalir keluar.

"HARGHH!!"jerit Avyren seraya melepaskan tendangan di badan Harraz membuatkan Harraz teranjak kebelakang dan menyembah bumi.

"Kau kawan aku tau. Mati-mati aku percayakan kau. Ini yang aku dapat?! Ini!"marah Avyren.

"Harraz Tarkiq! Mulai detik ini, kau digugurkan dari pasukan!"Tuntas Avyren lantas merampas pangkat sayap naga yang telekat pada jaket Harraz dan terus menapak keluar.

Mendengar akan itu, Harraz kelu tanpa kata. Raut wajahnya betul-betul terkejut dengan keputusan Avyren. Begitu juga dengan Izzat yang masih ada disitu. Sungguh mengejutkannya.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Rasa yang menyucuk dikepala membuatkan aku sukar untuk membuka mata ku. Kepala aku berasa berat seperti dihimpap oleh batu. Aku kuatkan diri aku dengan membuka kelopak mata aku perlahan-lahan. Aku melihat persekitaran aku. Tempat yang begitu asing buat aku. Dimana aku sekarang ni? Apa yang sudah berlaku?.

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now