Quindici [15]

574 47 6
                                    

Sepulangnya aku ke rumah, aku hanya mengurung diri didalam bilik. Bila ditanya oleh abang-abang aku, aku akan jawab yang aku okay. Aku cuma nak berehat.

Aku tertiarap diatas katil memegang tisu ditangan. Air jernih masih lagi mengalir dari celahan mata. Terasa sakit kali ini sukar untuk aku gambarkan. Aku melihat cincin di jari aku. Mahu saja aku menanggalkan cincin itu dan aku baling keluar. Tapi, hati aku tidak kuat untuk melakukan itu.

"Mama, adik sedih.. adik nak mama. Kenapa dia tak nak dekat adik. Teruk sangat ke adik ni. Sobs sobs"hingus yang ingin keluar aku hembus menggunakan tisu lalu aku campak ke dalam tong sampah.

Lama kelamaan, mata aku mula layu oleh kerana terlalu menangis membuatkan aku mula mengantuk. Akhirnya mata aku terpejam. Aku dibawa oleh arus lena yang membadai aku ke dunia mimpi.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Fail coklat di hempas diatas meja. Raut bengis terpancar di laman wajah Tuan Erjaz.

"Macam mana kau buat kerja? Kau cakap kau akan tangkap penyangak tu! Mana? Kau tengok! Sekarang dia hilang entah kemana! Sekarang dia hantar gambar anak aku, untuk ugutan! Apani?!"hambur Tuan Erjaz dengan amarahnya.

"Maaf kan saya Tuan. Kumpulan saya akan sedaya upaya untuk memberkas Layth. Pasal anak Tuan, tuan jangan risau. Semua dibawah jagaan saya. Saya akan lindungi dia melebihi nyawa saya sendiri"tutur Avyren.

Tuan Erjaz melabuhkan duduknya. Dia cuba mengawal amarahnya. Kerisaukan akan keselamatan anaknya amat membimbangkannya.

"Maafkan Uncle. Uncle terlebih emosi. Banyak yang Uncle tengah fikirkan"kata Tuan Erjaz. Nada suaranya mula mengendur.

"Tak apa Tuan. Saya faham. Tuan risau akan keselamatan anak Tuan".

"Tak usah ber-Tuan dengan saya. Tidak lama lagi kamu akan menjadi ahli keluarga juga"kata Tuaz Erjaz melakar senyum.

"Tak apa Tuan. Sekarang saya masih lagi sedang bertugas. Sekarang Tuan ialah majikan saya. Saya perlu hormat Tuan sebagai majikan"kata Avyren.

Avyren menapak keluar dari bangunan Legasi Kayangan. Kaki mengatur langkah ke motorsikalnya. Sebaiknya dia melangkah menaiki motor, telefon bimbitnya berdering menandakan ada panggilan masuk. Poket seluar diseluk lalu mengeluarkan telefon bimbitnya.

"Hello, ada apa kau call aku ni?".

"Cik Avyana keluar rumah"tutur suara dari corong telefon yang kedengaran agak cemas.

"Hah?! Hacker mana?"tanya Avyren.

"Hacker ada tugas lain katanya. Dia suruh aku gantikan dia. Bila aku sampai je aku tengok kereta dia dah tak ada".

"Kau cari dia dekat sekitar situ. Aku on the way"talian terus dimatikan. Helmet disarungkan dikepala. Enjin motor dihidupkan dan terus meluncur laju.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Aku keluar dari perut kereta sambil membawa buku dan beg galas. Tujuan aku keluar pun, aku nak pergi perpustakaan. Aku dah janji dengan Elisha dan Kaira untuk study sama-sama. Sebab tak lama lagi dah nak exam.

Aku menapak ke bangunan perpustakaan awak. Suasana hari itu agak lengang. Mungkin masih pagi. Aku mengeluarkan telefon dari poket seluar lalu mendail nombor Kaira.

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now