Quarantacinque[45]

444 30 3
                                    

"Arghh!! Erghh!!"Kaira mengerang kesakitan apabila dipukul oleh Trizz berkali-kali.

"Yunus!! Stop it!!"jerit ku. Aku tidak sanggup melihat Kaira di pukul sebegitu oleh Trizz yang tidak berperikemanusiaan itu.

Trizz menoleh ke arah aku dengan mata yang bengis. Dia bangun lalu menapak ke arah aku. Jantung aku berdegup kencang. Sunggu aku takut bila berhadapan dengannya ketika itu. Dia bukan lagi Yunus yang aku kenal dahulu. Dia sudah berubah 360 darjah.

Pang!! Pipi mulus ku ditampar olehnya sehingga terteleng kepala aku. Perit. Itu yang aku rasa sekarang ini. Cecair merah mula mengalir keluar dari celahan bibir aku.

"Ini yang kau dapat kalau kau suruh aku berhenti. Eh! Dengar sini."Trizz mengcengkam pipi aku agar aku memandangnya.

"Betina tu, rela hati serah diri dia dekat aku. Jadi, dia tu milik aku. Aku boleh buat apa yang aku suka. Kalau kau berani halang aku lagi, kau aku belasah sama macam betina tu. FAHAM!!!"jerkah Trizz. Wajah aku ditolaknya. Dia menapak keluar dari bilik.

Sejurus itu, tangis ku pecah. Aku melihat Kaira yang sudah dilumuri darah dan lebam itu dengan tatapan kasihan. Melihat akan Kaira yang sudah lemah tidak bermaya itu, membuatkan tangisan ku makin lebat.

"Vy! Vy! Jawab!"sahut satu suara dari bilik sebelah.

"Ya. You okay El?"tanya ku cuba mengawal esakkan agar tidak didengari oleh Elisha.

"I okay. Tapi I takut Vy. I takut dia akan apa-apakan kita"tutur Elisha.

"It okay El. Diorang tak akan apa-apakan you. They just want me"kata ku.

"Aku minta maaf Vy. Aku minta maaf"ucap Kaira lemah.

"Kenapa you buat I macam ni?"tanya ku dengan deraian air mata.

"Aku terpaksa Vy, maafkan aku"jawab Kaira. Nafasnya tidak teratur lemah.

"Aku terpaksa ikut cakap dia. Aku terpaksa jadi perempuan simpanan dia untuk dia lampiaskan nafsu dia dekat aku. Kalau aku tak turut arahan dia, dia akan pukul aku dan buat aku macam pelacur Vy. Maafkan aku"rayu Kaira dalam tangisan kekesalannya.

"Astarghfirullah halazim.. kenapa you boleh jadi macam ni Kaira?".

"Semuanya disebabkan daddy aku. Dia nak rampas syarikat papa kau untuk kepentingan diri dia dan dia.. erghh!! Arghh!! Sakit!!".teriak Kaira kesakitan tanpa sebab.

"You kenapa?" Tanya ku.

"Vy.. sakit.. "adu Kaira menangis kesakitan.

Mata aku luar mencari punca dari mata datangnya kesakitan yang dialami oleh Kaira.

"Ya Alla! Kaira! You mengandung ke? Ya Allah you bleeding!"kata ku cemas. Dengan aku yang masih terikat pada kerusi, aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa hanya mampu melihat Kaira mengerang kesakitan.

"Kaira, tolong bertahan. I tahu you kuat"kata ku. Tangan aku yang terikat aku cuba untuk melepaskan ikatan. Tetapi apakan daya, ikatan pada aku sedikit pun tak terjejas.

"Kaira.."

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Bang! Bang!

Dada berombak naik turun. Nafas diatur kelelahan. Punat di tekan lalu mengeluarkan kelopak peluru dari glock. Kelopak peluru yang penuh dengan peluru di keluarkan dari sisi pinggangnya lalu di masukkan ke dalam glock dan pelaras di tarik.

Leher di panjangkan bagi mengintip pergerakan musuh. Setelah mengenal pasti kedudukan musuh bersembunyi, terus dia keluar dari balik dinding dan melepaskan tembakan.

Dia maju menaiki anak tangga ke tingkat dua. Di ikuti dua orang pasukannya di belakang.

"Dua anjing dekat tangga!"mendengar akan suara dari alat komunikasi, terus dia mengelak dari terkena serangan hendap musuh sebaik sahaja sampai di tingkat dua.

Musuh menghayun pisau sepanjang sejengkal ke arahnya. Pantas dia menangkis dengan menghadang tangan musuh lalu memberikan tumbukan di bahagian abdoment.

Jarak di ambil agar mudah untuknya membaca pergerakan musuh. Sekali lagi musuh maju mendekati dengan hayunan pisau. Dia cuba untuk menangkis dan mengelak sekali lagi. Akan tetapi, langkahnya tersilap dan menyebabkan pisau yang dihayun musuh mengena bahagian lengan bahunya. Darah mula mengalir keluar.

"Avyren!"sahut Nabil cuba menghampiri di halang oleh seorang lagi musuh dengan menghala penendang ke arah Nabil. Pantas Nabil mengelak.

Avyren kembali tegap. Rasa ngilu pada lukanya dihiraukan. Musuh menghunus pisau ke bahagian jantung Avyren. Tangkas Avyren mengelak dengan menolak pergelangan tangan musuh menggunakan tangan kirinya lalu menyiku belakang leher musuh membuatkan musuh tersembam jatuh ke tanah. Tangan Avyren masih didalam keadaan bersedia. Melihat akan musuh sudah tidak memberi sebarang tindak balas, dia menghela nafas berat. Nafasnya diatur lelah. Serentak dengan itu Nabil juga berjaya menumbangkan musuh.

"Avyren, tu izzat"kata Nabil. Lekas mereka berdua berlari anak mendapatkan Izzat yang masih setia berdiri di hadapan pintu sebuah bilik yang bertatahkan emas.

"Izzat, bapak anjing mana?"tanya Avyren.

"Ada dekat dalam. Avyana ada dekat bilik sebelah kanan. Elisha pula dekat sebelah kiri. Dekat atas ada 7 orang sedang mengawal"lapor Izzat.

"Bagus. Kau stay sini. Aku dengan Nabil pergi atas"arah Avyren. Izzat mengangguk faham.

"Avyren!"panggil seseorang datang menghampiri.

"Adik aku dengan Elisha dekat mana?".

"Dekat atas. Jom ikut aku"ajak Avyren.

"Yang lain tunggu arahan dari aku. Arash, Khai, hix, kau bertiga stand by dekat bawah. Nanti aku akan bawa tawanan turun"arah Avyren melalui alat komunikasi.

Tanpa membuang masa, Avyren, Hacker dan Nabil terus mendaki anak tangga menuju ke tingkat tiga dimana aku dan Elisha di kurung.

Izzat menoleh ke arah pintu bilik Trizz. Senyuman sinis dijungkitkan. Perlahan-lahan dia menapak pergi. Dia berlari anak melalui laluan belakang agar orang suruhan Trizz tidak mengecami akan tindak tanduk mencurigakan darinya.

Dia tiba di hadapan sebuah bilik. Anak matanya liar memerhati takut-takut ada orang suruhan Trizz yang lalu lalang. Tangannya memulas tombol pintu.

"Oi! Z"sapa seseorang menepuk belakangnya membuatkan dirinya terkejut beruk.

"Aish! Terkejutlah aku. Apa kau nak?"tanya Izzat pada orang itu.

"Kau asal dekat sini? Bilik boss siapa jaga?".

"Aku nak terberak ni. Kau tolong pergi ganti tempat aku kejap. Kalau boss tanya cakap aku membuang"kata Izzat memberi alasan.

"Macam-macamlah kau ni. Yelah-yelah". Orang itu terus pergi dari situ.

Izzat menghela nafas panjang. Nasib baik tidak kantoi. Kalau tak memang mati kataklah dia dekat situ.

Dengan pantas Izzat memasuki bilik itu lalu menguncinya dari dalam. Almari yang ada di dalam bilik itu di alihkan menghadang pintu. Kemeja yang di pakai ya di buka lalu digantikan dengan tshirt dan jaket hitam. Tertera logo pasukan Avyren pada bahagian dada jaket.

Botol air mineral yang ada di atas meja dicapai. Rambutnya yang berwarna oren kemerahan dibilas menggunakan air mineral itu. Terkeluarlah pewarna rambut dari rambut asalnya. Setelah itu dia memasang tali pinggang pendakap dipinggangnya dengan begitu cekap. Tingkap bilik di tuju lalu dia melompat keluar dari bilik. Pantas tangannya menekan bahagian kepala tali pinggang pendakap dan tali terlepas keluar mengcengkam bumbung rumah. Tangkas dia memanjat dinding menuju ke tingkat tiga.

Bersambung...

Sorry guys bahagian ni merapu sikit. Sis pun tak tahulah kenapa penulisan sis jadi semakin buruk. Apa pun enjoy lah ya. Jangan lupa tekan vote.

Amore❤️‍🔥

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now