Tredici [13]

537 50 7
                                    

Kelopak mata dibuka perlahan apabila rongga pernafasannya mencium bau ubat-ubatan. Pelipisnya berkerut. Matanya dicelik. Dia melihat cahaya putih menembusi kornea matanya. Matanya dipejam kembali. Rasa menyeringai mula menyucuk dibahagian abdomennya. Dia cuba untuk bangun tetapi satu tangan menghalangnya untuk bergerak.

"Avyren, kau tak boleh banyak bergerak. Kau cedera"kata seorang lelaki.

"Aku okaylah"Avyren cuba untuk bangun sekali lagi tetapi ditegah oleh lelaki itu.

"Kau jangan nak berlagak kuat boleh tak! Kau dah separuh mati tau tadi!"angin lelaki itu.

"Harraz, aku cakap aku okay; maknanya aku okay"tegas nada suara Avyren.

Pintu wad ditolak menarik perhatian Avyren dan Harraz. Melihat figura itu terus Harraz mengangkat tabik hormat. Figura itu mendekati Avyren. Bahu Avyren ditepuk.

"You did a good job. Penceroboh tu tak dapat fail Legasi Kayangan. Sekarang aku nak kau rehat. Luka kau dalam"kata Figura itu.

"Baik kapten"Avyren akur dengan arahan kaptennya.

"Oh ya! Tentang tugas kau berkaitan keluarga Pengarah Legasi Kayangan, Hacker akan ambil alih tugas kau sementara waktu sehingga kau betul-betul pulih".

"Tapi kapten"bidas Avyren.

"Ini satu arahan"tuntas Kapten.

"Baik"sekali lagi Avyren terpaksa akur. Dia masih lagi kuat untuk menjalankan tugas. Luka tembakan yang dia dapat tidaklah begitu teruk baginya. Dia harus melindungi keluarga Pengarah Legasi Kayangan.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Bunyi dentuman bola bowling dan pin bowling menganggu lamunan aku. Fikiran aku melayang entah ke mana. Aku mengerling ke tempat duduk bertentangan aku. Terdapat satu kerusi yang kosong. Hilang terus mood aku nak main apabila mendapat tahu bahawa Daren tidak dapat sertai latihan hari ini.

"Avyana, giliran kamu"kata Cikgu Mahmud.

Aku sekadar mengangguk. Kaki aku menapak menghampiri bola bowling. Bola bowling milik aku, aku ambil. Jari aku masukkan ke dalam lubang jari. Tangan aku sebelah lagi menyokong bola bowling. Aku menapak ke bahagian lorong. Langkah aku maju. Tangan yang memegang bola bowling aku hayun dan aku lepaskan bergolek ke lorong. 8 pin yang jatuh dan tersisa lagi dua pin. Aku kembali ke tempat bola.

"Avyana, cikgu nak kamu rendahkan sedikit posture tubuh tu. Bola tu cuba lepaskan sedikit ke kanan"nasihat cikgu mahmud.

"Baik cikgu"jawab ku bersahaja. Sungguh aku tidak begitu semangat hari ini untuk menjalani latihan. Haih.. ke manalah perginya buah hati aku ni.

Aku membuat balingan kedua aku cuba untuk fokus pada dua pin yang masih utuh dihujung lorong. Bola aku lontar. Tepat mengena sasaran.

"Alright spare"kata cikgu mahmud mencatat markah. Aku sekadar senyum tawar dan kembali ke tempat duduk.

"Babe, asal ni?"tanya Elisha.

"Tak ada moodlah"jawab aku.

"Hang period ka, atau sebab Daren tak mai?"soal Kaira.

"I rasa pilihan kedua"sebaris gigi aku tayangkan.

"Oh.. Daren demam. Semalam pun dia tak mai sekolah"kata Kaira.

"Mana you tahu dia demam?".

"Abang Tarkiq bagitau. Dia suruh aku habaq dekat cikgu mahmud yang dia tak leh mai training".

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now