Cinquantanove [59]

244 24 0
                                    

Suasana diluar masih lagi gelap oleh kerana jam baru menunjukkan pukul 5.30 pagi. Aku mengangkat beg pakaian aku dan Dyan turun dan dibawa keluar untuk dimasukkan ke dalam kereta. Uda yang menunggu di bonet kereta aku hiraukan. Ya, aku masih marah dengan Uda dengan apa yang dia katakan tempoh hari. Tanpa bantuan dari Uda, aku mengangkat beg pakaian aku dan Dyan sendiri lalu dimasukkan ke dalam bonet kereta.

"Dik, kau marahkan aku lagi ke?"tanya Uda.

"Dah tahu kenapa tanya"jawab ku dingin.

"Okay, aku minta maaf. Aku patut sokong kau untuk cari kebahagiaan kau sendiri"tutur Uda meminta maaf. Aku diam tanpa kata. Hanya jelingan tajam aku berikan kepada Uda sambil berpeluk tubuh.

"Dik, sudahlah.. kita nak pergi holiday ni. Okay-okay, dekat sana nanti aku belanja kau apa saja yang kau nak"pujuk Uda.

Mendengar akan itu hati aku sudah mula terbujuk. Siapa je tak nak kalau orang nak belanja. Rasa gembira aku cuba sembunyikan. Nanti nampak sangat aku ni senang makan pujukkan.

"Okay. Adik boleh maafkan Uda. And i want you to keep your promise"kata ku menahan senyum.

"I will. Thank you dik.."tubuh kecil aku di peluk Uda erat seperti tidak berjumpa bertahun-tahun lamanya.

"Ee.. lepaslah.. rimas!"badan Uda aku tolak bagi menjauhi diri aku.

"Kau tahu tak, hidup aku bosan kalau tak kacau kau, tak bercakap dengan kau"luah Uda dengan apa yang dia rasakan sepanjang seminggu aku tidak berbicara dengannya.

"Hahaha of course kau bosan. Adik kan fun orangnya"bangga aku sambil menguis lebihan shawl yang menutupi kepala aku ke belakang.

"Kau ni memang suka angkat bakul sendiri eak?"Uda menggulingkan matanya menyampah.

"Mummy.. Dyan nantuk"tutur Dyan yang sudah siap dengan beg galas superhero dibelakangnya.

"Okay come. Masuk kereta. Kita nak gerak dah ni". Panggil aku.

Aku mengangkat Dyan ke dukungan aku memandangkan Dyan sepertinya akan lentok bila-bila masa sahaja.

"Pa, adik pergi dulu ya. Papa jangan lupa jaga diri, jaga kesihatan tau"tutur ku menyalami tangan papa.

"Iya.. papa tahulah jaga diri papa"balas papa.

"Iya lah.. hari tu jatuh bilik air tak ada pula nak bagitahu orang ye tak?"Uda disebelah aku pandang sambil mengangkat kedua kening ku.

"Betul tu. Kalau ada apa-apa bagitahu tau. Call alang tu"tambah Uda.

"Iyalah.. kamu berdua ni.. Elisya, tengok kan sikit Azrai dengan adik ni. Kalau dia orang bergaduh, hempuk je kepala budak berdua ni"pesan papa kepada Elisya. Aku dan Uda menayang wajah cemberut. Bukan selalu pun aku bergaduh dengan Uda. Kalau bergaduh pun, Uda yang selalu cari pasal dengan aku dulu.

"Baik pa. Kami pergi dulu ya"Tutur Elisya.

Kami menapak memasuki perut kereta yang dipandu oleh Alang bagi menghantar kami ke lapangan terbang. Kereta bergerak keluar dari perkarangan rumah agam milik Tuan Erjaz. Sempat aku melempar lambaian ke arah papa sebelum kereta menghilang dari pandangan.




Jarum jam menunjukkan pukul 6 pagi dan kami tiba di lapangan terbang Kuala Lumpur. Uda dan Alang mengeluarkan beg pakaian dari bonet kereta dan diletakkan di atas troli memandangkan aku sedang memegang Dyan didalam dukungan aku yang masih lagi lena.

Setelah bersalaman dengan Alang, kami menapak masuk ke dalam KLIA menuju ke kaunter bagi pendaftaran masuk. Setelah itu, kami perlu ke bahagian kastam untuk pemeriksaan dan menunggu pesawat kami dibahagian menunggu.

Dyan aku baringkan di atas kerusi dengan berbantalkan beg galasnya. Memandangkan masih tersisa 1 jam sebelum kami berlepas, aku mengambil keputusan untuk melihat kawasan sekeliling bagi menghilangkan rasa bosan.

"El, aku nak pergi beli air sekejap. Kau tolong tengokkan Dyan tau"pinta ku.

"Okay, jangan lama sangat".

Aku mengangguk faham. Aku bangkit dari duduk dan menapak pergi mencari minuman. Suasana di lapangan terbang ini agak sedikit sibuk walaupun hari masih lagi pagi. Mungkin ramai orang lebih memilih penerbangan pagi berbanding penerbangan di waktu lain.

Kaki aku berhenti melangkah di hadapan mesin air. Duit aku masukkan dan air aku tekan. Aku mengambil air yang keluar dan juga bakinya. Sebaik sahaja aku berbalik badan mahu beredar, aku terlanggar seseorang yang tidak aku kenali.

"Aduh! Sorry"ucap ku. Membongkokkan sedikit badan aku. Orang itu yang memakai topi menutupi wajahnya sekadar membongkokkan badan dan terus beredar.

Selangkah kaki aku menapak, hidung aku mencium aroma wangian yang sangat aku kenali. Membulat mata aku apabila mengingati siapakah yang gemar menggunakan wangian seperti itu. Lantas aku menoleh. Tetapi malangnya, kelibat orang itu sudah hilang dari pandangan aku.

Langkah ku atur laju mencari kelibat orang itu. Mungkinkah orang itu ialah orang yang amat aku rindui selama ini. Tetapi, tindakan aku hanyalah sia-sia. Bukan mudah untuk aku mencari orang itu di tempat yang penuh dengan manusia seperti ini.

"Dia ke? Tapi, dia dah tak ada. Mustahil. Atau aku ni hanya bermimpi di siang hari"gumam ku sendiri.

Satu tangan menepuk bahu aku membuatkan aku terperanjat terus membalikkan badan aku memandang si gerangan.

"Vy, kenapa ni? Macam baru nampak hantu je?"soal orang itu.

"Haih.. lemah jantung. Kau ni El. Lain kali bagi salam dulu boleh tak"dada ku urut.

"Eh! Hello, aku dah panggil tau dari tadi. Kau cari siapa ni?"soal Elisya.

"Tadi aku..."kata-kata ku terjeda.

'Kalau aku bagitahu dekat El, nanti dia cakap aku ni gila pula. Aish!'bisik hati aku.

"Tadi apa?".

"Tak ada apalah. Jom"ajak aku menarik tangan Elisya. Sempat dia memanjangkan lehernya bagi mengintai apa yang sedang aku cari tadi.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Pandangan dilempar keluar tingkap menikmati permandangan di awan biru. Telefon bimbit di tangannya di kerling. Gambar seorang kanak-kanak lelaki dijadikan wallpaper telefonnya. Bibirnya menarik senyum tipis. Alangkah bagus jika dia dapat mendakapnya.

Angan nya itu hanya sekadar khayalan, dia harus menyelesaikan misinya dahulu. Disebabkan Yunus masih mengincar dirinya dan juga kelurganya. Dia terpaksa memalsukan kematiannya demi keselamatan keluarga. Tapi, menahan rasa rindu itu bukannya mudah. Lima tahun lamanya dia mengasingkan diri, hanya mampu melihat dari jarak jauh sahaja. Semakin dia hampir menyelesaikan misinya, semakin bertambah kekusutan yang datang.

Kehadiran Putra merosakkan segala rancangan yang diaturnya. Tambahan pula, Putra cuba untuk mendekati keluarganya. Fikirannya melayang mengingatkan ungkapan Putra tempoh hari.

"Apa rancangan kau Putra. Apa lagi yang kau tak puas hati dengan aku"gumamnya sendiri mengepal tanganya sampai menimbulkan segala urat hijau di tangan.




Bersambung...

Haih... makin lama makin merepek Author tulis🤦🏻‍♀️. Harap korang fahamlah ya. Dan terima kasih kerana masih sudi untuk membaca karya author yang carca-marba ini

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now