Undici [11]

555 51 9
                                    

Aku menuruni anak tangga sambil bernyanyi girang. Langkah ku atur ke arah dapur. Aku membuka peti sejuk dan membawa keluar sekotak jus oren. Gelas aku gapai. Jus aku tuang ke dalam gelas.

Kaki ku hayun kembali ke tangga sambil membawa segelas jus oren bersama aku. Tiba-tiba mata aku terskru pada ruang tamu. Tersentak langkah aku apabila melihat sepasang suami isteri yang aku tidak kenali berada di ruang tamu memandang aku dengan senyum manis.

Mengingatkan aku yang hanya mengenakan baju tidur dan rambut disanggul seperti orang sedang berpantang, langsung aku berteriak. Laju kaki ku hayun menaiki anak tangga. Jus di tangan yang bergelombang mahu tumpah aku hiraukan. Yang penting aku selamat sampai ke bilik.

Berdentum bunyi pintu bilik aku hempas. Belakang badan aku sandar ke pintu. Aku menempik sepuas hati.

Di ruang tamu, papa dan abang-abang aku sekadar menarik senyum. Perasaan malu yang mula terasa di sembunyikan di balik senyum.

"Erm.. maaflah. Anak bongsu aku tu memang macam tu. Main langgar je"kata papa.

"Eh tak apa. Biasalah remaja"kata seorang wanita likungan 40 an.

"Uncle, boleh kami lihat gambar bakal adik ipar kami? Itu pun kalau adalah"pinta Achik seloroh. Terus lengannya disiku along. Along memandang Achik tajam.

"Oh.. ada je gambar. Ini dia anak uncle. Satu-satunya anak yang uncle ada"jawab Tuan Fuad seraya menghulurkan sekeping gambar kepada along.

Along melihat gambar itu. Terus melakar senyum. Selepas itu gambar di berikan kepada achik yang duduk disebelahnya dan beralih pula kepada angah, alang dan akhir sekali Uda. Masing-masing menarik senyum.

"Uish! Macam kenal je"kata Uda sedikit terperanjat melihat gambar itu.

"Jadi, bila boleh langsungkan pertunangannya?"tanya puan Umira isteri kepada tuan Fuad.

"Kalau 2 minggu dari sekarang macam mana?"cadang Uda.

"Okay juga. Bolehlah pihak kami buat persiapan apa yang patut. Tapi, kenapa tak minggu depan je?"sokong Tuan Fuad.

"Erm.. sebab.. em.. kalau minggu depan, nanti uncle dengan aunty tak cukup masa pula nak buat persiapan"ujar Uda menggaru kepala yang tidak gatal.

"Betul juga tu. Kalau macam tu, pertunangan Emeir dan Avyana berlangsung 2 minggu dari sekarang".

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

"What?!! 2 minggu lagi?! Pa.. adik tak nak lah.."renget aku menggoncangkan lengan papa.

"Nope. Keputusan papa muktamad. This is your punishment. Remember? And you must to do it"tegas papa.

"Tapi pa.. adik tak habis sekolah pun lagi". Kaki ku hentak protes.

"Easy. Lepas kahwin adik berhenti sekolah and sambung foundation. Result Spm adik bukannya tak bagus. Boleh je sambung belajar"celah Along.

"Along! Adik tak nak lah!! Ergh!! Kenapa semua orang dalam rumah ni tak faham adik!"aku menapak pergi dengan perasaan geram yang membuak-buak.

"Aku bukan budak-budak lagi nak paksa aku buat itu ini. Why everybody want to control my life!". Aku berkata sendiri. Pintu bilik aku hempas kuat. Bergema satu rumah dengan bunyi hempasan pintu bilik.

"Pa, macam mana ni?"tanya angah.

"Biarkan dia. Teruskan rancangan ni. Papa nak kamu semua keep on eyes to her. Selagi masalah ni belum selesai. Jangan lalai"tegas papa.

Avyren [✔️]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum