Cinquantadue [52]

297 25 0
                                    

Aku meninggalkan Dyan di taska dimana dia bersekolah. Melihat senyuman Dyan girang membuatkan hati aku turut gembira. Setelah Dyan hilang disebalik pintu taska, aku terus memandu pulang.

Sesampainya aku dirumah, aku melihat kereta papa masih lagi berada di bawah garaj. Aku melangkah masuk ke dalam rumah dengan ucapan salam. Terlihat papa sedang menyantap sarapan pagi sambil merenung ipad.

"Papa tak pergi office ke?"tanya ku mendapatkan papa.

"No. Papa dah decide nak retire dan serahkan syarikat tu dekat along"ujar papa.

Aku melabuhkan duduk ku. Otak aku berfikir untuk menanyakan sesuatu kepada papa. Sudah lama aku ingin menyua soalan kepada papa tetapi belum berkesempatan.

"Pa, adik nak tanya satu soalan boleh?"ujar ku.

"What is it princess"sahut papa meletakkan ipad ditangannya diatas meja. Tumpuan papa kini tertumpu kepada aku.

"Kenapa adik pemegang saham terbesar dalam company papa? Why me?"soal ku. Soalan yang lama aku pendam.

Papa terdiam seketika. Sepertinya dia tergamam mendengar soalan yang diaju ku itu. Kaca mata ditanggalkan. Posisi duduknya di betulkan. Mendengar keluhan dari papa, dapat ku duga betapa beratnya untuk papa menjelaskannya kepada aku.

"Adik tahu Layth. Rakan niaga papa dulu?"soal papa. Aku mengangguk tanda kenal. Gila tak kenal. Dia lah yang culik aku letak dalam ruang kaca sampai aku hampir mati lemas tu.

"Dia cuba nak belot dari papa dan nak rampas Legasi Kayangan. Oleh itu, papa cepat-cepat letakkan saham papa atas nama adik. Tapi, papa tak sangka dia boleh bertindak diluar kawalan macam tu. Sampai sanggup culik adik"jelas papa.

"So, I'm the new owner of Legasi Kayangan?"tanya ku inginkan kepastian.

"Yes"jawab papa dengan anggukan.

Aku menghela nafas berat. Tubuh aku yang tadinya tegang menjadi longgar dan bersandar pada kepala kerusi. Aku perlu pindahkan balik saham aku kepada along. Aku tidak mahu nyawa aku dan anak aku terancam lagi.

"Pa, adik nak serahkan saham adik dekat along"tutur ku nekad.

"Why?"soal papa.

"Adik tak mahu semua tu papa. Cukuplah penderitaan adik sebelum ni. Adik tak nak bahayakan Dyan. He is my responsibility now. I need to thing about him first"tuntas ku.

"Kalau itulah yang adik mahukan. Papa tak dapat menolak. Esok papa akan uruskan pemindahan saham adik kepada along". Mendengar akan itu membuatkan aku menarik nafas lega.

Cukup hanya seorang nyawa yang aku sayang diragut. Tidak lagi buat kali kedua. Keselamatan Dyan adalah tanggungjawab aku. Aku tidak akan biarkan Dyan terluka walaupun sedikit. Itu janji aku.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Troli yang berisi barang dapur aku tolak. Senarai di tangan aku perhati satu persatu.

"Mummy, Dyan nak ni"tutur Dyan yang duduk di dalam troli sambil tangannya di tunjuk ke arah sesuatu yang di inginkan.

"Dyan, berapa kali mummy cakap. No candy, no coklat"kata tu tegas.

Lantas wajah Dyan terus berubah monyok. Melihat wajah Dyan yang sebegitu membuatkan aku jatuh kasihan.

"Okay, okay. But just pick one"kata ku. Terus Dyan tersenyum girang.

Aku mengcapai gula-gula yang dimahunya lalu diletakkan di dalam troli. Troli aku tolak ke bahagian lain pula. Tidak boleh berlama disitu, nanti banyak pula yang diminta si kecil itu.

Sedang aku menolak dan mencari barang, aku tidak sengaja terlanggar satu troli milik seseorang yang terkena pada pemilik troli itu.

"Sorry, sorry. Saya tak sengaja"ujar ku.

Pemilik itu berpaling ke arah aku. Membuntang mata aku melihatnya.

"Vy? Awak Avyana kan?"tanya orang itu. Tanpa menjawab aku terus menolak troli aku pergi meninggalkannya disitu. Akan tetapi langkah aku tidak begitu pantas, sepantas tangannya menarik tangan aku.

"Lepaskan I. If not I jerit"kata ku tegas.

"Avyana please. I'm sorry if i do anything wrong to you. And I minta maaf soal Daren. I tahu berat untuk you. But please.. can we talk"pujuknya.

Nafas ku naik turun menahan amarah. Tangan ku rentap melepaskan diri dari pegangannya.

"Tak ada yang perlu dicakapkan Arif Azfar. Perkenalan I dan you dan lama tamat. I dont want to see you anymore"kata ku menolak troli untuk pergi dari situ.

"I yang tolong Daren cari you waktu you diculik. I know everything Avyana".

Langkah ku serta-merta terhenti. Anak mata aku tajam menghala ke arahnya. Apa yang dia nak dari aku? Dan apa yang dia tahu?



Dyan menyua ais yogurt ke dalam mulutnya. Khusyuk betul dia makan. Aku mengambil sehelai tisu lalu mengelap mulutnya yang comot dengan ais yogurt.

"Sedap?"tanya Arif kepada Dyan.

Dyan mengangguk dengan senyum. Dia memang jenis tak akan bercakap dengan orang yang dia tak kenal. Itulah yang aku terapkan pada Dyan.

"So, ini ke anak you?"soal Arif.

"As you can see"jawab ku acuh tak acuh.

"He look like her father"kata Arif.

"Can you straight to the point. Apa yang you nak cakapkan dekat I"ujar ku.

"Look, i know siapa Yunus. He's psycho. Dan I tahu pasal penculikan you. Daren told me everything. I pasti Yunus masih hidup dan dia tengah atur rancangan untuk hapuskan you dan dapatkan hak ayah dia"jelas Arif.

"Macam mana you yakin sangat pasal tu?"soal ku lagi.

"I pernah bekerja di bawah Yunus"kata Arif.

Aku terus terdiam. Tiada lagi kata-kata yang harus aku lontarkan. Kenapa baru sekarang dia memberitahu segalanya pada aku. Semuanya sudah terlambat. Daren sudah tiada. Apa yang dia mahu lagi.

"Dah terlambat pun you bagitahu semua ni pada I. Dan apa yang you nak dari I sebenarnya".kata ku.

"I nak minta maaf dekat you. I nak kita macam dulu balik. I tahu i pernah lukakan hati you. But please. Give me a second chance".

Anak mata aku tajam memandang ke arahnya. Buat apa aku bagi dia peluang kedua kalau kesudahannya aku akan terus tersakiti. Cukuplah aku ada Dyan di samping aku. Hanya dia sahaja pengubat luka dan lara aku.

"Simpan sajalah maaf you tu. I tak perlukannya. Jom Dyan. Let go home"sudu yang di pegang Dyan aku letak di atas meja. Mulutnya aku lap dan terus aku membawanya pergi. Dyan hanya turut tanpa banyak karenah.

Sepanjang pemanduan pulang, aku hanya diam. Kepala aku serabut memikirkan soal Arif yang tiba-tiba muncul. Sesekali aku menoleh ke arah Dyan yang duduk di kerusi bayi bermain dengan mainannya.

Aku mengetepikan soal Arif. Aku kembali fokus pada pemanduan aku terus ke rumah.


Bersambung...

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now