Cinquantacinque [55]

245 20 2
                                    

Hari ini aku sibuk kehulu ke hilir menyiapkan tugasan kerana hari ini bakal ada juruaudit yang akan datang memeriksa. Aku dan kak Yani kelam kabut jugalah kerana perlu menghantar dokumen di setiap tingkat. Dah lah bangunan ni ada 10 tingkat. Nasib baik dua tenaga kerja digunakan. Kalau aku seorang memang aku terlebih dahulu mengangkat bendera putih. Baru aku tahu, beginilah tugas kak Yani sebelum kedatangan aku.

Tengah aku sibuk menyusun fail untuk di audit, datang seorang wanita menyapa aku dengan penuh lagaknya.

"Vy, aku nak kau hantarkan fail ni ke tingkat 5. Department marketing"arah wanita itu.

"Kak Juita, saya ada banyak kerja ni. Boleh tak akak minta tolong orang lain. Atau pun akak sendiri je yang hantar. Akak bukan ada banyak kerja pun kan"aku menjawab dan menyoalnya kembali.

"Heh! Pandai menjawab kau sekarangkan. Aku suruh kau hantar tu, hantar jelah! Jangan nak berlagak macam orang lama pula dekat sini"tempelak Kak Juita menengking aku. Ada juga beberapa orang pekerja disitu memandang aku.

Dengan penuh keterpaksaan, aku mengambil fail itu lalu aku mengatur langkah ke arah lif menuju ke tingkat lima. Sungguh aku sakit hati dengan sikap kak Juita yang berlagak itu. Kalau nak diikutkan hati aku ni, nak je aku bagi penampar free dekat dia tu.

Pintu lif terbuka di tingkat lima. Selangkah kaki aku melangkah keluar dari lif, seorang lelaki melanggar aku sewaktu dia ingin memasuki lif. Terjatuhlah aku disitu seperti nangka busuk. Fail yang aku pegang tadi bertaburan dilantai.

"Eh! Sorry-sorry. My mistake"kata lelaki itu melutut di hadapan aku. Kepala ku angkat memandang wajah lelaki itu.

"Eh! Awak"ujar lelaki itu apabila melihat wajah aku.

Aku lantas mengcapai fail yang berterabur tadi. Lelaki itu turut membantu aku mengutip fail tanpa dipinta. Kemudian, fail itu dihulurkan kepada aku. Aku berdiri dengan fail didalam dakapan aku.

"Awak buat apa dekat sini?"soal lelaki itu.

"Saya nak hantar fail ni dekat department marketing. Kak Juita yang suruh"ujar ku.

Lelaki itu terjungkit sebelah keningnya setelah mendengar jawapan dari aku.

'Aku suruh Juita hantar fail ni dekat atas meja aku. Asal dia suruh Vy pula'desis hati lelaki itu.

"Oh! Kalau macam tu awak letak je atas meja director designer tu. Dia tak ada dalam bilik dia"kata lelaki itu. Aku mengangguk langsung mengatur langkah ke pejabat yang dikatakan tadi.

Melihat aku sudah menghilang dipandangannya. Dia terus masuk kedalam lif dan lif bergerak turun ke bawah.



Daun pintu bilik pengarah rekaan aku tolak. Ternyata benar kata lelaki itu. Pengarah rekaan tiada di dalam bilik. Fail aku letakkan di atas meja. Seketika, anak mata aku liar memandang sekeliling bilik pejabat itu. Kemas dan teratur.

Aku mengatur langkah untuk beredar dari situ. Entah macam mana mata aku boleh terpandang pada plate nama yang terletak di atas meja itu.

"Putra Khalish bin muhammad Yassin? Jangan-jangan, dialah director designer tu"kata ku sendiri terkejut.

"Yes i am"jawab satu suara dibelakang aku. Lantas aku berpaling. Terkejut aku melihat Putra sudah berdiri dibelakang aku dengan kedua tangannya didalam poket seluar.

"Ss..sorry. Saya tak tahu yang awak ni pengarah rekaan"tutur ku menunduk menekur lantai.

"It okay. Saya tak kisah pun"Putra menapak ke mejanya lalu melabuhkan duduk diatas kerusi.

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now