Diciotto [18]

591 51 8
                                    

"Adik tak nak kahwin". Tuntas ku.

"Kenapa tak nak kahwin pula? Dik, majlis adik tinggal 2 hari je lagi"kata angah.

"Adik tak cintakan Emeir! Adik nak kahwin dengan Daren!"bentak ku.

Terus semua mati kata. Dengan cara apa lagi yang harus mereka gunakan agar aku meneruskan perkahwinan itu. Sejak kebelakangan ini, aku sering menyatakan bahawa aku tidak mahu teruskan perkahwinan ni. Aku merasakan yang ungkapan aku itu hanya sia-sia.

Pernah aku didatangi oleh aunty Umira untuk memujuk aku agar meneruskan perkahwinan ini.

"Vy, cuba vy cerita dekat ibu. Kenapa Vy tak nak kahwin dengan Emeir. Emeir ada buat salah dekat Vy ke?"tanya Puan Umira dengan penuh lembut.

"Banyak yang salah. First, Emeir tak pernah datang jumpa Vy. Cuma sekadar whatsapp dan call itu pun jarang. Second, i do not love him. Third, i just want to marry Daren"tuntas aku.

Puan Umira mengeluh berat. Mendengar kata putus aku membuatnya sukar untuk menutur kata.

"Amboi.. cantiknya bakal pengantin ni.."tegur satu suara memasuki bilik aku dan terus menyedarkan aku dari lamunan.

Aku mengerling orang itu sekilas. Aku merenung laman wajah aku yang sudah cantik dihiasi solekan tipis melalui pantulan cermin. Tiada sebaris senyum yang mampu aku ukir.

"Vy, senyumlah sikit. Duk monyok tang tu tak dak seri tau. Sat gi hang nak nikah. Tak maulah monyok lagu ni"pujuk Kaira. Aku memalingkan badan aku menghadap Kaira dan Elisha yang duduk di atas katil.

"Dah kena paksa kahwin. You ingat I ada masa lah nak senyum?"cemuh ku.

"Alaa.. tak apalah.. kahwin dengan Emeir pun okay apa"Elisha mendekat memujuk aku.

"Mana ada okay!"terkejut Elisha dengan suara aku yang tiba-tiba meninggi. Aku bangun dari kerusi meja solek dan melabuhkan duduk aku kembali di hujung katil.

"I tak nak kahwin.."renget ku.

Elisha dan Kaira sudah tergaru kepala. Mereka sudah buntu. Keras betul hati seketul Avyana Estella ni. Susah untuk dipujuk.

Ketukkan pintu dari luar menarik perhatian kami bertiga. Daun pintu bilik aku dikuak dari luar. Terpancul figura cik Yah di hadapan pintu.

"Adik, meh turun. Pengantin laki sapa doh tu."kata cik Yah melangkah masuk.

Aku hanya menayang raut monyok. Senyuman paksa aku ukir dan kembali mati.

"Lah.. bakpo monyok ni.. tokseylah gini.. Yana key nok nikoh hari ni. Doh.. jangey sedih gini. Dok comey anok sedaro cik Yah".

"Cik yah.. orey toksey nikoh dengey dio tu. Orey dok suko"renget ku cemberut. Aku ni ada banyak mix tau. Haa.. jangan buat main.

"Ish.. bakpo royak gitu. Dok baik. Yana.. denga sini cik yah nok kecek sikit"cik yah melabuhkan duduknya disebelah aku.

"Yana keno terimo takdir hok tuhey tetapkan. Kalu jauh mano Yana lari, kalu doh tertulis diyo tu jodoh Yana. Jupo jugok. Doh, toksey nangih gini. Jom Lisha, Kaira, pimpin Yana turun. Kang sakuk kain tanggo tu payoh pulok"tutur Cik Yah panjang lebar. Elisha dan Kaira yang tidak faham sepatah pun yang cik Yah katakan hanya mengangguk sahaja.

"You berdua ni angguk-angguk. Faham ke apa yang cik Yah cakap?"Soal ku.

"Fahamlah sikit-sikit. Tapi, sakuk tu binatang apa?"tanya Elisha. Meletus tawa aku mendengarnya.

"Ish! Janganlah gelak"cemberut Elisha.

"Sakuk tu maksudnya, tersangkutlah. Cik Yah suruh you berdua pegangkan kain I. Takut nanti tersangkut. Susah pula". Jelas aku. Tak semena-mena aku menjadi traslator tak berbayar.

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now