Ventiotto [28]

445 33 10
                                    

Hari terakhir aku di pulau ini. Terasa sayang pula mahu tinggalkan tempat secantik ini. Tangan aku mengisi pakaian yang sudah aku lipat rapi kedalam bagasi. Anak mata aku larikan ke arah balkoni. Terlihat Daren sedang bercakap dengan seseorang melalui telefon. Dapat aku lihat raut wajah Daren yang serious. Mesti bercakap soal kerja. Daren dan kerja mana boleh dipisahkan. Mana dia pergi, kerja mesti akan menyusul.

Aku melarikan pandangan aku. Bagasi aku tutup lalu aku zip. Kepala ku toleh drastik apabila telefon aku yang berada di meja sisi bergetar. Telefon aku capai. Tertera nombor yang tidak dikenali tertera di skrin telefon.

"Siapa pula yang call aku ni?"tutur ku sendiri. Panggilan aku jawab.

"Hello"sahut aku. Tetapi malangnya tiada balasan dari si pemanggil. Berkali-kali aku menyeru tetapi masih tiada jawapan. Terus talian aku matikan geram.

"Kenapa ni?"tanya Daren memasuki bilik.

"Ada nombor tak kenal call. Bila dipanggil tak menyahut"jawab ku.

"Ada budak tertekanlah tu. Ni dah siap dah?"ujar Daren.

"Dah.."

"Okay jom"Daren mengulurkan tangannya ke arah aku. Tanpa segan silu aku menyambut huluran itu dengan senyum lebar.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

"Hey"Daren memetik jari dihadapan wajah aku. Terus aku tersedar dari lamunan.

"Isteri ku tengah fikirkan apa hmm?"tanya Daren melutut dihadapan aku.

"Tak ada apa. I just terfikirlah bila you nak bagitahu I tentang kerja you? And about your age. Kenapa you tak bagitahu I yang you dah 23. How can you be in school? Sedangkan you dan 23 tahun?." Berdas-das soalan aku keluarkan. Anak mata Daren aku tenung.

"Hei, i think this is not the right time to explain. Aku janji dengan kau, balik nanti aku akan jelaskan semuanya"pipi ku di elus lembut.

"Promise me?"jari kelingking aku angkat.

"Promise". Kata Daren dengan senyum sambil memaut jari kelingking aku tanda janji.

"Come, boat dah sampai"ajak Daren langsung berdiri.

Seperjalanan pulang, aku membelek instagram aku. Dapat dilihat dari raut wajah aku yang bahawasanya, aku ni bosan. Lama ku duduk dalam kereta. Kalau aku tidur nanti membebel pula si Daren tu. Sedang aku skrol homepage instagram aku, jari aku terhenti pada satu feed. Dahi aku berkerut dan mata aku mula terbuka luas.

"Oh! My! No!! Ini tak mungkin berlaku!"kata ku sendiri. Mata aku tajam memandang gambar pada skrin telefon bimbit aku.

"Kenapa ni?"tanya Daren.

"You, balik rumah papa sekarang"pinta ku. Nafas aku sudah mula naik turun. Sikit lagi gunung berapi nak meletus.

"Kata nak pergi jumpa ibu dulu"kata Daren.

"I said to my house now!!"tegas aku.

"Okay-okay"lahu Daren mengangguk. Bila dah tengok muka aku bengis macam singa betina, terus dia U-turn pulang ke rumah aku. Nasib tak drift je dekat situ.

Daren mengerling aku sekilas yang dah tak senang duduk.

'Apalah yang dia tengok sampai tiba-tiba jadi macam tu'monolog Daren.

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now