Cinquantaquattro [54]

257 19 0
                                    

Setelah satu jam lebih aku menghadap komputer, akhirnya tugas yang diberi oleh kak Yani sudah pun selesai. Hanya tinggal di cetak dan diserahkan kepada kak Yani kembali untuk pemeriksaan. Tugas yang diberi tak adalah susah sangat cuma mengambil masa sedikit buat aku yang baru berkecimpung dalam bidang ini.

Aku menapak ke meja kak Yani lalu menyerahkan salinan tugasan kepadanya.

"Kak, ni dah siap"ujar ku menghulurkan kepingan kertas ke arahnya.

"Okay, bagi akak check kejap ya". Kak Yani menyambut huluran ku lalu memeriksanya.

"Okay. Bagus. Semuanya betul. So, dah masuk waktu lunch ni. Jom"ajak kak Yani.

"Erm.. terima kasih kak, tapi Vy dah janji dengan abang Vy nak lunch sekali"ujarku cuba menolak dengan baik.

"Oo.. kalau macam tu tak apa. Maybe next time. But next time tak boleh tolak tau".

"Okay kak. Vy pergi dulu ya"aku meminta diri. Hanya balasan anggukkan diberikan. Aku mengatur langkah ke meja dan mengebas barang aku lalu dimasukkan ke dalam beg tangan. Kaki menapak terus ke lif. Punat G aku tekan dan pintu lif tertutup.

Pintu lif terbuka dan aku menapak keluar sambil memandang telefon bimbit. Aku membuka lokasi yang di hantar oleh along. Tanpa memandang ke hadapan, aku terlanggar seseorang.

"Auw! Aduh.. sakitnya"aku mengaduh sakit. Tapi aku tidak salahkan orang yang aku langgar itu sebab aku yang tak pandang depan.

"Are you okay miss?"tanya orang itu.

Kepala aku dongak memandangnya. Seorang lelaki bercangkung di hadapan aku kemas berbaju kemeja dan blazer di badan. Melihat huluran tangannya mahu membantu aku, pantas aku berdiri bagi menolak pertolongan itu.

"Sorry, silap saya sebab tak pandang depan"aku menutur kata maaf.

"It okay. I'm Putra and you?"tutur orang itu bertanya akan nama aku.

"Vy. Sorry saya dah lambat ni. Saya pergi dulu. Assalamualaikum"aku mengatur langkah melepasinya . Kaki aku hayun laju menuju ke parkin kereta. Nampaknya aku audah lewat lima minit. Pasti along akan membebel dekat aku.

Putra menghantar pandangannya ke arab aku yang sudah jauh menghilang. Bibirnya menjungkit senyum tipis.

"Such a cute girl"ungkapnya dan terus ke arah lif untuk naik ke tingkat atas.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Sesampainya aku di tempat yang dijanjikan, leher aku panjangkan mencari keberadaan along. Setelah mengenal pasti kedudukan along, kaki aku atur mendapatkannya.

"Along, sorry lambat. Dah lama ke along tunggu?"soal ku melabuhkan duduk diatas kerusi di hadapan along.

"Tak adalah. Along pun baru sampai tadi. Air dengan makanan pun belum sampai lagi"jawab along. Aku menghela nafas lega dan badan aku sandarkan di kepala kerusi.

"Alamak! Adik lupa nak ambil Dyan"kepala aku tepuk. Boleh pula aku lupa nak ambil anak aku dekat taska.

"Adik, it okay. Papa dah pergi ambil. Relax okay"along cuba untuk tenangkan aku.

Aku menarik nafas panjang dan aku hela berat. Syukurlah kalau papa sudah menjemput Dyan pulang. Risau pula aku ni.

"So, how? Best kerja?"tanya along.

"Boleh lah.. first day kan"aku menjawab. Seraya itu, pelayan pun datang membawa makanan dan minuman yang telah dipesan oleh along.

"Along dengar adik jumpa ariff. Betul ke?"along menyoal aku sambil tangannya memotong kepingan daging didalam piring.

"Macam mana along tahu? Along spy adik ke?".

"Tak adalah, biasalah.. Uda yang bagitahu. Adik kan tahu siapa Uda"tutur along. Kepingan daging yang sudah dipotong di sua ke mulut.

"Adik tak jumpa dia pun. Kita orang berjumpa secara kebetulan dekat supermarket"jawab ku. Spagetti aku gulung kemas lalu aku masukkan ke dalam mulut.

"Apa yang dia nak?".

"Dia suruh adik bagi dia peluang dekat dia". Pergerakan tangan along terus terhenti. Anak matanya menikam ke dalam anak mata aku.

"Lepas tu adik jawab apa?"laman wajah along kelihatan sedikit cuak.

"I said no"jawab ku. Tangan menyua spagetti ke mulut.

Along sekadar mengangguk. Dalam diam, dia menghela nafas lega. Mahu gugur jantungnya apabila mendengar kata-kata aku tadi. Kami menikmati makanan dengan perbualan topik yang lain. Bila aku nampak wajah Along macam tak selesa, terus aku ubah topik perbualan kami.

Usai itu, aku meminta diri terlebih dahulu pulang ke pejabat dan selepas itu barulah along berangkat ke pejabat. Kaki along dihayun menghampiri kereta. Telefon bimbit di dalam poket seluarnya di keluarkan. Nombor seseorang di dail.

"Hello, aku nak jumpa kau sekejap. Ada perkara penting yang perlu aku sampaikan"ujar along. Lantas dia membolos masuk ke dalam perut kereta dan meluncur laju ke jalan raya.




Sesampainya aku kembali ke pejabat, aku melihat beberapa orang kakitangan disitu memandang aku serong. Dahi aku berkerut. Aku ada buat salah ke? Langkah ku atur ke meja serta melabuhkan duduk aku diatas kerusi.

Saat itu, kak Yani datang menghampiri meja kerja aku. Satu fail berkulit keras di letakkan di atas meja aku.

"Okay, ini kerja yang Vy kena buat. Akak nak Vy masukkan data dalam fail ni. Buat guna Excel tau. Tahukan macam mana nak guna?"jelas Kak Yani. Aku mengangguk faham.

"Okay, lepas tu akak nak Vy buatkan satu minit mesyuarat untuk meeting lusa. Kalau ada yang tak faham just bagitahu je". Satu persatu kak Yani menerangkan kepada aku. Nasiblah aku ni mudah untuk faham.

"Kalau tak ada apa-apa akak balik tempat dulu". Selangkah kak Yani menapak, aku sudah memanggil namanya kembali.

"Yes"sahut Kak Yani.

"Kenapa orang dekat office ni pandang Vy lain macam je. Vy ada buat salah ke?"tanya ku.

"Oo.. ni sebab Kak Juita yang bawa mulut lah ni. Tak apa. Kak Yani kenal Vy. Abaikan je diorang tu. Mereka tak tahu siapa pewaris terakhir Legasi Kayangan ni"kak Yani menarik senyum dan terus kembali ke mejanya. Mendengar tutur kata kak Yani membuatkan hati aku sedikit lega.

Aku membuka komputer lalu icon microsoft excel aku tekan. Fail berkulit keras itu aku capai lalu aku mula menaip segala perincian yang terdapat dalam fail itu.

Bersambung...

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now