Cinque [5]

611 51 4
                                    

"Papa.. jangan tinggal adik dengan dia orang ni..". Aku memeluk papa dengan tangisan kepura-puraan.

"Dik, papa pergi satu hari je pun. Bukan pergi satu minggu. Melalak dia tu.. macam papa tinggal dekat sana terus"sakat Alang.

"Papa.. tengok"renget aku.

"Alang"tegur Along tegas. Terus mati sengihan Alang.

"Padan muka"kata ku dengan lidah aku keluarkan.

Alang berura mahu menarik rambut aku tetapi dihalang oleh papa. Terus terhenti tindakan Alang.

"Papa nak kamu berempat tolong tengokkan adik. Kalau jadi apa-apa dekat adik, tengoklah apa papa akan buat"ujar papa keras.

"Baik pa.."jawab keempat-empat abang aku serentak.

"And you princess, no more night hang out. Papa dah bagitahu parent Kaira". Ujar papa lagi. Kali ini dituju kepada aku.

"Siap bos. Hehehe"aku menayangkan sebaris gigi.

"Okaylah. Papa dengan along gerak dulu. Ingat papa pesan"tutur papa. Melangkah masuk ke dalam perut kereta.

"Ingat pa.."jawab kami berlima.

Sebelum mereka berangkat, sempat aku menyalami tangan papa dan along. Along menghulurkan dua keping note seratus kepada aku. Terus aku tersenyum lebar. Aku menapak ke arah empat orang abang aku dengan mengipas wajah aku menggunakan duit itu. Menganjinglah kononnya.

Angah, achik, alang dan uda memandang aku jengkel. Bebola mata digulingkan menyampah. Sebaik sahaja kereta milik papa keluar dari pekarangan rumah, aku terus berlari masuk ke dalam rumah untuk bersiap ke rumah Kaira.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Aku menuruni anak tangga sambil menggalas beg galas dan beg silang dibahu. Beg aku letakkan diatas sofa ruang tamu. Kaki ku atur ke arah dapur untuk membasahkan tekak aku.

Diruang tamu kelihatan alang sedang bermain video game didalam telefon bimbitnya. Selangkah kaki ku atur ke dapur, suara alang memanggil aku kedengaran. Aku mengeluh berat. Badan aku pusing menghadap alang.

"Nak apa?"tanya aku dengan wajah berkerut.

"Buatkan aku maggi"arah alang.

"Alah.. alang pergilah buat sendiri"rengus ku.

"Kau tolonglah buat kejap. Aku tengah fokus ni. Kalau tak aku report dekat papa"ugut alang.

"Ish! Bencilah. Ihh!!". Aku melangkah ke dapur dengan hentakan kaki.

"Aku dah siap tau nak pergi rumah Kaira. Time nilah dia nak makan maggi. Tadi tak nak makan pula"omel ku sambil tangan mengcapai segala barangan untuk memasak maggi.

Setelah 15 minit menukang didapur, aku membawa maggi alang ke ruang tamu. Mangkuk maggi aku letakkan di atas meja kopi berhampirannya.

"Selamat menjamu selera ya Tuan Mikael Royzie"tutur ku geram.

Alang bangun dari pembaringannya lalu duduk menghadap maggi.

"Wah.. ini baru namanya adik mithali"kata Alang.

Aku sekadar merengus. Bag sandang dan beg silang aku pacai lalu ku galas ke bahu. Alang yang sedang menghirup maggi memandang aku.

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now