Ventisette [27]

546 41 17
                                    

Aku menoleh ke sisi. Sejak tadi Daren hanya mendiamkan diri. Wajahnya juga kelihatan ketat. Dia masih cemburu dengan kejadian tadi ke? Merajuk kah?.

Boat berhenti di tengah laut dimana menjadi salah satu tempat untuk melakukan aktiviti menyelam. Tidak jauh dari boat aku berhenti terlihat sebuah boat lagi yang juga turut melakukan aktiviti yang sama.

"Okay.. dekat sini tempat snorkeling. Tuan-tuan dan puan-puan kalau nak turun boleh turun, kalau nak stay atas boat pun boleh. Tak ada masalah"kata pemandu boat itu.

Aku menyarungkan jaket keselamatan di badan aku. Tali jaket keselamatan aku kemaskan. Aku melihat Daren yang masih dia membisu. Nafas ku hela berat.

"You, kenapa ni? Tak bestlah macam ni.."kata ku memujuk.

Daren sekadar mengerling aku. Tangannya ligat memasang tali jaket keselamatan di badannya.

"You cemburu ke? Yunus kan satu team bowling, tak ada apa yang nak di cemburukanlah. You tahukan, I hanya tergilakan you. Tak perlulah nak cemburu sampai macam ni sekali"pujuk ku lagi.

"Kawan satu team boleh pula tergelak macam tu". Akhirnya Daren bersuara tetapi masih tidak memandang aku.

Tidak semena-mena ketawa ku pecah. Kelakar juga bila Daren ni cemburu sampai merajuk macam tu.

"Asal gelak?"tanya Daren dingin memandang aku.

"Gelak sebab kelakarlah. You ni.. ingat kan sedingin ais. Rupanya ada musim bunga di hati".

"Aku ni manusia. Ada perasaan. Bukannya robot"tutur Daren. Google dipakai lalu dia terjun ke dalam laut. Aku menghela nafas berat dengan gelengan kepala. Tak terpujuk lagi hati mr nerd ni.

Disebuah wad VIP, kelihatan Layth terlantar di atas katil tidak sedarkan diri. Reaksinya masih tetap sama seperti dihari pertama dia dimasukkan ke hospital. Terdapat juga tiga orang lelaki berjas hitam dan berkaca mata berdiri di samping katil.

"Cobra, kau dah cari lelaki yang aku suruh kau cari?"tanya seorang lelaki berhoodie hijau army dan bertopi besball di kepala menghadap ke arah tubuh Layth yang masih kaku.

"Sudah boss. Ini maklumatnya"salah seorang lelaki berjas hitam menyerahkan sampul surat coklat bersaiz A4 kepada lelaki itu.

"Bagus. Aku nak kau cari siapa Avyren. Aku nak kau bongkarkan identiti dia. Cari tahu semua latar belakang dia. Aku nak balas dendam sebab dia dah buat daddy aku koma"kata lelaki itu tegas.

"Baik boss"dua orang lelaki berjas hitam keluar dari wad itu bagi menjalankan perintah yang diterima oleh majikannya.

"Daddy rehatlah dulu. Biar orang yang uruskan semuanya"kata lelaki itu. Terus dia bangun dari duduknya dan berjalan keluar dari wad dengan di ikuti lelaki berjas hitam sebagai bodyguardnya.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Aku dan Daren berjalan di persisir pantai sambil melayani perasaan sendiri. Masing-masing diam tidak berkutik. Mana tidaknya, seorang di depan seorang di belakang. Ha.. akulah yang duduk belakang tu. Bukan main teruk lagi si nerd tu merajuk.

Aku berfikir sejenak. Macam mana aku nak pujuk hati si mamat nerd plus dingin tu. Aku melajukan langkah ku menandingi langkah Daren. Aku menoleh ke sisi. Kepala ku dongakkan melihat wajah kosong Daren yang hanya memandang ke hadapan.

"Sai, prima, non sono mai stato così felice. Quando ti ho visto per la prima volta, il mio cuore ha cominciato a dire che sei l'uomo che può rendermi felice. Non guardo nessuno tranne te. Solo con te mi sento più felice di quanto non sia mai stato prima. ti amerò per sempre.(Awak tahu, sebelum ini, saya tidak pernah sebahagia ini. Pertama kali saya melihat awak, hati saya mula berkata bahawa awaklah lelaki yang boleh membahagiakan saya. Saya tidak memandang sesiapa melainkan awak. Hanya dengan awak saya rasa lebih bahagia berbanding sebelum ini. saya mencintai awak selama-lamanya.)"tutur ku sedikit tersekat-sekat dalam bahasa italian.

Drastik Daren menoleh apabila mendengar aku bertutur dalam bahasa Italy. Langkah kakinya turut terhenti. Aku membalas pandangan matanya dengan senyum.

"Macam mana kau boleh.."terjeda kata Daren.

"I practice lama tau nak cakap bahasa Italy ni. I ingat nak cakap dekat you masa hari last kita dekat sini. Dah you merajuk, I cakap sekarang je lah"jelas ku.

"But why?".

"I know you pandai berbahasa Italy. I cuba untuk luah isi hati I dekat you in Italy. So yah. How? It is bad or so-so".

Daren diam. Tanpa kata, tangannya menarik tangan aku lalu badan ku terdorong ke dalam pelukannya. Terbuntang mata aku dengan tindakan Daren.

"Non sono bravo a esprimere la parola amore. ma le mie azioni rivelano tutti i miei sentimenti. Mi rendo conto anche che ho cominciato ad amarti. Il tuo comportamento mi rende felice. anch'io ti amo per sempre. (Aku tak pandai nak ungkapkan perkataan cinta. tapi, perbuatan saya mendedahkan segala perasaan saya. Saya juga sedar yang saya sudah mula menyayangi awak. Perangai awak buat saya gembira. saya juga sayang awak selama-lamanya.) "Tutur Daren. Mendengar akan itu membuatkan hati aku bergetar. Walaupun aku tidak mengerti akan maksudnya, tapi aku pasti, Daren ingin mengungkapkan perasaanya.

Perlahan-lahan tangan aku naik membalas pelukannya. Bibir aku merekah senyum. Inilah kebahagiaan yang selama ini aku inginkan.

Dari kejauhan, seperti terlihat akan seorang lelaki berhoodie biru gelap menutupi wajahnya. Sepasang mata orang itu memandang terus ke arah aku dan Daren tanpa aku sedari. Lelaki itu tertunduk.

"Maafkan aku. Aku terpaksa"diksi lelaki itu dan terus berlalu pergi.


Siang sudah pun berganti malam. Aku dan Daren berjalan beriringan sambil berpegangan tangan ke restoran bagi menikmati makan malam yang sudah disediakan oleh pihak hotel. Separuh perjalanan kami, Daren menghentikan langkahnya.

"Kenapa berhenti?"tanya ku hairan.

"Wait a second"kata Daren. Kening aku terjungkit sebelah.

Daren mengeluarkan sehelai selendang dari poket coatnya lalu di bawa ke mata aku.

"Eh! Kenapa ni?"tanya aku apabila Daren mengikat kain menutupi mata aku.

"I have a little suprise for you"tutur Daren sedikit berbisik.

"Come"Daren menyatukan tangannya dengan tangan aku lalu memimpin aku ke tempat yang aku tidak tahu apa kejadiannya.

Beberapa langkah selepas itu, Daren menghentikan langkah aku. Genggaman tangan di lepaskan. Aku sedikit cuak. Janganlah dia tinggal aku sorang-sorang.

"You! You pergi mana?"panggil aku. Kedua tangan aku meraba mencari Daren.

"Just stand there and don't move"kata Daren.

"Ada apa ni?"tanya aku lagi.

"Sekejaplah.. duduk diam-diam tak boleh ke? Banyak tanya pula".

Aku merengus geram. Tangan aku silang memeluk tubuh.

"Okay, now open the blind"ujar Daren.

Aku membuka ikatan kain yang mengikat mata aku. Perlahan-lahan kelopak mata aku buka. Terlihat Daren berdiri dihadapan aku sambil memegang sejambak bunga ros dan terdapat sekeping kertas di selitkan di antara ros itu. Terkedu aku menerima akan situasi itu. Adakah ini hanyalah satu mimpi? Benarkah dia Daren yang aku kenal selama ini?

Bersambung...

Hai.. lama tak update. Sorry sangat2 sis memang sibuk dengan kerja. Tak sempat nak update. Kalau cuti pun idea tu susah betul nak datang. Ini pun tak tahulah okay ke tidak part kali ni.

Amore❤️‍🔥

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now