Venticinque [25]

596 51 13
                                    

Aku menggeliat meregangkan badan aku yang sengal-sengal akibat tidur didalam kereta. Kelopak mata aku buka. Teperanjat aku apabila melihat wajah Daren betul-betul dihadapan aku. Daren tertawa kecil melihat reaksi drastik aku.

"Dah sampai ke?"tanya ku melihat ke luar tingkap.

"Lebih kurang 15 minit lepas"kata Daren melihat jam dipergelangan tangannya sekilas.

"Apasal tak kejut?".

"Eh! Aku dah kejut tau. Kau je tak bangun. Tidur mati. Aku buat apa-apa pun kau tak sedar".

Membulat aku memandang Daren yang menjungkit senyum sinis.

"Hurk.. what are you doing to me?!"meninggi nada suara aku.

"Kenapa? Nak marah? Kau ada nampak muka aku ni kisah ke?"Daren mendekati wajah aku membuatkan badan aku terdorong ke pintu kereta.

"Eee!! Melampau!"Tangan aku hanyun mahu menampar Daren. Pantas tangannya menggenggam pergelangan aku yang hanya tinggal beberapa sentimeter sahaja dari pipinya.

"Kau berani nak tampar aku?".

Tangan aku kepal geram. Terus aku merentap tangan aku dan melangkah keluar dari kereta. Sungguh menyakitkan hati. Lebih baik dia jadi Emeir dari dia jadi Daren. Layan aku pun elok. Erghh!!.

Daren hanya melihat aku pergi. Bibirnya menarik senyum. Dia mematikan enjin kereta lantas membolos keluar dari perut kereta. Pintu kereta di tutup dan belakang badannya disandar pada badan kereta.

"Lima..empat..tiga..dua..satu"hitung Daren seraya menyarungkan kaca mata hitam diwajahnya.

"Kita dekat mana ni?"tanya aku cemberut.

"Eh! Datang balik? Ingat dah pergi bawa diri tadi"sindir Daren.

"Tak payah nak sindir sangatlah. Kita dekat mana ni?"tanya ku kesal.

"Terengganu. Malam ni kita stay sini dulu. Esok pagi kita gerak pergi pulau". Daren menapak ke bonet bagi mengeluarkan beg pakaian.

"Hah?! I though we going to oversea or something"kening aku jungkit sebelah.

"Banyak cantik muka kau nak pergi oversea bagai. Dalam Malaysia pun dah cukup bagus aku bawa kau bercuti. Kalau aku tak bawa terus, nanti muncung je mulut tu macam itik. Ni! Ambil beg ni. Kita pergi check in dulu"Daren menghulurkan bagasi aku.

Aku menyambut dengan helaan nafas berat. Lambat-lambat aku mengikuti jejak Daren memasuki bangunan hotel. Mata aku liar memerhati sekeliling.

'Not bad. Nice juga. I hope lah dekat pulau nanti tak panas. Kalau tak, terbakar kulit I'bisik hati aku.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

"Nok makey gapo bey?". Anak mata aku tajam menikam gadis pelayan kedai makan itu. Boleh pulak dia menggedik dengan laki aku. Siap panggil abang lagi.

"Bagi saya teh o ais limau satu, orange juice satu, nasi putih dua, ikan bakar air asam satu, tomyam campur satu, and.. telur dadar"tutur Daren sambil mata tertancap pada menu.

"Itu je?"tanya pelayan itu.

"Yes. Itu je". Daren menutup menu lantas menarik senyum.

"Okay. Tunggu metar deh"pelayan itu turut menarik senyum dan mengambil kembali menu. Kakinya mengorak langkah ke bahagian dapur untuk memberi pesanan.

"Kau asal ni? Tengok pelayan tu macam nak telan"tegur Daren mencuit hidung aku. Aku yang memerhati gadis itu pergi terus mengalih pandangan ke arah Daren.

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now