Sessantatre [63]

249 21 0
                                    

Hari ini aku bercadang untuk membawa Dyan bersiar-siar di satu tempat yang menjadi bualan ramai. Ada juga aku bertanya pada kenalan di sosial media mengenai tempat yang menarik untuk dikunjungi, dan banyak juga yang mencadangkan tempat yang sama.

Aku dan Dyan turun ke lobi berdua. Elisya dan Mina tidak menyusul kami kerana keadaan Mina tidak begitu mengizinkan. Jadi, hanya aku dan Dyan sahajalah yang pergi bersiar-siar.

Tangan Dyan aku pegang erat agar tidak hilang lagi seperti semalam. Seperjalanan itu, aku ada membawa Dyan menyinggah di beberapa buah kedai yang ada disitu. Biasalah budak-budak.. kalau ada yang menarik perhatiannya pasti merengek mahu melihatnya. Bila sudah di lihat, tidak pula dia mahu membelinya. Pelik benar anak aku ini.

Tidak lama kemudian, akhirnya aku tiba di tempat yang ingin dituju. Terpana aku melihat keindahan tempat itu. Di tengah-tengah terdapat pancuran air yang ditanam berbagai jenis bunga diatasnya dan dikelilingi dengan bangunan kedai yang terdiri dengan struktur binaan klasik.

 Di tengah-tengah terdapat pancuran air yang ditanam berbagai jenis bunga diatasnya dan dikelilingi dengan bangunan kedai yang terdiri dengan struktur binaan klasik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mummy, Dyan nak ice-cream"pinta Dyan.

"Okay. Come". Kami memasuki sebuah kedai yang menjual berbagai jenis aiskrim dan manisan. Hancur diet aku kalau macam ni. Apa boleh buat, beginilah kalau sudah mempunyai anak.

Usai membeli, aku dan Dyan melabuhkan duduk di atas sebuah bangku yang terdapat disitu. Sambil kami menikmati aiskrim di tangan, terdapat seorang lelaki sedang bermain gitar sambil menyanyi berdiri berhampiran pancuran air bagi menghiburkan para pengunjung di situ. Aku yang mendengarnya turut berasa senang.

"Dyan, makan elok-elok nanti kena baju"tutur ku. Tisu di tangan aku bawa ke mulut Dyan yang comot dengan aiskrim.

Tiba-tiba sejambak bunga menyinggah di hadapan mata aku. Siapa pulalah yang bagi aku bunga ni. Kepala aku toleh bagi melihat gerangan yang memberi aku bunga itu. Melihat akan wajah orang itu terus membuatkan aku tersenyum lebar. Siapa lagi kalau bukan Daren.

"Macam mana tahu Vy dekat sini?"tanya ku mengambil jambangan bunga di tangan Daren.

"Elisya bagitahu"Daren melabuhkan duduk di samping Dyan.

"Kenapa tak bagitahu abang, sayang nak datang sini. Bahaya tau keluar sorang-sorang"tutur Daren lagi.

"Vy tak nak ganggu abang. Lagi pun Vy bukannya sorang. Dyan ada kan? Dyan boleh protect mummy kan?"ujar ku.

"Betul. Dyan kuat. Dyan berani"Dyan mengangkat kedua belah tangannya menunjukkan bisepnya bagi menyatakan bahawa dia seorang yang kuat. Daren tertawa kecil dengan tingkah anaknya itu. Kepala Dyan di elusnya.

"You are strong. Strong like me"kata Daren mengiyakan kata-kata Dyan.

Melihat Daren dan Dyan begitu akrab, membuatkan hati aku sedikit tersentuh. Inilah yang aku harapkan sejak lima tahun lepas.

"Sayang, hey!"panggil Daren memetik jari dihadapan mata aku. Aku tersedar langsung menyahut panggilan Daren itu.

"Termenung apa?"soal Daren lembut.

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now