Trentatre[33]

410 38 3
                                    

Kelihatan seorang lelaki berjas biru muda berjalan keluar dari bangunan Emarite Holding menuju ke tempat letak kereta. Baru sahaja badan mahu membolos masuk, dua orang berpakaian serba hitam dan bertopeng di wajah menangkap dan menekup mulut lelaki itu dengan tuala.

Lelaki itu tersentak lantas meronta agar dirinya dilepaskan. Setelah beberapa ketika, lelaki itu longlai dan tidak sedarkan diri. Tubuh lelaki itu diusung oleh lelaki berbaju hitam masuk ke dalam velfire hitam dan kereta itu laju bergerak membelah jalan raya.

"Kita orang dah tangkap orang yang dicari"tutur salah seorang dari lelaki berbaju hitam itu melalui corong telefon.

"Bawa dia ke markas. Jangan biar dia terlepas. Aku akan ke sana segera".


Badan seorang lelaki yang tangannya diikat kebelakang di tolak masuk ke dalam satu ruangan kosong yang hanya di biasi oleh cahaya lampu oren yang tergantung ditengah-tengh ruangan. Lelaki itu jatuh menyembah tanah.

"Kau orang nak apa dengan aku ha?! Kalau kau orang nak duit aku boleh bagilah!"marah lelaki itu. Anak matanya tajam menikam susuk empat orang lelaki berbaju hitam dan bertopeng diwajahnya.

Empat orang lelaki berbaju hitam itu hanya diam. Masing-masing melabuh kan duduk diatas kerusi. Ada yang bersandar ke dinding, ada yang duduk di atas kerusi secara terbalik, ada duduk bersilang kaki dan ada mengangkat sebelah kakinya menopang tangan.

"Arif Fawwaz"seru satu suara. Lantas lelaki itu menoleh.

Kelibat seorang lelaki berhoodie navy blue dengan pelitup mulut menutupi separuh wajahnya menapak menghampiri lelaki itu atau lebih tepat lagi Arif.

"Kau nak apa? Apa salah aku buat dekat kau?!"marah Arif cuba untuk melepaskan ikatan tangannya.

"Kau kenal ni siapa?"tanya lelaki berhoodie itu bercangkung dihadapan Arif sambil menunjukkan gambar tiga orang gadis berjalan keluar dari sebuah kafe melalui telefon bimbitnya.

Terbuntang mata Arif melihat gambar itu. Anak matanya merenung anak mata lelaki itu bagi mengecami siapakah identiti lelaki itu.

"Aku kenal dia. Kau nak buat apa dengan dia? Eh! Kalau kau ada masalah dengan aku, tak payah nak libatkan orang lain! Pengecut!"hambur Arif.

Buk! Satu tumbukan hinggap diwajah Arif.

"Aku tanya kau sekali lagi. Kau kerja untuk siapa!"tengking lelaki berhoodie itu.

"Kerja apa? Aku tak faham!".

Buk! Sekali lagi tumbukan hinggap di wajah Arif. Hujung bibirnya mula mengeluarkan cecair merah. Dia bingung dengan apa yang di maksudkan oleh lelaki berhoodie itu.

"Kau tangkap gambar perempuan ni senyap-senyap lepas tu kau nak ugut aku?!".

"Tu bukan aku yang buat"nafi Arif.

"Kau jangan nak menipu aku". Lelaki berhoodie itu mengeluarkan sepucuk pistol dari belakang badannya. Membulat mata Arif melihat pistol ditangan lelaki itu.

"Tolong, aku merayu jangan bunuh aku. Sumpah bukan aku yang ambil gambar tu. Telefon aku hilang dua minggu lepas. Mungkin orang yang curi telefon aku tu yang hantar gambar tu"rayu Arif.

Lelaki berhoodie itu menurunkan pistol ditangannya. Mask yang dipakai ditanggalkan. Sekali lagi Arif terkejut beruk melihat wajah sebenar lelaki itu.

"Ada orang nak bunuh aku. Dia ugut aku dengan gambar yang dia hantar dekat aku. Aku minta maaf. Perempuan dalam gambar tu sebenarnya bini aku". Tutur lelaki berhoodie itu dalam nada yang mengendur.

"Kau dah kahwin dengan dia?".

"Aku dengan dia kahwin dah dekat 5 bulan. Aku sayang isteri aku. Aku tahu kau pernah sukakan isteri aku. Maaf sebab pukul kau"lelaki berhoodie itu bangun dari cangkungannya dan melangkah lemah keluar dari ruangan itu.

"Kalau kau perlu bantuan. Aku boleh tolong"sahut Arif.

Lelaki berhoodie itu menoleh. Dia hanya diam. Isyarat tangan diberikan kepada anak-anak buahnya agar melepaskan tali ikatan Arif dan dia terus beredar.

▪️▪️▪️

"Vy, I dengar Yunus satu kolej dengan you. Betul ke?"Tanya Elisya.

"Ha'a i terjumpa dengan dia masa kelas English"jawab aku. Mata masih menilik beberapa helai baju yang tergantung disitu.

"Hang tak ghasa terlalu kebetulan ka?creepy gila. Aku ghasalah kan. Dia ni ada niat tak baik dekat hang"tafsir Kaira.

"Ish! Kenapa cakap macam tu. Mungkin dia pun dapat tempat belajar sama dengan I. Tak adanya dia nak buat benda tak elok dekat I. Lagi satu, you guys ingat tak masa bowling tu. Dia mana ada bersuara sangat. Asyik senyap lepas tu buat hal dia je"jelas aku panjang lebar. Tak nak lah berburuk sangka dengan orang.

"Eh! Hai Vy"tegur satu suara garau.

Kami bertiga drastik menoleh. Terangkat kening Elisya dan Kaira melihat penampilan lelaki dihadapannya.

"Oh! Hai. Ehee.. you buat apa dekat sini?"tanya aku cuba menarik senyum walaupun aku masih terkejut akan kehadiran lelaki itu disitu.

"Saja.. datang nak cari baju"jawab lelaki itu menarik senyum lebar.

"But, ini kedai pakaian perempuan"kata ku sedikit janggal.

"Oh? I nak beli baju untuk adik I. But, tak ada yang menarik perhatian I. Okaylah. I catch you later at college"ujar lelaki itu dan terus berlalu keluar dari kedai.

Kening aku bertaut. Entah kenapa kali ini aku dapat merasakan bahawa dia sangat pelik. Tiba-tiba hati rasa tak tenteram.

"Babe, is that Yunus?"tanya Elisya.

"Ya. Itulah Yunus. Why?".

"He look so different. Why he look so hot!"tempik Elisya.

"Ish! Hang toksah nak gatai sangat. Dia tu muda dari kita tau"tambah Kaira.

"Alah, muda setahun je. Why not I try. Dah lama I menyinggle ni"tutur Elisya tergedik-gedik.

Aku menggeleng kepala dengan kegedikkan Elisya yang tidak pernah berubah dari terakhir mereka bertemu.

'Kau nak kena tangkap ke apa? Sampai berani tunjuk diri depan perempuan ni.'Kata hati seseorang.




Bersambung...

Sorry guys lama tak update. Sis bagi ruang pada readers yang ambil SPM. And sorry if cerita sis makin lama makin mengarut or membosankan. Kepala otak sis ni tak bergerak pula akhir-akhir ini. Hope enjoy reading.

Amore❤️‍🔥

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now