Ventitré [23]

510 47 9
                                    

Aku melangkah keluar dari kedai pakaian wanita itu langkah aku laju sahaja ku hayun ke hadapan tanpa memandang kiri dan kanan. Hati aku tengah panas menggelegak sekarang ni. Boleh pulak Arif datang dekat kedai tu. Mamat tu memang muka tembok ke apa? Tak malu langsung.

"Vy"sahut Arif menarik tangan aku agar berhenti melangkah.

"Lepaslah!"aku merentap tangan aku kasar.

"Don't you dare to touch me!"tegas aku.

"Okay. Sorry abang tak akan sentuh Vy lagi. But please, jangan lari dari abang". Rayu Arif.

Aku melempar pandangan aku ke arah lain. Naik muak aku mendengar rayuan Arif.

"Kau nak apa dari aku"tanya ku tanpa melihat wajah Arif.

"Abang nak Vy. Please give me a chance".

"Kau dah gila ke apa? Dulu kau yang buat aku beria sorang-sorang lepas tu kau tinggalkan aku, and now kau nak aku balik? Huh! For your information.. aku dah kahwin. So please. Stay away from me". Aku mula mengorak langkah. Akan tetapi, Arif terlebih dahulu menarik tangan aku.

"Eh! Lepaslah!"marah aku seraya menarik tangan aku dari genggaman Arif.

"Vy tipu abangkan? Mana bukti yang Vy dah kahwin"kata Arif menarik tangan aku. Dah macam gila talak dah mamat ni.

"I said let me go!" Aku merentap tangan aku kuat dan terlepas dari pegangan Arif.

Pang!

Terhenti mengejut langkah Elisha dan Kaira dari menghampiri aku apabila melihat aku menampar Arif. Terkejut beruk mereka berdua. Lantas kaki mereka dihayun mendapatkan aku yang sudah mahu meletus.

"I warn you again Arif! If you dare to touch me! You will face my husband!"tuntas ku dengan amarah yang sudah memuncak. Elisha dan Kaira memegang aku bagi meredakan amarah aku.

Aku menepis Elisha dan Kaira lalu kaki ku hayun laju pergi dari situ.

"Vy!"panggil Elisha.

"Ni semua hang punya pasai"marah Kaira dengan jari telunjuknya di tunding ke arah Elisha.

"Sorry babe.."kata Elisha dengan bibir bawah dijuihkan.

"Dan hang! Aku tak mau hang tunjuk muka hang depan Vy lagi. Kalau dak.. ni! Lebam biji mata hang! Jom Lisha"penumbuk Kaira diangkat dihadapan wajah Arif. Mereka berdua mengejar langkah aku yang sudah jauh nun dihadapan.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

"Minus, report terbaru".

"Saya mendapati Layth mempunyai seorang anak lelaki. Nama dan dimana anaknya berada masih belum dikenalpasti. Dan saya yakin bahawa anak dia merupakan pewaris untuk topeng putih".Jelas Minus.

"Baik. Avyren, Harraz, aku nak kau berdua selidik siapa orang dalam yang dah bocorkan misi kita tempoh hari. Aku tak nak orang tu terlepas".

"Baik Kapten"kata Harraz dan Avyren serentak.

"Hacker, kau cari maklumat tentang anak Layth. Misi kita akan bertambah rumit jikalau anak dia berjaya mengambil alih".

"Baik Kapten"kata Hacker.

"Baiklah, semua boleh jalankan tugas masing-masing"kapten terus mengatur langkah keluar.

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now