Quarantatre[43]

282 20 0
                                    

Pintu bilik di hempas kuat sehingga menyentakkan seorang perempuan yang sedang duduk di meja kopi sambil memandang kertas yang terlakar strategi perancangan tugasnya.

"Kau dah kenapa? Tak reti ketuk pintu dulu ke?"tanya perempuan itu.

"Eh! Perempuan! Apasal kau tak jalankan tugas kau lagi?! Dah sebulan aku bagi kau masa! Lembablah kau ni!"tengking Trizz.

"Kau boleh sabar tak? Benda ni kena rancang betul-betul. Kau nak rancangan kali ni musnah ke? Huh?! Ketua konon. Benda macam tu pun tak boleh nak fikir ke"herdik perempuan itu.

Dengan perasaan geram, Trizz menghampiri perempuan itu lalu mengcekak leher gadis itu kuat.

"Eh! Perempuan, kau jangan nak berlagak dengan aku. Kau kena sedar sikit diri kau tu. Kau buat je lah apa yang aku suruh!"wajah perempuan itu ditolak kasar.

Perempuan itu sekadar memandang Trizz dengan pandangan menikam. Buat masa ini memang dia tidak mampu untuk melawan.

"Aku nak kau jalankan tugas kau tu secepat mungkin. Kalau tak, kau tahu apa yang aku akan buat dekat kau"kata-kata ancaman yang di lontarkan oleh Trizz sudah lali didengan oleh perempuan itu. Anak matanya hanya menghantar bayang Trizz keluar dari bilik itu.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

"Abang, jom kita tengok barang baby dekat kedai tu"ajak ku menarik lengan Daren agar mengikuti ku.

"Nak cari apa lagi sayang, semua barang kita dah beli. Apa lagi yang tak cukup ni?"tanya Daren lembut.

"Hari tu, I ada tengok satu kerusi dodoi baby ni dalam instagram. I nak beli untuk baby kita boleh?"tanya ku.

"Nak buat apa? Sayang, nanti baby tidur atas katil juga. Sayang ada, abang ada, ibu ada, semua orang ada boleh tengokkan baby kita nanti".

"No, i nak juga kerusi dodoi tu. Jom"aku bertegas mahu membeli kerusi dodoi untuk anak aku nanti.

Sedang aku melangkah, tiba-tiba mata aku terpandang ke arah sebuah kedai makan yang ada di sebelah kedai barangan bayi. Mata aku kecil kan.

"Oh! My! No!"Tutur ku.

"Kenapa ni?"tanya Daren.

"Abang, jom ikut I. Darah I dah menggelegak ni"kata ku lantas menarik tangan Daren mengikuti langkah aku ke kedai makan itu.



"Oo.. ini kerja korang ya!"meja ku hentak dengan amarah.

"Sayang.. jangan macam ni please. Malu dekat orang."pujuk Daren.

"Adik, a..aa.. Uda.."tergagap Azrai mahu menjelaskan perkara sebenar.

"Apa? Sanggup Uda rahsiakan perkara ni dari adik. Why? Dengan kawan adik pula tu"marah ku.

"El, sanggup you tikam belakang I. Why you didn't tell me about this? Huh?"soal ku kepada El yang diam membatu.

"Adik, calm down. Duduk dulu. Biar Uda jelaskan. Malulah dekat orang terpekik-pekik macam ni"pujuk Uda.

Dada aku naik turun menahan amarah. Kerusi aku tarik lalu aku melabuhkan duduk aku di hadapan Uda dan Elisha begitu juga Daren turut melabuhkan punggungnya di sisi aku.

"Okay. Now explain. Jangan tinggal sikit pun. If adik dapat tahu, i will kill you both"ancam ku. Anak mata ku menikam anak mata Elisha dan Uda. Boleh pula diorang bercinta tanpa pengetahuan aku.

"Babe, i'm sorry. Um.. I tahu you marahkan I bila I bercinta dengan abang you. But abang you je yang faham I. Kita orang dah bincang nak bagitahu you pasal ni, cuba kami perlu masa yang sesuai untuk bagitahu you. Please Vy, maafkan I. I tak boleh nak tipu perasaan I."tutur Elisha mengganggam tangan aku erat.

Aku diam. Raut wajah El dan Uda aku pandang. Mungkin aku terlalu menekan akan perhubungan abang-abang aku. Aku tahu, abang-abang aku berhak untuk mencari siapa suri hatinya. Tapi, aku hanya mahukan yang terbaik buat abang-abang aku.

Sejak Along sudah berumah tangga, sedikit pun kasih sayang along tidak kurang buat aku. Mungkin sangkaan aku selama ini salah. Abang-abang aku berhak memilih.

"Baiklah. Adik maafkan. Adik sedar, yang kasih sayang Uda nanti tidak akan berkurang sedikit pun walaupun Uda sudah menikah."tutur ku menarik senyum.

"Betul.. Adik seorang je princess yang Uda ada. Dah tak ada orang lain". Senyuman di lemparkan. Senang hati Azrai apabila mendengar tutur kata dari adiknya itu.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Pintu kayu berwarna putih aku ketuk dengan diiringi sahutan salam. Tiada sahutan kedengaran. Aku menoleh ke arah Elisha di sisi. Kening ku angkat.

"Cuba ketuk lagi. Maybe dia dalam toilet kut"kata Elisha.

Aku mengetuk pintu itu sekali lagi tetapi lebih kuat dari sebelumnya. Tidak lama kemudian, pintu dibuka dari dalam. Terpancul susuk Kaira di hadapan pintu dengan wajah yang muram.

"Are you okay Kaira?"tanya ku.

"Aku ada masalah lah.."keluh Kaira. Pintu dibiarkan terbuka dan kakinya menapak ke ruang tamu. Aku dan Elisha membuntuti Kaira yang mengeluh panjang.

"You cakap ada problem. Problem apa yang sampai suruh kami berdua datang ni?"tanya Lisha melabuhkan duduk di atas sofa begitu juga dengan aku.

"Hangpa taukan syarikat papa aku tu ada problem"kata Kaira menutur kata.

"Yes we know, that why we came here"kata ku pula.

"Sebelum aku minta tolong dengan hangpa, aku nak mintak maaf dulu"ujar Kaira.

Dahi aku berkerut seribu. "Kenapa nak minta maaf pula. We are friends, kita kena tolong kalau salah satu antara kita tengah susah. That is call friends".

Kaira mengangkat kepalanya memandang aku dan Elisha silih berganti.

"I'm sorry guys"ucap Kaira seraya mengangguk kepalanya seakan-akan sedang memberi arahan kepada seseorang.

Secara tiba-tiba, dua orang menekup mulut aku dan Elisha menggunakan kain kecil. Aku meronta untuk melepaskan diri. Air mata aku mula bergenang, anak mata aku melihat telus ke mata Kaira yang dibelenggu serba salah. Rontaan aku lama kelamaan makin melemah. Akibat bau yang sangat menyengat datang dari kain kecil yang ditekup ke mulut aku itu, membuatkan kepala aku pening dan pandangan aku mula kabur. Akhirnya pandangan aku kelam dan tidak sedarkan diri begitu juga dengan Elisha.

"HAHAHAHAHA!! Well done Kaira. That my girl"hilaian tawa seorang lelaki bergema di ruang tamu itu.

"Aku dah jalan kan tugas aku. Dan aku tak nak ada kaitan lagi dengan kau, Trizz"kata Kaira.

"Tsk! Tsk! Tsk! Relax honey, aku ada sesuatu untuk kau buat kali yang terakhir". Sinis Trizz dengan senyuman senget.

Bukk!

Tumbukan kuat diberikan diperut Kaira. Kaira terduduk kesakitan dan akhirnya dia jatuh pengsan tidak sedarkan diri.

"Kau, kau dan kau! Bawa perempuan-perempuan ni ke markas!"arah Trizz.

"Baik boss"orang suruhan Trizz akur.

"Kau nak main dengan aku Avyren. Sekarang kau tengok siapa yang permainkan siapa, Ayren. Atau lebih tepat lagi, Daren Emeir."

Trizz ketawa puas hati melihat kejayaannya setakat itu. Dia mengatur langkah meninggalkan kawasan tumah Kaira dan kembali ke markasnya.


Bersambung...

Sis tak ada nak cakap apa-apa just enjoy reading. Jangan lupa vote

Amore❤️‍🔥

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now