Quattordici [14]

549 51 6
                                    

"Kau memang tak sah kalau tak cedera setiap kali pergi bertugas"omel Harraz membalut lengan Avyren yang terluka.

"Alah kau ni. Kerja macam kita ni memang akan berdepan dengan keadaan macam ni. Setiap kali kita pergi misi, maut memang akan ada hujung tanduk je"kata Avyren.

"Kau ambik cuti jelah bro. Tak lama lagi kau nak kahwin. Takut kesian dekat tunang kau. Tak sempat nikah kau dah k.o".

Pap!

Laju tangan Avyren menghempuk kepala Harraz. Harraz mengaduh dengan tangan menggosok kepalanya.

"Kau doakan aku mati ke?"angin Avyren.

"Tak.. aku tak doakan. Aku cuma cakap je. Kau ni pun..kata kental. Takkan benda macam tu pun nak sentap".

"Setiap tutur kata adalah doa"Avyren bangkit dari duduknya. Kaki mengorak langkah pergi.

"Satu lagi. Jodoh ajal maut semua ditangan tuhan. Aku buat kerja ni bukan suka-suka. Dan aku tahu Allah ada. Selamat atau tak, itu terserah kepada-Nya. Yang penting aku usaha"sambung Avyren lagi tanpa menoleh. Kakinya dihayun pergi.

"Oi! Aku tak Aamiin pun lah"sahut Harraz. Dia mengeluh berat. Sukar ditebak angin kawannya itu. Selalu sahaja dingin. Mungkin terbawa dengan tugas yang perlu dipikul.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Aku berjalan beriringan bersama Elisha dan Kaira sambil mengjinjing beg yang berisi bola bowling dan peralatan bermain bowling. Dibelakang aku diekori oleh tiga jejaka. Turut menjinjing beg ditangan masing-masing.

Kami ke lorong yang sudah ditetapkan oleh pihak penganjur. Kami mengambil tempat duduk dan bersiap sedia untuk perlawanan.

Tidak lama kemudian, cikgu Mahmud datang dengan membawa kertas kehadiran.

"Arif Azfar?"panggil Cikgu mahmud.

"Saya cikgu"jawab Arif. Cikgu menanda kehadiran nama yang dipanggil.

"Yunus".

"Saya". Yunus menjawab seraya meletakkan bola bowlingnya ditempat bola.

"Daren Lutfi".

"Ada"jawab Daren mengemaskan sarung tangan bowlingnya.

"Elisha, Kaira, Avyana"serentak Cikgu Mahmud memanggil nama aku dan kawan-kawan aku.

"Here"jawab kami bertiga serentak.

"Okay. Cikgu nak selesaikan beberapa urusan sekejap. Kamu semua boleh warm up dulu"ujar cikgu Mahmud dan terus berlalu.

Seusai cikgu pergi, aku, Elisha dan Kaira memulakan pemanasan. Kami menghadap sesama sendiri sambil membuat regangan supaya tidaklah berlaku kekejangan otot sewaktu berlawan nanti.

"Tangan kanan dulu tau"ujar ku meregangkan tangan ke hadapan.

"One, two, three, four.."

Sewaktu aku membuat pemanasan, aku dapat melihat melalui ekor mata ku; terdapat beberapa orang pelajar lelaki sekolah lain memandang ke arah kami. Aku tidak mengendahkan dan melanjutkan pemanasan.

Tidak disangka, tiga orang lelaki yang berada di lorong sebelah datang menegur.

"Hai awak. Yang tudung biru tu. Boleh berkenalan tak?"tanya salah seorang dari mereka.

Aku menjeling. Yelah.. siapa lagi yang pakai tudung antara kami bertiga kalau bukan aku.

"Sombonglah awak ni. Awak single ke taken"soal lelaki itu lagi.

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now