Ventisei [26]

576 50 16
                                    

"Wah!! Bestnya!!"teriak ku keriangan sambil memusingkan badan aku ditengah-tengah bilik. Lalu badan aku rebahkan diatas katil.

"Huh! Such a kid"kata Daren menanggalkan jam tangannya di atas meja.

"What did you say?"tanya ku bangun dari pembaringan. Anak mata aku tajam merenung Daren.

"You look like kid"kata Daren tanpa rasa takut.

"Kalau I kebudak-budakkan pun kenapa? I'm still 18. Or, you malu ada wife budak-budak macam I"sembur ku geram.

"Kau nak cari gaduh dengan aku ke apa?"tanya Daren menghadap aku.

"No, I'm just asking".

"Aku malas tau nak layan soalan merapu kau ni. Baik aku tidur lagi bagus"Daren merebahkan badannya diatas katil. Tangan kanannya di letakkan di atas dahi. Mata dipejam rapat. Malas mahu melayan karenah seketul Avyana.

"Ee!! Okay. Fine. You wait. I akan buat you rasa erti cemburu. Humph!". Aku membawa beg pakaian aku ke dalam bilik mandi lantas pintu aku hempas kuat.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Daren mengeluh berat. Belakang badan di sandar pada dinding bersebelahan pintu bilik mandi sambil berpeluk tubuh. Sesekali dia mengetuk pintu bilik mandi apabila merasakan dirinya terlalu lama menunggu diluar.

"Oi! Kau buat apa ha?! Lama sangat dalam tu. Kita nak pergi makan je pun"kesal Daren. Aku yang berada didalam bilik mandi hanya diam. Malas mahu menjawab. Rasa kesal aku kepada Daren masih lagi tersisa.

Tahap kesabaran Daren sudah mula berkurang. Dia sudah tidak sabar lagi menunggu terus dia mengetuk pintu bilik mandi lagi tetapi kali ini lebih kuat sehingga menyentakkan aku yang berada didalam.

"Oi! Kau buka pintu ni sebelum aku pecah masuk!"sahut Daren. Nada suaranya sudah naik seoktaf.

Tanpa menunggu lagi, Daren membuka kakinya untuk merempuh. Dalam pada itu aku membuka pintu bilik mandi siap mengenakan tudung hitam, berbaju hitam dan kain labuh bercorak bunga kecil. Sesuai sangat dengan bertemakan pantai.

Terkedu Daren melihat aku yang berada dihadapan pintu. Aku menjungkit senyum. Tergodalah tu. Huh! Aku mengorak langkah keluar dari bilik mandi.

"Ehem! Excuse me, boleh ke tepi sikit tak? I nak lalu"kata ku. Daren tersedar lantas memberi aku laluan. Aku tersenyum bangga.

'Yes! Step one, success. Lepas ni kita akan ke step two. Misi buat Daren cemburu bermula'getus hati aku sinis.


Dari tadi dahi Daren asyik berkerut memandang aku. Entah apa yang dia tidak puas hati pun tak tahu. Aku pun apa lagi, buat tak tahu je lah.

"Kau pakai lawa-lawa macam ni nak suruh siapa tengok kau? Jantan lain?"tanya Daren tiba-tiba. Drastik aku mengangkat wajah memandang Daren. Membulat mata aku mendengar ayat kasarnya itu.

"You, i bersiap lawa-lawa ni untuk you tau"kata ku.

"Kalau untuk aku, baik dalam bilik je. Tak payah tempat awam macam ni".

"Hey, are you jealous ha? Sejak bila Daren Emeir ada rasa cemburu ni?"kening aku terjungkit. Masuk perangkap.

"No. Buat apa aku nak cemburu? Eleh! Setakat pakai macam tu siapa je yang nak pandang kau"nafi Daren mengalihkan pandangannya dari menghadap aku.

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now