Sessantadue [62]

236 17 0
                                    

Daren menghantar aku dan Dyan pulang hingga ke hotel. Langkah aku terhenti ketika memasuki lobi apabila melihat Uda sedang menunggu kepulangan aku di lobi.

"Uda"panggil aku. Lantas Uda berdiri menghampiri kami.

"Aku minta maaf Daren. Tapi, adik aku berhak tahu yang kau hidup lagi"tutur Uda.

"Terima kasih. Sebab pertemukan aku dengan Vy dan anak aku"Daren merekah senyum. Memang pada awalnya dia marah dengan Uda. Tapi, pertemuan itu cukup membuatkan dia gembira.

"Kau tak marah aku?"tanya Uda.

"Awalnya memang aku marah. Tapi bila aku tengok Vy dan Dyan, hati aku senang. Terima kasih bro"bahu Uda di tepuk Daren.

Uda menghela nafas lega dengan lemparan senyum gembira. Melihat wajah adiknya tersenyum bahagia membuatkan dirinya turut gembira. Senyuman yang lama tidak terlakar di bibir seorang Avyana Estella.

"Abang, abang tak nak tidur sini?"soal ku kepada Daren.

"Emm.. maybe next time. Okay? Abang still ada kerja yang perlu diselesaikan"jawab Daren dengan senyum.

"Okay.. Vy faham"jawab ku.

"Dyan, salam daddy"ujar Uda menyuruh Dyan menyalami tangan Daren.

"Eh! Uncle ni daddy Dyan ke?"soal Dyan pelik. Dia masih lagi tidak mengetahui bahawa lelaki dihadapannya itu ialah ayahnya. Jika nak di bandingkan dengan gambar yang Dyan selalu tengok dengan Daren yang sekarang memang jauh beza. Dulu Daren masih kelihatan muda dan berambut pendek. Sekarang sudah sedikit berusia dengan di tambah pula kumis dan rambutnya yang panjang separas leher.

"Iya Dyan.. unclelah Daddy Dyan"kata Daren melutut menyamakan tingginya dengan Dyan.

Dengan senyum girang, terus Dyan memeluk leher Daren kemas. Gembira benar dia apabila mengetahui lelaki yang selama ini dipanggilnya uncle ialaha ayahnya sendiri.

"Yeay! Dyan ada daddy!"sorak Dyan.

"Kawan Dyan tak boleh ejek Dyan lagi!"soraknya lagi.

Mendengar bicara itu, terus membuatkan Daren tersentak. Pelukan di leraikan. Laman wajah Dyan di pandangnya.

"Siapa yang ejek anak daddy? Dia ejek apa?"soal Daren.

"Adib. Dia cakap Dyan tak ada Daddy. Boo. Haa.. macam tu"adu Dyan.

Kening Daren terjungkit sebelah. Kenapalah budak-budak sekarang ni sudah pandai berkata perkara yang tidak baik sebegitu. Macam manalah ibu dan bapa mendidik anak-anak mereka.

"Lepas ni.. Dyan cakap yang Dyan ada Daddy. Daddy Dyan hebat. Okay?"tutur Daren.

"Okay".

Daren tersenyum apabila Dyan juga tersenyum sambil tangannya mengelus kepala Dyan. Daren berdiri menghadap aku yang setia memandangnya dari tadi.

"Abang pergi dulu. Esok abang datang jenguk lagi"kata Daren mengelus kepala aku. Aku mengangguk dan menyalami tangannya. Tubuhnya ku dakap erat sekilas, lalu melepaskan pelukan.

Daren menapak pergi sambil melambai ke arah aku dan Dyan. Akhirnya doa aku selama ini termakbul jua. Mungkin ramai yang mengatakan bahawa ianya cliche. Tapi itulah hakikatnya yang terjadi. Ajal, maut dan jodoh semua ditangan tuhan. Dalam Al-Quran juga ada menyatakan. Kun fayakun, jika Tuhan berkehendak ianya jadi, makan jadilah ia.

Sekarang aku harus bersyukur dengan keizinan tuhan mahu pertemukan aku kembali dengan Daren. Aku berharap agar selepas ini, keluarga kecil aku akan kembali bahagia.

"Adik, jom naik. Dah sejuk dah ni. Nanti Dyan demam pula"tegur Uda.

"Okay"jawab ku. Lantas aku memimpin tangan Dyan mengikuti Uda untuk naik ke appartment.



Avyren [✔️]Where stories live. Discover now