Venti [20]

611 57 19
                                    

Hari ini aku harus ke sekolah bagi menyelesaikan urusan pemberhentian sekolah aku. Aku memasuki perut kereta di bahagian penumpang. Daren yang duduk di tempat pemandu aku pandang sekilas. Tali pinggang aku pakai. Seusai aku memasang tali pinggang keledar, Daren terus memandu keluar dari pekarangan rumah.

Sepanjang perjalanan, hanya suara dj radio sahaja yang memecahkan kesunyian antara aku dan Daren. Oleh disebabkan soalan aku semalam, satu hari Daren tidak bercakap dengan aku sampailah sekarang. Jika di tanya, sepatah saja dia menjawab. Salah aku ke?

"You, you memang tak nak bercakap dengan I langsung ke?"soal ku memecah kesunyian. Geram juga aku dengan perangai Daren ni. Angin tak tentu pasal.

"Tak ada benda penting untuk aku cakap"tutur Daren senada.

"I tak sukalah you jadi Daren macam ni.."rungut aku menjuihkan bibir bawah aku. Daren menoleh aku sekilas.

"Habis tu kau nak aku jadi Emeir? Aku rasa kau yang akan takut berdepan dengan aku kalau aku jadi Emeir"kata Daren sinis.

"Why not. Kalau you jadi Daren and selalu annoying buat apa. Baik you jadi Emeir". Jeling aku.

"Dengan perangai Daren tu juga kau terpikat dengan aku kan? Huh!". Aku terdiam seribu bahasa. Kan dah kena setepek di muka aku.

Aku bersandar kuat sambil berpeluk tubuh. Wajah aku tak usah cakaplah, cemberut habis. Dah macam tempoyak basi dah.

'Kau memang suka ke memalukan diri sendiri Avyana? Haih.. dah lah kau tergila-gila kan dia dulu. Sekarang kau cakap dia annoying pula. Kau ni bodoh lah'omel hati ku sendiri.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

"So, kamu pasti ke nak berhenti ni?"tanya pengetua.

"Ya cikgu. Disebabkan saya dah berkahwin ni, tak naklah nama sekolah jadi buruk. Lagi pun abang-abang saya suruh saya sambung belajar dalam A-level"jawab ku.

"Baiklah kalau itu keputusan kamu. Tapi, tak sangka pula ya; kamu yang ting tong macam ni berkahwin dengan Daren pelajar cemerlang sekolah".

'Eh! Sedap pula cikgu ni cakap aku ting tong. Aku tingtong kepala cikgu ni baru tahu'getus hati aku.

Aku menarik senyum paksa. Pengetua menurunkan tanda tangan dan cop bagi meluluskan pemberhentian sekolah aku.

"Baiklah. Ini cikgu dah luluskan. Cikgu ucapakan selamat maju jayalah dengan pengajian kamu nanti. Dan selamat pengantin baru untuk kamu berdua".

"Terima kasih cikgu. Kami minta diri dulu"ucap Daren.

Kami menapak keluar dari pejabat pengetua. Aku menarik senyum paksa sempat Daren mencubit lengan aku disebabkan aku menarik muka. Aku menggosok lengan aku yang dicubit Daren. Renungan tajam Daren aku balas. Laju saja aku menapak ke kereta. Kesal.

"Perlu ke kau buat muka macam tu depan pengetua?"tanya Daren sebaik sahaja memboloskan dirinya ke dalam kereta.

"Kenapa? Salah ke? Dia yang cakap I ting tong".

"Memang betul kau ting tong pun".

"Eh! You ni..!"Jari telunjuk aku tunding ke wajah Daren.

"Aku apa?"Daren menggenggam tangan aku. Wajahnya di dekatkan menghampiri aku.

"Ish! I merajuk dengan you! Humph!"aku merentap tangan aku dan terus memalingkan badan aku membelakangi Daren.

Hujung bibir Daren menarik senyum. Dia memandu keluar dari pekarangan sekolah.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Aku memandang ke luar tingkap. Sedikit pelik dengan jalan yang Daren lalui. Ini bukan jalan balik rumah ni? Mana dia nak bawa aku?

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now