Sessantuno [61]

239 20 0
                                    

Hari ke tiga di German. Kota klasik yang tidak pernah membuat aku jemu untuk menikmati suasana di sini. Memandangkan hari ini merupakan hari minggu, jadi ramailah penduduk di German ini keluar untuk bersiar-siar dan membeli belah.

Aku dan Elisya berjalan seiring menuju ke sebuah kedai dimana menjual pakaian wanita yang menarik minat kami. Lantas kaki ni laju saja melangkah. Dyan yang memegang tangan aku erat turut mengikut jejak aku.

Uda mengeluh berat melihat kami yang begitu teruja. Melihat isterinya yang sakan membeli membuatkan dia tergeleng kepala ditambah pula Mina di jaga olehnya. Memang rancaklah dia membeli.

"Inilah perempuan. Pantang ada peluang sikit terus langkah kanan. Mina.. nanti dah besar jangan jadi macam mama tau. Bankrup papa nanti"tutur Uda sendiri sambil berbicara dengan Mina yang ada dalam kendongannya.

"Weh.. Vy, cantiknya yang ini"Elisya mengangkat sehelai baju blouse paras lutut yang menarik minatnya.

"Ha'a cantik"jawab ku. Tanpa disedari, pegangan tangan Dyan terlepas dari tangan aku.

Dyan meninjau sekeliling kerana bosan menunggu mummynya berbelanja. Tiba-tiba anak matanya menangkap satu kelibat yang melintasi kedai. Bibirnya perlahan-lahan mengukir senyum lebar. Lantas dia berlari keluar dari kedai mengekori kelibat itu tanpa disedari oleh sesiapa.

Aku beralih ke bahagian pakaian kanak-kanak yang terdapat didalam kedai itu. Sehelai demi sehelai aku belek sehingga aku menemui sehelai baju yang menarik perhatian aku. Baju itu aku ambil dan aku angkat ke udara bagi melihatnya dengan lebih jelas.

"El, baju ni cantik kan? Sesuai tak untuk Dyan?"soal ku kepada Elisya.

"Cantik. Cuba tanya Dyan dia nak tak baju tu"balas Elisya.

"How Dyan? You want-"tutur ku terhenti apabila anak mata aku tidak melihat kelibat Dyan bersama aku.

"Dyan.. jangan main sorok-sorok dekat sini sayang. This is not time to play"ujar ku mencari kelibat Dya di sebalik pajangan baju.

Setelah puas aku mencari tapi tidak juga ditemui, terus membuatkan aku panik. Kerisauan aku mula memuncak. Jantung aku mengepam laju. Melilau mata aku mencari Dyan bersama rasa resah yang menyatu didalam diri.

"El, Uda. Dyan tak ada"ujar ku tidak tentu hala.

"What? Macam mana boleh hilang? Tadi dia dekat mana?"soal Uda turut sama kerisauan. Ditambah pula kami kini berada di negara orang.

"I was holding his hand all the time"aku memegang kepala. Aku tidak dapat menenangkan diri. Dada aku berombak laju sehingga aku merasakan seperti mahu pitam.

"Adik! Breath. Yayang, pegangkan Mina"Uda menyerahkan Mina kepada Elisya. Dia berdiri disamping aku dan belakang badan aku di gosoknya agar aku mengawal pernafasan aku. Kalau tidak, nanti satu hal pula jikalau aku pengsan dekat situ.

Aku mengatur nafas perlahan bagi menenangkan diri aku terlebih dahulu. Setelah itu barulah kami berlalu untuk mencari Dyan di luar kedai.




Dyan mengekori seorang lelaki dari belakang tanpa lelaki itu menyedari akan kehadirannya. Apabila lelaki itu melintasi jalan, Dyan turut sama mengekori. Akan tetapi, disebabkan kaki Dyan yang pendek membuatkan dia tidak sempat melintas jalan dan lampu melintas sudah pun bertukar merah. Tergopoh-gopoh Dyan mengejar langkah lelaki itu.

"Uncle!"panggil Dyan. Lantas lelaki itu berpaling.

Membuntang matanya melihat Dyan berlari mendapatkannya. Tika itu, bunyi hon yang kuat turut mengejutkannya. Melihat kereta yang laju itu menuju ke arah Dyan, pantas dia berlari mendapatkan Dyan dan menarik Dyan ke tepi jalan.

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now