Sessantasette [67]

216 16 2
                                    

Sebulan sudah berlalu. Satu perkhabaran pun tidak sampai pada aku. Daren menjanjikan aku untuk pulang ke Malaysia. Tapi, masih tiada sebarang jawapan darinya. Kata Uda, kerja Daren masih belum selesai di sana. Jiwa aku jadi terkesan dengan kata-kata Uda. Mana janjinya?

Kaki melangkah keluar dari lif. Langkah ku atur ke pejabat Putra bagi menghantar fail yang perlu disemak olehnya. Pintu pejabatnya aku ketuk tapi tiada sebarang sahutan didengari. Sekali lagi pintu pejabat aku ketuk. Juga tiada sahutan. Kening ku bertaut hairan. Tombol pintu aku pulas dan daun pintu aku kuak.

Aku terkedu. Anak mata aku membuntang melihat keadaan bilik Putra yang di timbuni fail di atas meja. Di lihat dari timbunan fail di atas meja ini sudah dapat di agak bahawa Putra tidak masuk ke pejabat dalam tempoh yang agak lama.

"Nani!"sahut aku memanggil setiausaha Putra. Pantas Nani bergegas mendapatkan aku.

"Ya Puan"jawab Nani berdiri di muka pintu dengan raut wajah sedikit cuak. Kening ku jungkit sebelah melihat Nani. Sebelum ni tak ada pula dia nak cuak macam ni bila jumpa aku. Lepas satu syarikat heboh mengenai aku merupakan anak kepada pengarah syarikat ini, terus masing-masing berubah sikap.

"Putra mana? Kenapa fail bertimbun macam ni?"soal ku.

"Maaf puan. Encik Putra dah sebulan tak masuk office".

Mendengar jawapan itu membuatkan aku sedikit terkejut beruk. Reaksi wajah aku terus berubah cengih. Nani menundukkan wajahnya apabila melihat aku seperti menahan amarah.

"Dah sebulan tak masuk office?! Tapi tak ada sesiapa yang inform?! Awak tu setiausaha tau! Awak buat apa je datang kerja! Mengelamun!"meletus amarah aku. Walaupun jawatan aku lebih rendah dari Putra, tapi aku juga bertanggungjawab atas syarikat ini.

Nani diam tertelan kata. Pandangannya hanya tertumpu pada lantai. Tidak berani untuk mengangkat wajahnya bertentang mata dengan aku.

"Awak pergi department HR, bagitahu dia untuk jumpa saya di bilik Tuan Anaz sekarang!"arah ku lantas berlalu meninggalkan Nani di situ.

Tanpa berlama, dia segera ke bahagian HR bagi memanggil Kak Suzila selaku pegawai HR yang bertanggungjawab bagi mengendalikan hal ehwal pekerja di Legasi Kayangan ini.




Aku menerobos masuk ke dalam pejabat Tuan Anaz tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Kelihatan dua orang lelaki duduk di hadapan meja Tuan Anaz menoleh memandang aku.

"I need to discuss with you now!"tekan aku.

"What's wrong?"tanya Tuan Anaz.

"Both of you get out now"tegas ku. Pantas dua orang lelaki itu keluar.

"Adik, relax. Why you so bossy ni?"tanya Tuan Anaz tenang.

"Yes, i am now. Did you know yang Putra dah sebulan tak masuk office? Fail bertimbun atas meja"tutur ku melabuhkan duduk di atas kerusi di hadapan meja Tuan Anaz.

"Really? Along tak ada dapat maklumat apa pun"Tuan anaz sedikit terkejut mendengar kenyataan yang keluar dari mulut aku.

"Yes. Adik dah panggil HR dengan Nani untuk datang sini". Aku menghela nafas berat.

Tuan Anaz melihat aku terjungkit senyum. Dahi aku berkerut melihat Tuan Anaz tiba-tiba sahaja tersenyum macam tu.

"Along senyum-senyum kenapa? Adik tengah panas ni boleh pula senyum-senyum"kata ku geram.

"I know you have potential to manage this company. But why you let it go?"soal Tuan Anaz.

"Adik tak nak ambil risiko untuk Dyan"jawab ku mendatar.

Ketukan pintu menarik perhatian aku. Tuan Anaz menyahut dan menyuruh gerangan itu untuk masuk. Anak mata aku mengekori Kak Suzila dan Nani masuk dan berdiri di hadapan aku dan Tuan Anaz.

Masing-masing diam membisu. Melihat kebisuan mereka berdua makin menambahkan bara di hati aku. Anak mata aku menikam mereka berdua.

"Suzi, kenapa tak take action on Putra? And why you tak inform I?"soal Tuan Anaz tegas tapi masih lagi berlembut.

"Saya minta maaf Tuan. Putra cakap dia dah inform Tuan dan dah dapat kelulusan cuti dari Tuan"tutur Suzila.

"Kalau dia ada inform tak ada pula saya suruh Kak Suzi datang sini!"marah ku sambil menghentak meja. Terjungkit bahu Suzila dan Nani.

"Adik, calm down". Aku merengus geram. Boleh pula along tenang bila situasi macam ni. Ni kalau along tak ada ni, dah makan makian dah dua orang ni dengan aku.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Siang sudah melabuhkan tirainya. Lampu bilik Dyan aku tutup. Pintu bilik aku tutup rapat setelah memastikan Dyan sudah lena. Kaki aku melangkah ke bilik tidur aku. Lampu tidur aku pasang dan suasana bilik aku menjadi gelap hanya dibiasi cahaya lampu tidur di sisi katil dan cahaya bulan yang menembus masuk ke dalam bilik.

Jubah tidur aku tanggalkan dan aku sangkut pada penyangkut kayu. Kaki ku atur ke pintu jendela. Keluhan berat aku hela. Langsir aku tarik bagi menutupi pintu jendela. Satu persatu kaki aku menapak menjauhi pintu jendela.

Tiba-tiba aku merasakan tiupan angin yang kuat dari arah belakang. Jantung aku berdegup kencang. Perlahan-lahan aku menoleh ke belakang. Melihat langsir yang berkibar di tiup angin malam dan pintu jendela yang terbuka membuatkan wajah aku berubah pucat.

Kelihatan kelibat bayangan seorang lelaki bertenggek di atas pagar jendela bilik aku. Biasan cahaya bulan dari belakang membuatkan aku sukar untuk melihat wajah lelaki itu.

"Are you waiting for me?"

Aku tersentak mendengar akan suara itu langsung membuatkan air jernih bergenang di tubir mata. Kaki aku satu persatu menapak mendekati lelaki itu tanpa di pinta. Sedikit demi sedikit laman wajah lelaki itu kelihatan.

Tangan menyentuh bibir bagaikan tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Senyuman tidak lekang terlakar di bibir lelaki itu.

"Daren Emeir"tutur ku dengan suara bergetar menahan sebak di dada.

"I'm back sayang"tuturnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"I'm back sayang"tuturnya. Terus empangan air di tubir mata aku pecah. Pantas aku berlari anak dan jatuh ke dalam dakapannya.





Bersambung...

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now