Settanta [70]

248 16 0
                                    

Kenderaan di berhentikan tidak jauh dari tempat kediaman di mana aku di tangkap. Pasukan Turbo keluar dari kenderaan, sedia dengan senjata di tangan masing-masing. Langkah di atur cermat tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

"Turbo 1 ke arah sana"arah Daren menunjukkan ke arah kanan.

"Turbo 2 ke sana"tangannya di tunjukkan ke arah kiri.

"Yang lain follow aku. Move, move"arah Daren.

Mereka berpecah kepada tiga kumpulan. Kumpulan Daren maju merempuh masuk ke dalam mansion milik Putra. Keadaan di situ sungguh sunyi. Sepertinya Putra sudah bersiap-sedia dengan kedatangan Daren. Tiba-tiba bunyi letupan yang amat kuat menarik perhatian mereka.

"Turbo 1 down! Turbo 1 down!"sahut salah seorang dan kumpulan 1 melalui alat komunikasi. Lantas itu, kedengaran bunyi tembakan yang menyusul melalui gegendang telinga.

"Daren, watch your step"ujar Azrai. Daren mengangguk faham.

Tanpa dia sedari, kakinya terpijak satu butang yang di tutupi batu-batu kecil. Terus ledakan bom meletop betul-betul di hadapan mereka. Terpelanting mereka berlima akibat ledakan itu.

Pandangan Daren kabur. Suara sayup-sayup memanggilnya kedengaran berselang dengan bunyi desingan telinga akibat letupan itu. Daren menggongcangkan kepalanya agar kembali sedar. Senjatanya yang tercampak tidak jauh dari situ di ambil. Anak mata Daren menangkap kelibat beberapa orang yang berselindung di balik dinding sedang mengacukan senjata ke arah mereka

"UNDUR! UNDUR!"tempik Daren.

Pantas mereka berundur bersembunyi di balik tembok melindungi diri dari di tembak. Tembakan di sasarkan tanpa henti. Otak Daren ligat memikirkan cara untuk terus maju.

"Turbo 2 in"telinga menangkap maklumat yang di sampaikan dari kumpulan dua.

"Daren masuk"panggil satu suara melalui alat komunikasi.

"Teruskan"kata Daren.

"Avyana berada di tingkat 3 bahagian timur".

"Lokasi Dyan!".

"Sorry Daren. Aku tak dapat kesan lagi".

"S**t!"kata Daren kesal.

Bunyi tembakan sudah makin reda. Sekarang tiba masanya untuk mereka membalas tembakan.

"On my count! Three! Two! One! Move!". Mereka keluar dari persembunyian dan terus melepaskan serangan balas. Bunyi tembakan yang bertalu-talu bergema di seluruh mansion.




Badan aku tersentak bangun dari pembaringan apabila terdengar bunyi ledakkan. Jantung aku terus berdegup kencang. Serta-merta mimpi buruk yang terjadi pada aku 5 tahun lalu berputar kembali.

Rantai di kaki aku rentap berkali-kali untuk melepaskan diri. Tetapi masih tidak membuahkan hasil. Tika itu, hati aku gusar memikirkan Dyan. Dimana mereka menyembunyikan anak aku.

"Wah... rancak eah dia orang. Dimana-mana ada bunyi tembakan"kata Putra tertawa puas memasuki bilik. Anak mata aku memandangnya tajam. Sungguh di lubuk hati aku ini ingin membunuh sahaja syaitan itu.

"Mana anak aku!"tempik ku.

Putra menoleh ke arah aku. Anak matanya menikam anak mata aku. Kelihatannya dia benar-benar marah. Dia mendekati aku dengan senyum menyeringai. Pantas aku mengesot ke belakang kerana gerun. Akan tetapi, tangan Putra lebih pantas menjambak rambut aku dan digenggam kuat. Aku terjerit kesakitan.

"Heh! Kau dengar sini. Aku tak akan lepaskan kau dan anak kau selagi Daren tak datang menghadap aku dekat sini"kata Putra.

"Pergi mampuslah kau! Puih!"marah ku dengan ludahan.

"Kurang ajar!"

Pang! Satu tamparan hinggap di pipi aku sehingga menyebabkan aku tersungkur di lantai. Rambut aku di jambak kembali dan di dongakkan memandangnya.

"Aku tak nak berkeras dengan kau. Tapi kau yang nak sangat kan!"tengking Putra. Terus dia menolak tubuh aku tersungkur di lantai dan menampar pipi aku berkali-kali sehingga hujung bibir aku pecah dan mengalirkan cecair merah pekat.

"ARGHH!!!!"jerit ku.

Daren dan pasukannya yang sudah berjaya masuk ke dalam mansion terdengar akan jeritan aku yang bergema di seluruh mansion.

"Vy"kata Daren. Segera dia mengatur langkah mendapatkan aku dan meninggalkan pasukannya di belakang. Di dalam fikirannya sekarang ini hanyalah isterinya.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Pasukan 2 melangkah dengan sangat teliti. Mereka kini berada di tingkat dua. Setiap bilik di periksa satu persatu. Jika melihat orang suruhan Putra langsung di lepaskan tembakan. Langkah mereka terhenti di sebuah bilik. Permukaan pintu di periksa menggukan alat mengesan. Tiada sebarang bom yang di letakkan di bahagian pintu.

Dalam kiraan, pintu terus di pecahkan dan terlihat Dyan sedang duduk bermain dengan permainan. Nafas di hela lega setelah menjumpai Dyan.

"Dyan sudah di jumpai"ujar Izzat melalui alat komunikasi. Sejurus dia mahu melangkah, pantas Dyan menghalangnya.

"Uncle stop!"ujar Dyan.

Dahi Izzat berkerut seribu. Jari kecil Dyan di tunjuk pada satu arah. Anak mata Izzat bergerak mengikuti arah jari Dyan. Terbuntang matanya melihat bom masa sudah terpasang di situ.

"Turbo 2 report. Ada Timer bom di tempat Dyan"ujar Izzat lelah. Nampaknya Putra telah pun meransmcang segala-galanya.

Daren yang masih menapak tangga terhenti setelah mendengar informasi dari Izzat yang kini berada dekat dengan Dyan. Jantungnya bagaikan terhenti. Dia seperti tersekat antara dua jalan mati. Yang mana harus dia selamatkan.

"Daren! Daren masuk!"sahut Azrai melalui alat komunikasi memanggil Daren tapi tiada sebarang balasan dari Daren. Dia bersandar pada dinding dan terduduk. Kini dia buntu.

"Daren! Kau tak boleh putus asa Daren! Aku tahu kau tengah buntu sekarang ni! Aku on the way ke tempat Dyan! Aku nak kau bangun pergi selamatkan Adik aku sekarang!"kata Azrai dalam keadaan berlari ke tempat Dyan.

Perlahan-lahan dia bangkit berdiri. Air mata yang mengalir dipipi di hapus. Nafasnya di hembus berat mencari semangat untuk teruskan perjuangannya. Dalam beberapa ketika, dia kembali memanjat tangga untuk mendapatkan aku di bilik utama dimana Putra sedang menunggu.


Azrai tiba di lokasi Dyan. Di muka pintu, dia ternampak seperti ada kilauan cahaya terapung di hadapan matanya. Satu persatu kakinya menapak masuk ke dalam bilik itu. Tangannya menutup sedikit pintu bilik. Terus terkejut mereka semua melihat cahaya laser berpancaran di hadapan Dyan.

"Allahuakhbar"Azrai seperti mahu rebah di situ. Sungguh jantungnya seperti mahu gugur ke tanah. Sungguh kejam tindakan Putra terhadap anak sekecil itu. Sepertinya dia menginginkan keluarga Daren Emeir ini mati.

Azrai melepaskan baju kalis peluru dan segala beban pada dirinya. Dia berdiri betul-betul di hadapan cahaya lazer. Nafasnya di tarik dalam dan di hembus berat. Dengan cermat, dia melangkah melintasi sinara laser pertama yang menjadi penghalangnya untuk mendekati Dyan.

"Uncle Uda.. Dyan takut.."tutur Dyan monyok. Lama kelamaan tangisnya meledak.

"Dyan.. Shh.. Uncle dekat sini. Jangan nangis okay. Uncle akan dapatkan Dyan"pujuk Azrai.

Entah macam mana, lututnya terlanggar cahaya laser itu dan membunyikan penggera bilik itu. Pemasa pada bom mula berdetik dalam kiraan mengundur. Pantas Azrai berlari ke arah tombol laser terus penggera di matikan dan secara automatiknya pemasa pada bom turut terhenti.

Nafas Azrai tercungap turun naik. Setelah memastikan keadaan selamat, tubuh kecil Dyan di dakapnya. Hatinya mengucap syukur dan lega. Dyan di bawa ke dukungannya dan segera di bawa keluar dari masion itu.





Bersambung...

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now