Ventinove [29]

424 31 8
                                    

Aku menceduk nasi ke dalam pinggan Daren. Masing-masing diam tanpa bersuara. Papa yang turut ada di situ memandang anak terunanya yang menunduk menekur pinggan.

"Aik! Apasal malam ni senyap je. Selalunya macam pasar jual ikan"tegur papa.

"Emm.. malaikat lalu kut"seloroh alang. Papa sekadar menggeleng kepala. Papa tahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan anak-anaknya.

"Adik, how honeymoon? Okay? Best?"tanya papa.

"Best. Cantik pa.. papa kena pergi sana. Sumpah cantik. Adik tak tipu"kata aku bersemangat sambil meletakkan mangkuk nasi.

"Beriya betul kau eak"sampuk uda.

"Diam lah kau"kata ku dengan raut wajah masam mengcuka.

"Dah.. tak payah nak bertekak. Jom makan. Along, baca doa"pinta papa. Along yang termenung dari tadi tersentak. Daren yang duduk berhadapan Along memberi isyarat menadah tangan terus along memimpin doa.

Asyik semua menjamu selera, aku tiba-tiba berdehem bagi menarik perhatian semua.

"Adik maafkan along. And adik nak jumpa kak Izzah esok". Tutur aku memandang nasi.

Sontak, along mengangkat kepalanya memandang aku. Terus bibirnya menyukir senyum lebar.

"Boleh dik, boleh. Boleh"laju along membalas.

"Papa dah agak dah ada yang tak kena. Can you tell me what is going on?"tanya papa.

"Pasal pertunangan along tu lah pa.. adik dapat tahu along tunang tak bagitahu dia. Ribut petirlah petang tadi"jelas Achik.

"Adik, you know right that your brother need someone to takecare of him"tutur papa.

"Yah.. i know.."jawab ku menunduk.

"So, let it be. Kasih sayang seorang abang terhadap adiknya memang tak akan pernah hilang. Takkan adik nak jaga all of your brothers yang perangai tak semenggah tu sampai bila-bila. Daren need you too. He is your husband. Take care of him"nasihat papa.

"Okay pa.."itu sahaja yang mampu aku jawab. Berat hati aku untuk mengizinkan abang-abang aku berkongsi kasih dengan yang lain. Tapi, life must go on. Aku tak boleh terlalu menjaga mereka. Daren juga memerlukan aku dalam hidupnya.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

"Koordinate?"

"Twenty-five, thirteen".

"Copy that".

Belakang badan disandarkan pada kerusi. Surat khabar di angkat supaya penyamarannya tidak terbongkar dan pada waktu yang sama dia harus alert dengan situasi sekeliling.

"So, Avyren. Apa perkembangan kau sekarang ni?"tanya salah seornag dari mereka melalui alat komunikasi.

"Stay fokus Harraz"kata Avyren tegas.

"Alaa.. aku tanya je.."kata Harraz.

"Kita dalam tugas sekarang ni tau. Kau nak ajak berborak pula"sampuk Hacker sambil matanya tetap fokus pada monitor laptop.

"Aku bertanya pun mata aku still tajam tau"kata Harraz.

Avyren menurunkan sedikit surat khabar yang di pegangnya. Anak matanya terkunci pada susuk tubuh seorang lelaki yang berjalan pergi melepasi kedudukan Harraz dengan kelakuan yang mencurigakan.

"Target missing! Move! Move!"Arah Avyren bingkas bangun dari duduk. Dia berlari anak memasuki satu lorong.

"Kan aku dah cakap.."tambah Hacker.

"Mati aku"kata Harraz. Turut bergegas pergi.

Seorang lelaki berlari sepantas yang boleh agar tidak ditangkap oleh orang yang mengejarnya. Anak matanya terpandang pada satu tempat. Terus dia mengambil langkah ke arah itu untuk bersembunyi dan mengharap agar si pengejar tidak dapat menjejaknya.

Belakang badannya di sandar pada dinding. Dadanya berombak naik turun mengatur nafas. Kelihatan dua orang lelaki melepasi tempat dia bersembunyi. Terus dia menghela nafas lega. Setelah memastikan si pengejar itu sudah menjauh, dia mengorak langkah untuk pergi menggunakan laluan belakang. Baru setapak dia menapak, seorang lelaki muncul melompat dari pintu besi lorong itu dan berdiri di hadapannya.

"Hai, seronok ya main kejar-kejar"kata lelaki dihadapannya itu sambil membetulkan jaket kulit hitam dibadan.

"Kau siapa? Kenapa kau kejar aku?"tanya dia sedikit ketakutan.

"Kau tak perlu tahu aku siapa. Yang perlu kau tahu, kau dah buat satu kesalahan besar"kata lelaki itu menapak satu persatu mendekatinya.

Pantas dia memusingkan badannya melarikan diri tetapi lariannya terbantut apabila dua orang lelaki yang mengejarnya tadi berdiri di hadapannya dengan kedua tangan di dalam poket jaket.

"Mana kau nak lari?"tanya salah seorang dari dua lelaki itu.

Dia terkepung. Tiada lagi jalan untuk dia melarikan diri melainkan dengan menyerah diri.

Dia mengambil langkah tanpa berfikir dengan menghayunkan penumbuk ke arah lelaki jaket kulit hitam itu. Pantas penumbuknya di tangkap oleh lelaki itu. Terbuntang matanya.

"Wow! Pantas! Aku terkesima sekejap. Tapi kau tak sepantas aku". Kata lelaki berjaket hitam angkuh.

Perlahan-lahan kepalanya menunduk memandang ke bahagian perutnya. Terus menggeletar tubuhnya apabila melihat sepucuk pistol sudah teracu di bahagian perutnya.

"Aku bagi kau dua pilihan. Mati atau menyerah diri. Mana satu kau nak?"tanya lelaki jaket hitam lagi.

"Aa.. aku serah diri. T..tolong jangan bunuh aku. Aa.. aku ada anak dan isteri dekat rumah"rayunya.

"Gari tangan dia".

"Okay".

Dua orang lelaki itu membawanya ke sebuah kenderaan beroda empat dengan tangan digari kebelakang. Badannya di tolak masuk dan pacuan empat roda itu bertolak ke balai untuk siasatan.

"Harraz, jumpa aku dekat bilik latihan lepas ni"kata lelaki berjaket kulit hitam melalui alat komunikasi.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

"Hello, you. I dah habis kelas dah. You tak perlu ambil I. Nanti along datang ambil sebab I nak jumpa kak Izzah"tutur ku melalui corong telefon.

"Okay. Takecare. Apa-apa call aku terus".

"Iya.. ni you balik pukul berapa?"tanya ku.

"Aku balik lewat malam ni. Jangan tunggu aku"jawab Daren.

"Okay.."aku sedikit mengeluh berat. Masuk ni dan 3 hari dia balik lambat. Dia ni kerja apa sebenarnya.

"Kenapa ni? Hmm?".

"Tak ada apa. Okaylah, along dah sampai. I pergi dulu tau. Love you".

"Okay. Love you too". Talian aku matikan. Melihat akan kereta along muncul dihadapan tempat aku menunggu sekarang ni, terus aku menapak ke kereta.

"Sorry dik, along baru habis meeting tadi. Lama ke tunggu?"tutur along.

"Tak adalah lama sangat pun. Jomlah pergi jemput kak Izzah"ajak ku.

"Eh?! Bukan adik nak jumpa je ke?".

"Tiba-tiba rasa lapar pula. Alang-alang nak jumpa kak Izzah, ajak dia pergi makan sekali lah".

"Suka hati kaulah dik". Along menggeleng kepala. Dia terus memandu memasuki jalan raya menuju ke kediaman kak Izzah iaitu tunang kepada along.

Bersambung...

Amore❤️‍🔥

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now