🔫 •BAB 5•

2.9K 151 14
                                    

Aiden melangkah masuk ke dalam salah satu bilik. Tersenyum sinis dirinya melihat sekujur tubuh yang lemah tidak bermaya itu. Jack yang sentiasa menemani dirinya hanya diam berdiri di tempatnya.

"Huh. Ini ke pengintip? Macam tak layak je."

"T-tuan. M-maaf." Aiden tersenyun sinis. Baru sekarang nak minta maaf? Dah terlambat.

"Kenapa kau mintak maaf? Kau ada buat salah ke?", sarkastik dia membalas.

"Nama kau apa?"

"Luq. Luqman." Takut takut dia menjawab.

"Rilek ah. Aku tak buat apa apa pun. Nak takut apahal?"

"Maaf tuan. Aku tak ada niat nak khianat kau", balas Luqman. Aiden berjalan mendekati Luqman sebelum menunduk memandang Luqman. Dia menepuk bahu Luqman seperti membuang kotoran yang ada pada bahunya.

"Tak ada niat? Serious? Kalau tak ada niat, kenapa kau perlu khianat aku?" Luqman menunduk. Aiden tersenyum sinis. Dia menuju ke salah sebuah rak yang berada di dalam bilik itu. Aiden mengambil pisau yang agak berkarat dan tumpul. Memang kebiasaannya penjenayah akan menggunakan pisau yang berkarat dan tumpul. Sebab dia akan lebih sakit berbanding yang tajam dan masih baru.

Aiden kembali menunduk memandang Luqman. Dia dekatkan pisau ditangan pada muka Luqman.

"Kau rasa kan. Apa jadi kalau aku dekatkan lagi dekat muka kau. Oh no, no, no. Kita buat macam ni. Kau pilih. Kita nak mula dari mana? Mata ke? Lidah ke? Pipi ke? Hidung ke? Mulut ke? Ke dahi?", tanya Aiden sambil tersenyum. Psycho. Luqman diam ketakutan.

"Tak nak jawab ke? Hmm tak pelah. Biar aku tolong jawabkan." Aiden kembali mendekatkan pisau pada muka Luqman. Luqman memejam mata. Menggigil dirinya apabila dia merasakan pisau berada pada mukanya.

"Huh." Aiden menjauhkan pisau. Luqman membuka mata. Pelik juga dengan Aiden tapi dia bersyukur.

"Aku tak kejam sangat. Benda boleh settle cara elok. Buat apa nak berkasar", terang Aiden. Luqman memandang Aiden. Terharu. Sekurang kurangnya dia tak mati.

"T-terima kasih." Aiden mengangguk dengan riak mukanya yang kosong. Dia membuka ikatan tali pada tangan Luqman. Kaki? Bukalah sendiri! Tangan dah bukak kan.

"W-why?", soal Luqman.

"Aku orang Islam. Islam tak ajar membunuh. Berdosa. Kau pun Islam kan. Mestilah kau tahu. Kau lapar tak?" Luqman menganggukkan kepalanya. Ya dia lapar. Sehari dia tak makan. Aiden memanggil Jack yang sedari tadi hanya berdiam diri di pintu bilik. Jack memberi beg plastik yang berisi makanan di dalamnya.

"Nah. Makan." Luqman tidak mengambilnya. Dia masih memandang Aiden.

"Tch. Kau nak aku suap kau ke?", Aiden berdecit. Luqman menggeleng sebelum mengambil beg plastik itu. Aiden berlalu ke pintu.

"Balik nanti anak buah aku hantar." Sempat dia berkata sebelum keluar dari bilik itu.

"Assalamualaikum." Aireen memberi salam sebelum melangkah masuk ke dalam rumah di ikuti adiknya, Aryan.

"Waalaikumsalam", jawab kak Rania. Dia sahaja yang berada di rumah. Adrian masih bekerja.

"Kak. Akak masak apa hari ini?"

"Cuba teka." Kak Rania menjongketkan keningnya.

"Tengok muka kak Rania ni, Aireen rasa akak masak ayam masak kicap. Betul?" Kak Rania tersenyum. Tersengih Aireen dibuatnya. Ni sayang ni.

"Reen pergilah mandi dulu. Nanti kira makan sama sama." Aireen mengangguk. Segera dia naik ke biliknya dan membersihkan diri.

Aiden mengelap rambutnya yang basah. Habis serabai dibuatnya. Dia memandang ke arah cermin. Aiden tersenyum senget.

"Serabai pun hensem." Aiden terpandang sesuatu di tangannya. Tersenyum dia. Plaster bercorak kartun.

Budak budak sangat.

Dia mengangkat kepalanya. Terkebil kebil matanya memandang Rayden di pintu bilik. Dia tak tutup pintu bilik ke tadi?

"Ekhem. Kau buat apa kat situ?" Rayden tersenyum senget.

"Sejak bila kau pandai senyum bang?" Aiden menjelingnya.

"Diam ah kau. Bising. Kau nak apa datang bilik aku?"

"Mama panggil suruh makan." Aiden mengangguk.

"Kau turun dulu. Nanti aku datang." Rayden hanya berdiri statik disitu. Masih lagi dengan senyuman senget dia. Tidak tahan dengan perangai adiknya, Aiden mengambil satu barang yang berdekatan dengannya lantas membaling ke arah Rayden. Rayden tersenyum mengejek apabila barang itu tidak terkena dirinya. Segera dia berlalu dari situ sebelum abangnya membaling barang lagi. Aiden menggelengkan kepalanya.

Dia keluar dari biliknya. Sempat dia menutup pintu bilik. Tak nak kena ceroboh. Dia melangkah kaki menuruni tangga. Kelihatan semua ahli keluarganya telah duduk di meja makan. Semua menunggunya tiba.

"Hah. Turun pun." Aiden hanya tersenyum nipis. Entahlah. Tak tahu kenapa hari ni dia rajin sangat nak senyum. Selama ni beku je muka. Semua pasang mata di meja makan terkelip kelip memandangnya.

Apa? Macam tak pernah tengok orang senyum je.

"Huh. Asal kau senyum bang? Ingat awek ke?" Aiden memandang tajam Rayden. Memandai je budak ni. Rayden hanya tersengih tak bersalah.

"Awek? Aiden ada awek ke?" Aiden menggelengkan kepala. Tak de masa dia nak bercinta. Buang masa.

"Pa", Rayden memanggil papanya. Tuan Eiskandar mengangkat kepala. Dia mengangkat kening.

"Apa?" Rayden tersenyum sinis dulu pada Aiden. Aiden yang dapat mengagak apa yang akan dibicarakan Rayden lantas menyepak kaki adiknya.

"Auch." Rayden mengaduh sakit.

"Kenapa Ray?" Rayden menggelengkan kepala. Sempat dia menjelirkan lidah pada Aiden. Mata Aiden mencerlung tajam memandang adiknya.

"Kenapa ini? Ada apa apa yang papa perlu tahu ke?" Tuan Eiskandar memandang pelik kedua dua anak terunanya.

"Tadi abang gaduh dekat sekolah pa." Tajam mata Aiden memandang Rayden. Rayden hanya tersenyum senget. Tidak gentar akan pandangan membunuh abangnya. Mafia tak mafia. Keluarga sendiri takkan nak bunuh kan?

"Gaduh? Aiden gaduh? Kenapa gaduh Aiden?", tanya Puan Khaleeda, mama Aiden. Aiden menghela nafas. Ini malas ni bila mama dengan papa dia tahu. Banyaklah soalan dia nanti. Lepas dah sesi soal jawab mesti akan ada sesi membebel. Betul tak? Tak lain tak bukan mestilah mama dia.

"Nothing. Ada salah faham je."

"Iya ke bang? Aku dengar kau gaduh sebab perempuan." Aiden menjeling Rayden. Eh eh dia ni. Ada yang kena jugak nanti dengan dia.

"Betulke Aiden?"

"Takdelah ma. Ray tipu je tu." Mama dia pulak lebih. Dia rasa Rayden bagi tahu papa. Bukan mama.

"Menang ke kalah?" Soalan dari papa membuatkan semua pasang mata di meja makan terkebil kebil memandang tuan Eiskandar. Tuan Eiskandar mengangkat kening. Apa? Dia salah cakap ke? Aiden tersenyum. Mantaplah papa!

"Abang!", marah Puan Khaleeda. Ada ke tanya macam tu. Anak sendiri bergaduh bukannya dia nak risau.

"Papa rasa?" Aiden menjongket jongketkan keningnya. Tuan Eiskandar tersenyum.

"Of courselah menang. Anak papa mana pernah kalah." Aiden tersenyum sumbing. Dia okey je dengan keluarga dia. Cuma bila dia takde mood, tambah lagi dengan cakap dengan benda yang dia tak suka, itu yang dia baran sikit.

"Ish. Malas mama nak layan korang. Semua lelaki. Mana mama nak menang. Bila entah Khanisa nak balik. Boleh dia kamceng dengan mama." Mama menyambung makan. Takpe. Kalau mama merajuk pun, papa kan ada. Pandailah papa nak pujuk.

Terima kasih sudi baca :)

Vote and comment

<3

Sorry tak check typo and tak de idea :,)

ETHAN AIDEN [C]Where stories live. Discover now