🔫 •BAB 32•

1.7K 85 3
                                    

Bam

Pintu ditolak kasar. Tajam matanya memandang Qalish yang terikat pada kerusi. Qalish tersenyum sinis. Pistol diletak pada dahi Qalish.

"Kau nak bunuh aku?" Tanya Qalish sinis. Aiden membalas dengan senyuman sinis.

"Why not? Aku pun tak pernah bunuh orang, apa kata kau jadi yang pertama. Nak?" Tanya Aiden psiko. Qalish memandangnya tajam.

"Uuu. Seram. Takut aku dengan pandangan mata kau tu." Kata Aiden mengejek.

"Bukak tali ini. Kata laki. Kita lawan cara laki." Aiden ketawa kecil.

"Macam mana tu. Macam ini ke?" Aiden mengeluarkan pisau yang memamg diselit pada pinggangnya. Tangan Qalish ditoreh dari bahagian bahu ke siku dan hingga pergelangan tangannya.

"Arghhh! Sakitlah bodoh." Qalish mengerang kesakitan. Aiden membuat muka terkejut.

"Sakit sangat ke?" Tanya Aiden pura pura. Qalish melihat tangannya yang mula mengeluarkan cecair merah pekat. Dia mengerut kesakitan.

"Nak lagi tak?" Aiden tersenyum senget. Qalish menggeleng kepala.

"Well, aku tak ada lah baik sangat." Tangan Qalish lagi sebelah pula ditorehnya. Dari bahu sehingga ke pergelangan tangan.

"Argghh!" Lagi sekali bilik itu dipenuhi dengan erangan kesakitan.

"Diamlah, bodoh! Bising." Jerit Aiden kuat. Pisau ditusuk pada peha kanan Qalish.

"Arghhhhh!" Aiden menggulingkan mata ke atas. Penatlah dengar orang jerit. Baru sikit je dia buat.

"Tell me. Kau nak apa sebenarnya dari aku?" Tanya Aiden. Dia perlu tahu sebab apa Qalish buat semua ni. Turun naik dada Qalish. Aiden hanya buat tak tahu.

Masalah dia ke masalah aku?

"Kau nak tahu sebab apa? Sebab kau, mak bapak aku masuk penjara." Terang Qalish. Matanya mencerun tajam ke arah Aiden.

"What the hell, bro. Asal aku pulak? Nak kata aku yang report? Come on. Aku tak ada masa lah pasal semua ni. Buang masa je!" Balas Aiden selamba sebelum mukanya berubah tegang.

"Jadi, apa kena mengena dengan Aireen. Asal kau aim dia?" Aiden memandang tajam Qalish yang mula tersenyum sinis.

"Kau nak tahu kenapa?" Aiden mengangguk. Qalish tersenyum sinis.

"Siapa kau nak tahu pasal benda tu?" Provok Qalish. Aiden menumbuk muka Qalish sehingga dia jatuh. Dengan kerusi sekali terjatuh.

"Kau nak bagitahu ke tak?" Ugut Aiden.

"Mak bapak dia penyebab abang aku mati!" Jelas Qalish. Aiden mengangkat sebelah kening.

"Maksud kau?" Tanya Aiden.

"Abang aku mati dekat tali gantung." Terangnya lagi.

"Apa abang kau buat?"

"Dia edar dadah." Aiden tersenyum sinis.

"Memang patut pun ke tali gantung." Kata Aiden sinis. Qalish memandang tajam Aiden.

"Kau!" Aiden memandang biasa.

"Jadi apa kena mengena dengan Aireen? Dia tak bersalah."

"Mak bapak dia dah kena bunuh dengan orang upahan bapak aku. Aku rasa Aireen patut kena benda yang sama. Lagipun, aku dah kenal Aireen, senanglah aku nak bunuh." Aiden menyepak perut Qalish. Qalish meludah darah dari mulutnya.

"Rilek bro. By the way, aku pernah tengok dia tidur. Cantik bro. Rambut dia wangi." Kata Qalish. Tidak serik.

"Bodoh!" Maki Aiden sebelum Qalish disepak dan dipijaknya berkali kali.

"Hahaha!" Qalish ketawa kuat. Suka dia tengok muka berang Aiden.

Pistol diambil. Dia menghalakan pistol itu pada dahi Qalish. Dia tersenyum sinis.

"Any last word?" Membulat mata Qalish.

"Kau takkan bunuh orang!" Aiden tersenyum sinis.

"Maybe he can't, but I can!" Kata seorang di muka pintu. Semua mata tertumpu pada gerangan itu.

"Tyler!" Kata Aiden dan Qalish serentak. Aiden tersenyum senget. Ouh, dia datang pada masa yang tepat. Qalish membulatkan matanya.

"Tyler, tolong aku." Tyler ketawa kuat.

"Ouh my god. No way!" Qalish kelihatan bingung.

"Apa ni? Kau kan nak tolong aku." Tyler membuat muka malas.

"Bro. Kita hanya cakap pasal business je. Kau beli barang dengan aku. Itu je. Tak ada pulak aku janji dengan kau nak selamatkan kau. Lagipun, Aiden cousin aku. Aku rasa aku patut tolong dia berbanding tolong kau. Sampah!" Tyler senyum mengejek. Aiden tersenyum sinis.

"Nah." Aiden memberi pistolnya pada Tyler. Tyler menggeleng.

"Ouh, come on. Tak best lah kau punya pistol. Cepat sangat mati. Better guna pistol aku. Tembak je takkan mati terus. Kasi racun masuk dalam badan dia. Kasi seksa dulu. Baru fun." Aiden menggelengkan kepala.

"Whatever. Buatlah apa yang kau nak buat. It's all yours." Balas Aiden. Tyler senyum lebar.

"Serious?" Aiden mengangguk. Tyler mengeluarkan pisaunya.

"Jom main lukis lukis nak?" Qalish menggeleng kepala berkali kali. Dia cuba membuka tali pada badannya. Tyler mendekati dia perlahan lahan sambil ketawa. Psiko!

Aiden menggelengkan kepala melihat perangai Tyler. Dia keluar dari bilik itu. Lantaklah apa nak jadi. Kalau mati pun bukan dia kesah. Bukan masalah dia pun. Pintu ditutup. Taknaklah orang lain nampak apa yang Tyler buat. Dia pernah nampak macam mana Tyler seksa orang. Ngeri wei!

"Kau suruh Tyler bunuh dia." Aiden mengurut dadanya. Terkejut dia.

"Haah." Balas Aiden tenang.

"Tak rasa bersalah?" Aiden menggeleng. Bukan dia yang bunuh pun. Amsyar menggeleng kepala. Siapa suruh buat Aiden hilang sabar. Tengok apa jadi, seksa orang pun dia tak rasa serba salah.

"Kau dengan Aireen macam mana?" Aiden tersenyum perit. Dia mengangkat bahu.

"Dia dah tahu?" Aiden mengangguk sebagai balasan. Bahunya ditepuk perlahan oleh Amsyar.

"Nanti kau pujuk lah dia." Pesan Amsyar. Aiden menggeleng.

"Dia benci aku." Katanya.

"Kau percaya ke apa dia cakap?" Aiden mengangkat bahu. Amsyar menghela nafas kasar.

"Dia masih terkejut tu. Nanti kau pujuklah dia waktu hati dia dah lembut sikit." Aiden tersenyum hambar. Amsyar menepuk bahu rakannya sekali lagi.

"Minggu depan nak ambil result. Kau datang kan?" Tanya Amsyar.

"Entah tak pasti. Tengoklah dulu." Amsyar menumbuk bahu Aiden.

"Otak kau. Datang. Kalau kau tak ambil result, siapa yang nak ambilkan?" Aiden ketawa kecil.

"Kau kan ada." Jawab Aiden. Amsyar menggulingkan mata ke atas.

"Malas aku." Aiden cuma tersenyum kecil.

"Kau dengan Kay. Macam mana?" Tanya Aiden pula.

"Macam mana apa? Macam itulah. Hati dia ni keras sangatlah. Macam macam aku buat. Sama je. Tak ada yang berbeza pun." Aiden pula yang menepuk bahu Amsyar.

"Tabahlah. Nanti ada lah tu dia cair dengan kau. Alah perempuan ni dia nak tengok effort je. Kalau kau usaha, dapatlah tu nanti. Jangan cepat sangat kau mengalah." Pesan Aiden.

"Hmmm. Yelah." Amsyar mengangguk. Kalau dapatlah. Hati perempuan tu dah lah susah nak dapat. Macam macam dia buat, still tak ada yang berubah. Dia hanya di anggap sebagai kawan je. Rasa nak mengalah, tapi...

No! No! No! Dia tak boleh mengalah. Dia kena usaha sampai dapat!

Terima kasih sudi baca :)



ETHAN AIDEN [C]Where stories live. Discover now