🔫 •BAB 38•

2K 100 8
                                    

"Ini bukan jalan nak pergi tempat kerja saya." Kata Aireen apabila melihat jalan yang dilalui mereka bukan jalan untuk pergi ke tempat kerjanya. Dia memandang Aiden. Aiden hanya diam. Selamba sahaja muka dia. Tiada riak seperti tersalah jalan.

"Awak!" Panggil Aireen. Aiden memandang Aireen sekilas.

"Iya." Jawab Aiden bersama senyuman.

"Awak nak bawak saya pergi mana ni? Ni bukan jalan nak ke tempat kerja saya!" Jelas Aireen. Aiden mengangguk. Dia tahu!

"Betul lah tu. Bukannya aku nak hantar kau pergi tempat kerja kau pun." Terang Aiden. Aireen mengerut dahi. Tak faham.

"Hah?" Aireen memandang tidak percaya. Aiden mengangguk. Aireen menepuk dahinya. Apa masalah Aiden ni?

"Awak! Saya kerja lah hari ini." Kata Aireen tidak puas hati.

"Jangan risau. Aku dah bagitahu Farish. Dia bagi je." Aireen memandang Aiden tidak puas hati.

"Tak kesah lah Tengku bagi atau tak. Masalahnya sekarang ni, awak dah ambil waktu kerja saya tau. Awak tahu hari ini saya kerja kan? Kalau awak nak ajak saya keluar pergi mana mana, awak tunggulah waktu saya cuti nanti. Weekend pun boleh kan?" Bebel Aireen. Aiden menggosok telinganya. Mula dah!

"Iya, iya. Janganlah membebel. Eee, hobi kau memang kerjanya membebel je eh?" Tanya Aiden. Aireen memandang tajam Aiden. Dia tengah marah ni tau. Ada pulak yang kena dengan kaki dia nanti.

"Awak saya serius tau!" Aireen memandang Aiden. Aiden mengangguk.

"Iya, tahu!" Balasnya selamba. Aireen mendengus kasar. Dia membuang pandangan ke luar tingkap. Tengok luar lagi cantik. Sejuk je mata memandang. Dekat dalam ni pulak, rasa panas je!

"Aireen!" Panggil Aiden. Aireen diam buat tak tahu.

Ini lah yang dipanggil...

Balasan!

Dia buat kita, kita buat dia!

What you give, you get back!

"Aireen, kau marah aku ke?" Tanya Aiden. Aireen masih diam. Aireen dipandang berkali kali. Kang tenung lama kang, mahu terbabas nanti.

"Aireen!" Diam lagi.

"Sayang!" Mengeras tubuh Aireen. Aduh dia mula dah...

"Reen..." Panggil Aiden lembut. Aireen menggigit bibir bawah. Aduh! Ego tolong lah jadi tinggi untuk hari ini. Jangan cair cepat sangat!

"Aireen", lembut Aiden memanggil. Aireen memandang. Maaf ego dia tak cukup tinggi hari ini. Tu cepat sangat dia cair. Ingat nak merajuk lama lagi, tapi hati ini tak mampu.

"Apa?" Tanya Aireen kasar. Luar je kasar, dalam hati mahu je dia menjerit.

"Kau marah aku ke?" Tanya Aiden. Aireen mengangkat bahu.

"Entah." Aiden tersenyum. Comel tau perangai Aireen ni.

"Kita nak pergi mana ni?" Soal Aireen.
"Kau rasa?" Aireen menggulingkan matanya ke atas. Main rasa rasa pulak. Mana lah dia tahu.

"Bagitahu je lah. Kita nak pergi mana ni?" Tanya Aireen sekali lagi.

"Teka lah." Balas Aiden. Aireen memandang Aiden geram.

"Makan?" Teka Aireen. Aiden menggeleng.

"Kita baru lepas makan sayang." Aireen batuk kecil. Huish, Malaysia panas jugak ye hari ini.

"Habistu kita nak pergi mana? Bagitahu je lah terus." Paksa Aireen. Penat dia nak meneka.

"Tempat yang kau nak pergi." Ujar Aiden. Aireen berfikir. Tempat yang dia nak pergi?

"Banyak lah tempat yang saya nak pergi." Kata Aireen. Aiden senyum.

"Antara salah satu dari yang kau fikir. Dulu aku ada janji nak bawa kau pergi, tapi tak sempat." Balas Aiden. Aiden meletak jari di dagunya. Gaya berfikir. Tempat yang Aiden janji nak bawa dia pergi.

"Taman e'flower?" Teka Aireen. Aiden mengangguk sambil tersenyum. Ingat pun dia. Aireen buat muka terkejut. Tempat tu dah lama dia nak pergi tapi tak sempat. Dulu dia sibuk dengan assignment, kelas dan sekarang dia busy dengan kerja. Memang tak ada masa dia nak pergi. Lagi pun tempat tu agak jauh juga dari rumahnya.

"Seriuslah?" Tanya Aireen ceria. Aiden menggeleng.

"Tak ada lah. Aku tipu je." Wajah Aireen berubah masam. Baru je dia nak gembira. Aiden ketawa kecil.

"Iya, seriuslah ni. Aku nak bawa kau pergi tempat tu." Aireen kembali senyum. Lebar senyumannya. Senyum sampai ke telinga.

"Tak tipu kan?" Tanya Aireen lagi. Kena betul betul pastikan.

"Iya, sayang." Aireen senyum. Ada orang nak bawa dia pergi taman lepastu dia panggil kita sayang. Korang ada? Aiden menggelengkan kepala.



Taman e'flower.

Siapa je tak kenal dengan tempat ini. Terkenal dengan bunga bunganya yang cantik. Disamping ada terletaknya taman bunga, mereka juga ada tempat untuk rama-rama, burung, pepatung, kupu-kupu dan banyak lagi. Menjadi tarikan untuk pengunjung datang ke sini. Tapi itu lah, kena bayar tiket. Tak ada lah mahal sangat. Tapi untuk orang yang tidak suka akan haiwan, mungkin harganya itu agak mahal. Iyalah, dah lah kena bayar, lepastu masuk bukannya nak pegang pun. Kalau haiwan tu datang dekat pun memang dia lari dulu.

"Wah. Cantik lah bunga bunga dia." Puji Aireen. Jujur dia tak menipu. Cantik dan wangi.

Bunga mawar di hadapannya dipegang. Tak boleh petik, mahu kena marah nanti. Bunga itu dibau Aireen. Wangi.

Pelbagai jenis bunga ditaman ini. Antaranya ialah pokok bunga mawar, pokok bunga matahari, pokok bunga ros, pokok bunga taik ayam, pokok bunga lily dan bermacam lagi. Semuanya Aireen bau. Sesekali dia menyuruh Aiden mengambil gambarnya. Aiden hanya ikutkan sahaja. Kadang kala dia tersenyum melihat gelagat Aireen. Walaupun macam budak kecil, tapi dia suka. Nampak comel. Lagi lagi dengan ketinggian Aireen yang hanya separas bahunya.

"Reen." Panggil Aiden. Aireen berpaling memandang Aiden. Kening diangkat.

"Kenapa?" Tanya Aireen. Aiden menunjuk ke suatu tempat. Aireen memandang tempat yang dimaksudkan. Laju dia menggeleng.

"No!" Kata Aireen. Ada ke ajak dia pergi tempat serangga serangga tu.

"Jomlah Aireen. Teman aku." Aireen menggeleng.

"Tak nak!" Tegas Aireen. Takkan sesekali dia menjejakkan kaki dia di tempat itu.

"Jomlah." Aiden membuat muka merayu.

"Mahal lah tiket dia." Aireen memberi alasan.

"Tak pe aku yang bayar. Jomlah Aireen. Kau tak kesian ke dekat aku. Aku dah bawak kau pergi sini dah. Kau ikut lah aku pulak. Teman aku dekat sana. Kau kan sayang aku. Temanlah aku Reen." Aiden membuat ayat berjauh hati. Aireen menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Yelah." Aireen pasrah. Aiden tersenyum lebar. Mereka membeli tiket untuk dua orang. Mereka masuk ke tempat itu.

"Awak awak dia datang dekat."

"Awak jauhkan dia dari saya."

"Awak ambillah."

"Awak halau dia wak."

"Awak tolong saya."

Dan macam macam lagi perkataan yang keluar dari mulut Aireen semasa mereka berada di tempat itu. Almaklumlah Aireen bukannya suka haiwan sangat. Aiden cuma tersenyum dengan gelagat Aireen. Kadang kadang dia ketawa kecil. Comel sahaja Aireen pada pandangan matanya.

Terima kasih sudi baca :)

ETHAN AIDEN [C]Where stories live. Discover now