Epilog

3.4K 124 5
                                    

"Assalamualaikum sayang." Lembut suara Aiden memberi salam. Aireen teguk liur. Nervous!

"Wa- Waalaikumsalam." Jawab Aireen. Aiden tersenyum kecil.

"Nak tangan?" Pintanya. Aireen mengangkat sebelah kening.

"Huh?" Tak faham.

"Tangan." Baru Aireen tersedar. Masa untuk mereka menyarung cincin. Aireen menghulurkan tangannya. Aiden menyarungkan cincin pada jari manis Aireen. Cantik sahaja cincin itu terletak pada jari Aireen. Secantik tuannya.

Sekarang waktu Aireen pula menyarung cincin pada jari Aiden. Aiden menghulurkan tangannya kepada Aireen. Terketar ketar tangan Aireen ingin menyarung cincin pada jari Aiden. Selesai menyarung cincin, Aireen tunduk mencium tangan Aiden.

Waktu itu lah bunyi kamera menangkap gambar kedengaran. Saat yang sempurna untuk mengambil gambar. Mana tahu boleh letak dekat ruang tamu rumah. Aireen mengangkat kepalanya setelah beberapa minit.

Aiden tersenyum memandang Aireen. Sekarang, waktu Aiden pula mencium dahi Aireen. Aiden merapatkan bibinya pada dahi Aireen. Aireen kebelakang.

"A- Apa awak nak buat?" Tanya Aireen pelik apabila Aiden mendekatkan mukanya. Pada masa yang sama dia juga gementar. Berdebar rasa jantungnya. Aiden tergelak kecil.

"Cium dahi awak sayang." Katanya. Aireen mengerut dahi.

"Nak buat apa?" Tanya Aireen. Aiden tersenyum. Alahai isteri dia ni. Geram je dia tengok.

Tanpa mempedulikan Aireen yang masih bertanda tanya, dia merapatkan mukanya pada wajah Aireen. Dahi Aireen dicium lembut. Kejung tubuh Aireen. Tapi dia hanya berdiam diri. Kamera kedengaran lagi. Lama juga mereka berkeadaan sebegitu sehingga Aiden menjarakkan diri. Aireen menarik nafas lega.


Kini, waktunya untuk sesi bergambar. Bermula dari gambar keluarga sehinggalah gambar mereka berdua.

"Okay. Tangan pengantin perempuan dekat dada pengantin lelaki." Arah photographer yang memang ditempah khas untuk mengambil gambar mereka. Aireen teguk liur. Dia menggaru kepala yang tidak gatal.

Aiden tersengih melihat Aireen. Dia mencapai tangan Aireen dan diletakkan di dada kekarnya. Menggigil tangan Aireen. Dia memejam matanya sebentar. Nervous!

"Okay. Pengantin lelaki pula pegang pinggang pengantin perempuan." Aireen memandang photographer itu tak percaya. Seriously? Dah lah mereka berdua menangkap gambar di depan orang. Dia perasan ahli keluarga dan rakan rakannya sedang menggelakkan dia.

Aiden memegang pinggang Aireen seperti yang di arahkan. Kejung tubuh Aireen. Wajahnya mula panas. Almaklumlah Malaysia ni panas. Aiden tersengih. Comel sahaja perangai isterinya itu. Malu malu kucing.

"Pengantin perempuan pandang pengantin lelaki." Arah photographer itu lagi. Mereka bersabung pandangan. Makin merah wajah Aireen.

"Okay, 1, 2, 3." Lebih satu kali gambar di ambil untuk memastikan gambarnya sempurna. Dan beberapa jenis gaya lagi photographer itu menangkap gambar. Dan semestinya hasil gambar yang ditangkap memang cantik. Tak sia sia Puan Khaleeda mengupah photographer itu. Walaupun bayarannya agak mahal, tapi hasil kerjanya tetap memuaskan hati.


"Along, Reen nak naik atas boleh? Penat lah." Ujar Aireen. Dari tadi dia sibuk melayan tetamu. Bibirnya juga tidak lekang dengan senyuman.

"Naiklah. Biar kami yang layan tetamu." Aireen mengangguk. Dia menyerahkan tugas untuk alongnya uruskan. Aireen melangkah kaki menaiki tangga menuju ke biliknya.

Aireen merebahkan diri ke atas katil. Terpejam mata dia. Penat setelah melayani tetamu. Malam nanti pula dia nak bersanding.

"Argh, penatnya." Rungut Aireen.

"Rehatlah." Ujar satu suara. Aireen laju bangun dari perbaringan. Terkebil kebil mata Aireen memandang Aiden. Bila dia masuk pun dia tak tahu. Tak dengar pula bunyi pintu terbuka.

"Bila awak masuk?" Soal Aireen. Aiden mengangguk.

"Tak tahulah. Tiba tiba je sampai sini. Mungkin jodoh saya ada dekat sini kut." Usiknya. Aireen ketawa kecil sebelum dia tersedar dia berdua dengan Aiden dalam satu bilik.

"Err, awak buat apa dekat sini?" Soal Aireen. Aiden menghampiri Aireen. Cepat cepat Aireen berdiri. Kalau Aiden buat apa apa dekat dia, senang sikit dia nak lari. Walaupun sudah halal, dia tetap tak selesa.

"Takut dengan saya?" Tanya Aiden. Terselit nada kecewa dalam soalannya. Aireen pula rasa bersalah.

"Tak. Bukan macam tu. Saya cuma belum selesa lagi dengan awak. Maaf." Aiden mengangguk faham. Dia perlu faham. Mereka baru saja berkahwin. Nanti lama lama Aireen selesa lah tu dengan dia. Cuma perlukan masa sahaja.

"It's okay. Awak rehatlah dulu. Malam nanti ada majlis sanding pulak. Saya datang ni pun sebab mama suruh saya bagitahu awak yang kami dah nak pulang." Terang Aiden. Aireen mengangguk faham.

"Ouh okay." Aireen senyum ke arah Aiden. Aiden menghampiri Aireen. Tapi kali ini, Aireen tidak melarikan diri. Dia hanya diam di tempatnya. Dahi Aireen dicium sekilas.

"Bye, wife. Malam kita jumpa." Kata Aiden sebelum dia berlalu keluar dari bilik. Sempat Aiden menutup pintu bilik. Aireen memegang dahinya yang baru sahaja dicium Aiden. Aireen tersenyum suka. Bantal diambil sebelum ditumbuk.

"Dia cium dahi aku. Arghhh." Kata Aireen sendiri. Lebar senyuman Aireen ketika itu. Dia menekup mukanya dengan bantal sebelum menjerit suka.


Aireen menarik nafas. Aiden menepuk lembut tangan Aireen yang berada di lengannya.

"Sayang okay?" Tanya Aiden prihatin. Aireen mengangguk sebelum tersenyum manis. Aiden membalas senyumannya.

Pintu dewan dibukan oleh dua orang penjaga dari luar. Aireen dan Aiden berjalan masuk ke dalam dewan. Aireen tersenyum memandang tetamu tetamu yang memerhatikan mereka. Mereka berjalan di sepanjang karpet merah sehingga mereka tiba di atas pentas. Mereka berdua duduk bersama.

Pengacara majlis mula memainkan peranan. Meriah suasana pada malam itu. Lagi lagi apabila pengacara majlis mengusik pasangan pengantin baru itu. Aiden yang hanya tersenyum dan Aireen pula sudah memerah mukanya. Diusik di depan orang ramai, mana dia tak malu. Rasa nak sorok muka dia ni.

"Merahnya muka." Usik Aiden di sebelahnya. Aireen menepuk lembut lengan Aiden.

"Jangan lah usik. Malu saya nanti." Kata Aireen.

"Biarlah. Nanti boleh saya tengok muka merah awak tu. Comel je. Tapi saya je lah yang boleh tengok. Orang lain tak boleh." Ujar Aiden membuatkan wajah Aireen bertambah merah. Mudah sangat dia malu hari ini. Ini semua salah Aiden!

"Mengada." Balas Aireen. Aiden cuma ketawa kecil. Aireen memandang Aiden yang memandang ke arah lain. Aiden yang sedar akan pandangan Aireen turut memandang sama.

"Why?" Soal Aiden.

"Awak janji awak takkan tinggalkan saya kan?" Tanya Aireen. Aiden tersenyum kecil.

"Of course tak sayang. Saya janji saya takkan tinggalkan awak. Saya tetap akan ada dengan awak waktu suka mahupun duka. Kita harungi kehidupan kita bersama sama. I love you, sayang." Ucap Aiden penuh ikhlas. Aireen tersenyum. Dia tahu janji boleh dimungkiri, tapi pada saat ini, biarlah dia percaya akan janji yang telah dibuat.

"I love you too." Balas Aireen. Aiden tersenyum. Pipi Aireen dicium sekilas. Terbuntang mata Aireen dengan tindakan Aiden itu. Tapi dia tetap tersenyum dan membalas senyuman Aiden.

Dia berharap agar perkahwinannya ini akan kekal sehingga akhir hayat.

Tamat

Terima kasih sudi baca :)
Saya tak tahu apa yang saya buat ni. Maaf jika mengecewakan korang 🙏




ETHAN AIDEN [C]Where stories live. Discover now