🔫 •BAB 34•

1.7K 97 3
                                    

7 tahun kemudian

"Maaf encik. Saya dah cari nama encik, tapi tiada dalam sistem. Betul ke encik dah booking bilik?" Tanya pekerja itu. Orang itu mengangguk.

"Sekejap saya check lagi sekali." Dia mencari betul betul nama orang itu. Tetap tiada.

"Maaf encik. Saya tak jumpa nama encik." Dia memandang orang dihadapannya itu. Dia melihat pantulan dirinya pada kaca mata hitam orang itu.

"Are you sure?" Pekerja itu mengangguk lagi. Orang itu memandang orang disebelahnya. PA dia mungkin.

"Kau dah booking awal awal kan?" Orang disebelahnya mengangguk.

"Dah bos." Orang itu mengerutkan dahi.

"Cuba check lagi sekali. Mustahil tak ada." Pekerja itu mengangguk. Dia mencari sekali lagi. Tetap tak ada. Hanya satu tempat dia tak check lagi.

"Maaf. Encik vooking VVIP punya bilik ke?" Orang itu mengangguk. Pekerja itu menggigit bibir.

"Aduh, aku dah lah baru dekat sini. Macam mana nak pergi dekat sistem VVIP?" Katanya sendiri. Perlahan sahaja tapi masih dapat didengari orang dihadapannya.

"Kau baru lagi?" Pekerja itu terkejut. Ergh dia dengar rupanya. Pekerja itu mengangguk sebelum memandang sekeliling. Matanya terhenti pada seseorang.

"Kak Reen!" Panggilnya. Aireen memandang. Dia mengangkat sebelah kening. Pekerja itu membuat isyarat tangan supaya Aireen pergi ke tempatnya. Aireen menghampiri.

"Kenapa Diba?" Tanya Aireen kepada pekerja yang bernama Diba itu.

"Macam mana dekat sistem bahagian VVIP? Diba tak tahu. Encik ni booking dekat bahagian VVIP." Terang Diba. Aireen mengangguk.

"Tak apalah. Diba buat kerja lain dulu. Biar akak yang uruskan benda ni." Ujar Aireen. Diba mengangguk.

"Baik, kak. Terima kasih." Aireen hanya senyum. Dia segera mengambil alih. Sistem di bahagian VVIP dibuka. Ketat sangat pengurusan dekat hotel ni, sampaikan sistem bahahian VVIP pun kena letak password.

"Encik daftar guna nama apa ye?" Dia memandang orang dihadapannya itu. Hanya pantulan dirinya sahaja yang dilihat. Dia kembali menunduk.

"Ethan. Ethan Aiden." Terhenti tangannya. Dia menggigit bibir bawah sebelum mula mencari nama itu.

"Bilik 1005 A dengan 1006 A. Ini kunci dia." Dia menghulurkan kunci itu kepada orang dihadapannya. Dia tempah dua buah bilik. Maknanya untuk orang disebelahnya sekali.

"Thank you." Aireen cuma mengangguk. Kepala masih tidak diangkat. Tak kuat rasanya dia nak mengangkat kepala. Sehinggalah lelaki itu berlalu pergi, baru dia mengangkat kepala. Belakang badan orang itu dipandang.

"I miss you." Kata Aireen perlahan. Hanya dirinya sahaja yang mendengar. Air matanya mula bertakung sebelum dilap. Nanti orang lain pandang dia pelik pulak.





"Projek itu kau mula bila?" Tanya Tengku Farish.

"Tak pasti lagi. 2 bulan lagi kut." Balas Aiden.

"Kau kalau dah mula bagitahu aku tau." Suruh Tengku Farish. Aiden mengangkat kening.

"Asal pulak?" Tanya Aiden pelik.

"Sebab ak-" Percakapannya dipotong seseorang.

"Tengku Fariah." Tengku Farish memandang gerangan yang memanggil itu.

"Iya, Aireen. Kenapa?" Mendengar nama itu, Aiden turut memandang. Mahu melihat wajah yang dah lama tak jumpa itu. Tadi sekejap sangat tengok. Tak puas. Aireen terkejut melihat orang disebelah Tengku Farish itu tapi dia mengabaikannya.

"Saya mintak cuti setengah hari boleh?" Pinta Aireen. Dia kena pergi hospital. Alongnya baru sahaja call. Katanya kakak iparnya sudah beranak. Anak perempuan katanya.

"Kenapa?"

"Ada hal sedikit." Tanpa berfikir panjang Tengku Farish mengangguk. Lagipun Aireen jarang mintak cuti. Jadi, tak ada masalah kalau dia bagi cuti hari ini. Lagipun dia memang baik dengan pekerjanya.

"Terima kasih Tengku." Aireen menunduk sedikit. Tengku Farish hanya tersenyum. Aireen berlalu pergi.

"Pekerja kau?" Tanya Aiden kepada Tengku Farish. Tengku Farish mengangguk.

"Cantik kan dia?" Aiden mengangguk. Tak boleh nafikan, Aireen memang cantik. Bertambah cantik berbanding kali terakhir dia berjumpa Aireen. Dia memandang Tengku Farish.

"Kau suka dia?" Tanya Aiden dingin. Tengku Farish mengerutkan dahi. Dah apa hal dengan kawan dia ni? Tengku Farish tersenyum senget.

"Kau rasa?" Tengku Farish mengujinya. Aiden memandang tajam. Tengku Farish ketawa kuat.

"Hahaha! Kau agak lah bro. Aku dah ada tunang tau. Mati aku kalau aku suka perempuan lain." Tengku Farish menepuk bahu Aiden. Aiden menghembus nafas lega.

"Kau suka perempuan itu ke?" Soal Tengku Farish.

"Ada aku kata aku suka dia ke?" Balas Aiden.

"Tak adalah. Tapi nampak macam kau suka dia. Kau kenal dia ke?" Tanya Tengku Farish lagi. Aiden mengangguk.

"Siapa dia? Kalau kau suka dia kan, baik kau try dia cepat cepat selagi dia masih single. Ramai yang pernah nak try dia tau. Tapi, tak ada sorang pun yang lepas." Aiden mengangkat sebelah kening sebelum tersenyum kecil.

Looks like someone not move on yet.

"Okay."

"Okay?" Aiden mengangguk. Terkelio kelip Tengku Farish memandang Aiden.

"Kau biar betul nak try dia? Aku bergurau je wei." Kata Tengku Farish. Aiden tersenyum sinis.

"Aku yakin aku akan lepas. Aku rasa dia masih belum boleh lupakan aku lagi." Tengku Farish mengerutkan dahi.

"Maksud kau?" Aiden memandang Tengku Farish.

"Ex aku tu bro." Jatuh rahang Tengku Farish.

"Ouh, patutlah tak ada yang lepas. Ex kau rupanya. Yelah, penangan Ethan Aiden kan, mana boleh lupa." Aiden ketawa kecil.

"Asal jadi ex?" Aiden menjeling orang disebelahnya. Sibuk je nak tahu.

"Tak payah sibuk hal orang." Cemberut muka Tengku Farish. Nak tahu pun salah.

"By the way, kalau kau nak aku tolong kau apa apa. Kau roger je aku." Pesan Tengku Farish. Aiden cuma mengangguk.

"Ouh ya. Bila masa kau tunang?" Tanya Aiden. Tak pernah pulak dia tahu Tengku Farish bertunang.

"Well, bukan tunang. Bakal. Bakal tunang sebenarnya." Jelas Tengku Farish. Aiden menggulingkan matanya.

"Mati mati aku ingat kau dah tunang. Kalau tak dah lama kau kena dengan aku sebab tak ajak aku datang." Kata Aiden. Tengku Farish tersengih.

"Siapa bakal tunang kau?" Tanya Aiden lagi. Dia pun tak pernah nak ambil tahu hal percintaan Tengku Farish. Boring. Lagipun Tengku Farish suka tukar tukar perempuan. Jadi dia tak pernah sangka yang kali ini Tengku Farish nak ambil langkah seterusnya.

"Fisha." Aiden mengerutkan dahi. Okay dia tak kenal.

"Siapa tu?"

"Bakal tunang akulah." Aiden menggulingkan mata.

"Betul betullah." Tengku Farish ketawa kecil.

"Kau tak kenal. Tapi dia kawan salah seorang pekerja aku. Kawan baik jugak tak silap aku." Kata Tengku Farish.

"Siapa?"

"Aireen. Ex kau tu." Jawab Tengku Farish. Aiden mengangkat kening nya sebelum mengangguk faham. Adakah itu maknanya mereka akan bertemu lagi? Aiden tersenyum kecil.

"Sebaya dengan akulah kan kiranya?" Tengku Farish cuma mengangguk.

Terima kasih sudi baca :)

Entah apa yang saya buat
Maaflah ye kalau tak memuaskan hati 🙏

ETHAN AIDEN [C]Where stories live. Discover now