🔫•BAB 7•

2.5K 134 8
                                    

Masa berlalu begitu pantas. Sedar tidak sedar, sudah sebulan kami berkawan. Kami juga semakin rapat. Amsyar masih sama dengan perangainya yang suka mengacau Mikayla. Aiden? Dia macam biasa. Beku. Tapi beku dia semakin berkurang bila dengan Aireen. Dia juga tidak lagi marah jika Aireen memanggilnya dengan panggilan Ethan. Cakap pun bukannya budak tu nak dengar. Makin dihalang, makin dia buat.

"Korang ada dengar tak?", tanya Aireen tiba tiba. Tiga pasang mata tertumpu ke arahnya.

"Dengar apa?" Amsyar menyoal.

"Ada kem nanti untuk budak form 5", terang Aireen.

"Macam mana kau tahu?" Mikayla bertanya.

"Adik aku bagitau. Dia kata dia terdengar cikgu cikgu form 5 cakap pasal kem. Lepastu dia bagitaulah aku." Aireen tersengih.

"Kau ada adik?", soal Aiden. Selama ni dia tak tahu pun Aireen ada adik. Yang dia tahu Aireen ada abang je. Aireen mengangguk.

"Takkan awak tak tahu?" Aiden menggeleng. Begitu juga Amsyar.

"Aku pun tak tahu kau ada adik", ujar Amsyar.

"Adik kau form berapa?", soal Aiden lagi. Aireen menunjuk tiga jari ditangan sebelah kiri. manakala tangan sebelah kanan memegang sudu yang mengandungi dan menyuap ke dalam mulut. Aiden mengangguk. Sebaya adik dia.

"Eh adik kau pun form 3 kan?" Amsyar memandang Aiden. Aiden mengangguk.

"Eh kau pun ada adik?", tanya Mikayla. Aiden mengangguk lagi.

"Adik awak kelas apa?" Aiden memandang Aireen.

"Dedikasi", balas Aiden. Aireen mengangguk. Sama kelas dengan Aryan. Ehek. Asal dia banyak sama dengan Aiden ni? Jodoh ke? Uhuks.

"Nama adik awak Rayden ke?" Riak muka Aiden seperti terkejut tapi cepat cepat dia mengawalnya.

"Macam mana kau tahu?" Aireen tersenyum senget.

"Saya ahli nujum." Gurau Aireen. Mikayla menepuk bahu kawannya itu. Aireen mengaduh sakit.

"Aduh, sakitlah. Aku gurau je."

"Bergurau pun agak agaklah." Aiden menggeleng kepalanya. Peliknya perangai perempuan ni.

"Aku tanya ni. Macam mana kau tahu?", tanya Aiden lagi sekali.

"Saya teka je. Tak tahu pula betul. Sebab yang saya tahu, yang rapat dengan adik saya cuma Rayden je", terang Aireen betul betul. Taknak bergurau lagi. Serik kena pukul dengan makcik dekat sebelah. Sakit tahu tak. Aiden mengangguk kepalanya.

Ting. Ting. Ting.

Bunyi yang kedengaran membuatkan semua pelajar memberhentikan aktiviti yang dilakukan. Mereka mula fokus pada perkara yang akan disampaikan.

"Mohon kepada semua pelajar tingkatan 5 untuk berhimpun di dewan besar selepas rehat. Saya ulang. Mohon kepada semua pelajar tingkatan 5 untuk berhimpun di dewan besar selepas rehat."

Ting. Ting. Ting.

Sebahagian pelajar tingkatan 5 tersenyum gembira. Alangkah indahnya bila tidak payah belajar. Tapi ada juga yang membuat muka masam. Mungkin selepas rehat adalah mata pelajaran Jasmani. Mata pelajaran yang memang ditunggu ramai pelajar.

"Aku rasa dia nak bagitau pasal kem tulah", kata Amsyar. Mikayla mengangguk anggukkan kepalanya. Berstuju dengan Amsyar.

"Jomlah kita pergi dulu. Lagipun kita dah siap makan kan", ajak Aireen. Mereka hanya mengangguk. Segera mereka bangun dari duduk dan berlalu ke dewan besar sekolah.



ETHAN AIDEN [C]Where stories live. Discover now