🔫 •BAB 40•

2.1K 94 4
                                    

Terkebil kebil Aireen memandang Aiden. Tiba tiba Aireen ketawa.

"Awak buat lawak ke? Ke awak prank saya? Mana kameranya?" Tanya Aireen. Dia ketawa kecil. Melihat wajah Aiden yang tidak seperti bergurau, dia mematikan ketawanya.

"Aku tak main main Reen." Ujar Aiden sambil matanya tepat memandang mata Aireen. Aireen memandang tempat lain. Tak sanggup dia nak membalas tatapan Aiden.

"Aireen." Panggil Aiden. Aireen memandangnya. Wajah Aiden penuh berharap. Aireen diam. Dia menghela nafas perlahan.

"Tak boleh. Saya tak boleh terima awak. Maaf." Kata Aireen menyentakkan Aiden. Wajah Aiden usah dikata. Murung sahaja wajahnya.

"Why?" Tanya Aiden. Dia perlu tahu kenapa Aireen tidak menerimanya. Takkan Aireen sudah berubah hati?

"I have someone else." Jawab Aireen. Aiden memandang ke arah pantai. Tidak pernah dia jangka, Aireen akan menggantikan tempatnya dengan orang lain. Aiden menghembus nafas kasar. Dia perlu bertenang untuk menghadapi situasi ini.

"Siapa? Farish kata kau tak ada sesiapa. Ada orang yang cuba nak kau pun kau tolak." Kata Aiden.

"Itu apa yang tengku nampak, yang tengku tak nampak? Saya tolak diorang pun sebab saya dah ada orang lain." Terang Aireen. Aiden meraup mukanya. Sukar untuk dia menerima kenyataan itu.

"Sanggup kau kan." Ujar Aiden kecewa. Aireen menunduk memandang kasutnya.

"Maaf." Itu sahaja perkataan yang mampu terkeluar dari mulut Aireen.

"Kau tahu aku sayang kau kan Reen. Tak pernah pun aku fikir nak cari pengganti kau. Tapi kau?" Jelas kedengaran kecewa dalam kata katanya.

"Maaf." Kata Aireen lagi. Sungguh, itu sahaja yang mampu dia ungkapkan.

"Jom balik. Aku hantar kau." Aiden terus berlalu ke keretanya. Aireen memandang belakang badan Aiden sebelum mengikutinya. Sepanjang perjalanan pulang, mereka hanya diam tanpa sebarang suara. Radio juga tidak dibuka.



Aireen memandang siling biliknya. Dia berfikir panjang.

"Betul ke apa yang aku buat ni? Kalau dia kecewa dengan aku macam mana? Kalau dia tak nak jumpa aku lagi macam mana?" Aireen bertanya sendiri.

"Itulah kau Aireen. Buat tak reti nak fikir dulu. Hah kan dah mendapat." Kutuk Aireen pada dirinya sendiri. Tiba tiba dia rasa menyesal akan apa yang dia buat. Dia tak sepatutnya tipu Aiden yang dia ada orang lain.

"Yang dia pun satu. Kalau nak aku, cuba lah dapatkan aku. Takkan cepat sangat dia nak mengalah?" Dia mula menyalahkan Aiden.

"Macam mana kalau dia cari pengganti kau, Aireen. Padan lah dengan muka kau. Ada hati sangat kan nak menipu. Kalau dia cari orang lain, padan muka. Jangan nak menangis tepi bucu katil." Ujar Aireen pada dirinya sendiri. Lantaklah orang nak kata dia gila ke, mabuk, tak ada akal ke. Tak kesah!

"Aish, apa aku perlu buat ni?" Dia mula berbaring secara menelentang.

"Arghh." Muka ditekapkan pada bantal sebelum dia menjerit.

"Kau lah ni Aireen." Aireen menyalahkan dirinya sendiri.

"Mak ngah." Suara budak kecil itu menyentakkan Aireen. Dia bangun dari pembaringan sebelum duduk bersila di atas katil.

"Iya mira. Kenapa datang bilik mak ngah ni?" Tanya Aireen kepada budak kecil itu. Terkedek kedek kaki kecil itu berjalan ke arah Aireen. Aireen mengangkat si kecil itu duduk di atas katil.

"Nak ido ngan mak ngah." Kata Amirah sedikit pelat. Aireen tersenyum.

"Boleh." Aireen mencium pipi Amirah. Tak boleh lah tengok pipi si kecil itu. Rasa nak gigit gigit je.

"Kenapa tembam sangat ni?" Tanya Aireen. Amirah hanya tergelak kecil. Tidak tahu apa yang lawak sangat sampai si kecil itu ketawa. Aireen turut tersenyum.

Aireen mengambil telefonnya. Sudah pukul 10 malam. Sudah masa untuk si kecil itu. Walaupun sepatutnya si kecil itu tidur pukul 9.30, dia tetap akan tidur pukul 10. Susah sangat nak bagi si kecil Amirah ni tidur.

"Jom tidur jom." Ajak Aireen. Si kecil itu mengangguk. Aireen tersenyum. Dia menutup lampu utama dan hanya membiarkan lampu tidur di tepi katilnya sahaja yang terbuka. Sekadar untuk memberi pencahayaan di segenap ruang bilik ini.

Tubuh kecil Amirah dibaringkan sebelum Aireen berbaring di sebelahnya. Belakang badan Amirah ditepuk perlahan. Selawat dan zikir dibaca. Tidak lama kemudian, mata si kecil itu mula tertutup menandakan dia sudah tidur. Aireen tersenyum memandang wajah si kecil itu.

Tok! Tok! Tok!

Pintu terbuka perlahan lahan dari luar. Aireen memandang ke arah gerangan tersebut. Aryan menjenguk sedikit ke dalam bilik.

"Kau dah tidur ke, ngah?" Tanya Aryan tidak terlalu kuat. Aireen menggelengkan kepalanya.

"Tak lah belum lagi." Balas Aireen.

"Kenapa?" Tanya Aireen perlahan. Takut terjaga si kecil di sebelahnya itu.

"Nampak Mira tak? Aku cari tak jumpa." Soal Aryan. Aireen menunjuk ke arah si kecil disebelahnya. Aryan memandang ke arah yang ditunjukkan. Dia menarik nafas lega.

"Aku ingat dia hilang tadi." Ujar Aryan perlahan. Aireen cuma tersenyum.

"Dah tidur ke budak tu?" Tanya Aryan lagi. Aireen memandang Amirah sekilas sebelum dia mengangguk.

"Dah. Dia dah tidur." Balas Aireen.

"Ada nak apa apa lagi?" Tanya Aireen apabila Aryan masih tidak keluar dari bilknya lagi. Aryan tersengih. Aireen memandang pelik. Ni mesti ada nak apa apa ni.

"Hah kau nak apa?" Tanya Aireen lagi. Dia membuat muka malas.

"Angahhh." Panggil Aryan meleret. Aireen memandang Aryan malas.

"Apa? Kau nak apa?" Jari Aryan melukis lukis pada pintu bilik Aireen. Aireen menggulingkan matanya ke atas. Gedik betul lah adik dia ni.

"Cakaplah cepat. Kau nak apa?" Soal Aireen malas.

"Angah. Tolong aku boleh?" Aireen mengangkat sebelah keningnya.

"Apa dia?" Tanya Aireen.

"Buatkan aku maggie boleh?" Aryan mengelipkan matanya berkali kali

"Erghh. Asal tak masak sendiri?" Tanya Aireen.

"Alah aku nak kau masak. Aku malas lah nak masak. Kau buatkan lah untuk aku eh?" Aryan membuat muka kesian. Aireen menjeling adiknya.

"Iyalah." Aireen hanya menyetujuinya. Amirah disebelahnya dilihat sebentar. Dengan perlahan, dia bangun dari atas katil. Tidak ingin mengejutkan si kecil itu. Kang ada pulak yang menangis nanti. Siapa susah? Dia jugak.

"Kau duduk dalam bilik ni sekejap. Tengok tengokkan Mira. Nanti dah siap, aku panggil kau." Suruh Aireen. Aryan mengangguk.

"Baik bos." Aryan mentabik. Aireen menggulingkan matanya.

"Mirul dah tidur ke?" Tanya Aireen. Aryan mengangguk.

"Dah tadi aku tengok." Aireen mengangguk faham. Di melangkah kaki menuju ke dapur. Segala bahan dikeluarkan. Bukan sahaja untuk Aryan, dia juga turut membuat untuk dirinya sekali. Rasa lapar tiba tiba menjalar di perut. Tak lain tak bukan, kita kena makan. Makan apa?

Maggie!

Terima kasih sudi baca :)

ETHAN AIDEN [C]Where stories live. Discover now