🔫 •BAB 33•

1.7K 108 2
                                    

Aireen mengelap air mata yang tidak berhenti turun daripada tadi.

"Aireen." Panggil Adrian. Aireen memandang alongnya. Terkejut Adrian melihat muka sembab adiknya.

"Aireen, kenapa ni?" Tanya Adrian lembut. Dia merapati Aireen. Aireen menggeleng kepala.

"Aireen, cuba cerita dekat along. Kenapa? Reen ada masalah ke?" Mengalir lagi air matanya. Terhenjut bahunya menahan sedu. Adrian menarik Aireen ke dalam dakapannya. Aireen menangis di bahu Adrian. Kepala Aireen diusap lembut.

"Angah!" Panggil Aryan dari pintu bilik. Adrian memandang Aryan. Dia meletakkan jari telunjuk pada mulut tanda senyap. Aryan mengangkat sebelah kening. Dia melihat kakaknya yang menangis di bahu Adrian. Dia merapati mereka.

"Kenapa?" Tanya Aryan separuh berbisik. Adrian menggelengkan kepalanya.

"Tak tahu." Aryan memandang kakaknya risau. Kenapa kakak dia menangis? Siapa buat?

Aireen mengangkat kepalanya. Air mata yang jatuh dilap lembut oleh Adrian. Muka Aireen jelas sembab.

"Kenapa Reen nangis? Siapa buat? Bagitahu along. Biar along kerjakan dia cukup cukup." Kata Adrian prihatin.

"Haah, ngah. Bagitahu aku. Nanti boleh aku tolong 'bantu' dia." Aireen tersenyum tawar.

"Kenapa Reen?" Tanya Adrian lembut.

"E-Ethan."

"Kenapa? Dia buat apa dekat kau? Bagitahu aku." Aireen menggelengkan kepala.

"Siapa Ethan long? Kenapa? Kenapa dia ada pistol? Kenapa dia- dia" Aireen tak dapat menghabiskan kata kata. Adrian menghela nafas.

"You know." Aireen memandang alongnya. Tak faham.

"Maksud along? Along tahu?" Lambat lambat Adrian mengangguk.

"H-how?" Adrian memejam matanya.

"Ibu dengan ayah kawan rapat mama dengan papa Ethan. And yeah, dah lama along tahu siapa diorang sebenarnya." Terang Adrian. Aireen mengerutkan dahi.

"Kenapa tak bagitahu Reen? Along tahukan Reen tak suka orang macam dia. Reen benci. Diorang pembunuh!" Kuat dia berkata. Adrian mencuba menenangkan Aireen.

"Reen! Diorang tak membunuh." Jelas Adrian lagi. Aireen ketawa sinis.

"Menipu. Reen nampak dengan mata kepala Reen sendiri!" Jerit Aireen kuat.

"Reen nampak ke dia membunuh?" Tanya Adrian sama kuat. Lambat lambat Aireen menggeleng.

"Diorang tak bunuh orang Reen. Mungkin diorang datang dari keluarga mafia, tapi tak semestinya diorang membunuh. Diorang ada agama!" Jelas Adrian. Aireen diam sebelum matanya memandang Aryan yang diam sedari tadi.

"Kau tahu?" Tanya Aireen pada Aryan. Aryan diam sebelum perlahan lahan dia mengangguk.

"Aku pernah nampak pistol dekat bilik Ray. Aku tanya dia kenapa dia ada benda tu. And then, dia cerita hal sebenar pada aku. Aku ingat abang Aiden dah bagitahu kau." Aireen ketawa sinis.

"Aku je baru tahu sekarang ni. Haha. Keluar! Aku nak rehat. Penat." Arah Aireen. Dingin sahaja wajahnya ketika itu. Mereka mengangguk sebelum keluar dari bilik Aireen. Pintu bilik Aireen ditutup rapat. Memberi masa untuk Aireen bertenang. Mungkin Aireen masih trauma dengan kisah silamnya. Dia yang hadap semuanya sendiri.

Aireen mengambil frame gambar ibu bapanya. Dia menatap gambar itu lama. Mengalir lagi air matanya. Hari ini sahaja sudah berapa kali dia menangis. Dia terlampau penat dengan semua ni. Izinkan dia berehat. Dia tertidur sambil memeluk frame gambar ibu bapanya itu.

ETHAN AIDEN [C]Where stories live. Discover now